The Greenest Christmas Tree Lighting Ceremony di Hotel Equatorial Penang

December 05, 2019

Salam dan Hai semua,

Bila masuk bulan Disember semestinya bulan dinantikan di mana perayaan hari Krimas akan disambut oleh beragama Kristian. Krismas adalah perayaan tahunan pada 25 Disember sebagai perayaan agama dan kebudayaan di seluruh dunia. Acara sinonim yang dilakukan sempena krimas ialah acara Christmas Tree Lighting selain memberikan hadiah dan juga makan malam bersama.

Pada 29 November yang lepas, Lia sempat menghadiri acara The Greenest Christmas Tree Lighting Ceremony di Hotel Equatorial Penang. Lia rasa bertuah dapat menghadiri acara sebegini bersama kawan-kawan blogger yang lain.

Lampu Krismas (juga dikenali sebagai lampu dongeng) adalah lampu yang digunakan untuk hiasan dalam perayaan Krismas, sering dipamerkan sepanjang musim Krismas termasuk Advent dan Christmastide. Kebiasaannya kembali apabila pokok-pokok Krismas dihiasi dengan lilin, yang melambangkan Kristus sebagai cahaya dunia.Lampu Krismas telah lama dimulakan sejak penubuhannya pada abad ke-17.

Acara diadakan di lobi utama Hotel Equatorial Penang. Dari jauh dah boleh nampak pokok krimas besar dan dihiasi cantik sempena acara ini.

Setelah ketibaan semua tetamu, acara The Greenest Christmas Tree Lighting Ceremony dimulakan dengan nyanyian Christmas Carolling dari HEP.

Acara diteruskan dengan ucapan kata alu-aluan dari pengerusi majlis. Kemudian diteruskan dengan ucapan dari GM Hotel Equatorial Penang iaitu Mr Andreas Knussi.


Acara yang paling ditunggu-tunggu ialah perasmian oleh Mr Andreas Knussi. Lampu yang dihiasi pada pokok krimas ini terus dinyalakan memang cantik dengan warna hijau yang tersergam indah.


Wah cantiknya pokok Krimas di lobi utama. Memang simbolik perayaan hari Krimas di sini. Pengunjung yang datang di sini akan tertarik dengan hiasa dekorasi pokok krimas ini. Jangan lepaskan peluang bergambar di sini ya! Kami juga bergambar beramai-ramai di sini sebagai kenangan.

Acara belum tamat lagi, kami terus ke Galleria Room untuk menikmati hidangan "Ho Ho Ho Refreshment"





Lia menandatangani di atas skrin Integrated LED Wall dengan teknologi baru dan canggih sesuai untuk meeting dan juga presentation. Hotel Equatorial Penang juga merupakan hotel pertama yang menggunakan Integrated LED Wall di dalam Ballroom untuk kegunaan tetamu buat tempahan.


Anda juga mencuba menu makanan secara bufet dan juga ala carte di Hotel Equatorial Penang sempena perayaan hari Krimas.





Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:

Hotel Equatorial Penang
1, Jalan Bukit Jambul, Bayan Lepas 11900 Pulau Pinang
Phone: 04-632 7000


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community