Butterfly X Dolly Wink Christmas Party di Kakiyuki Mont Kiara

January 13, 2020

Salam dan Hai semua, 

www.liahasty.com
Pada 28 September 2019 yang lepas, Lia berkesempatan join Butterfly X Dolly Wink Christmas Party di kafe Kakiyuki, Mont Kiara. Ini merupakan event terakhir yang Lia join bersama The Butterfly Project pada penutup tahun 2019 ini. Memang sejak join komuniti The Butterfly Project, Lia tak pernah lepas peluang untuk join aktiviti sempena Krimas 🎄 pada setiap tahun.

www.liahasty.com
So kali ini Lia support lagi event anjuran The Butterfly Project dari dan juga pengasas Mamasan Tammy Lim yang sentiasa menganjurkan party dengan idea & tema menarik yang tersendiri. Rasanya sudah hampir 3 tahun Lia bersama komuniti ini di mana ia merupakan komuniti blogger kecantikan & gaya hidup (beauty & lifestyle) terkemuka di Malaysia.

Kafe ini ditutup sementara sempena acara Butterfly X Dolly Wink Christmas Party.

Sebelum masuk kena register dahulu nama dengan salah seorang volunteer The Butterfly Project yang comel ini, Pinku.

My #ootd

Tema untuk party Butterfly X Dolly Wink Christmas Party kali ini Kawaii Jap Xmas 🎄 Tema kali ini tema agak sedikit jepun & memang confuse nak pakai ikut tema. Lia suka juga gaya fesyen Jepun yang unik & tersendiri. So kali ini Lia gayakan blouse putih bersama dress berwarna kelabu untuk kena dengan tema. Lia juga gayakan bersama riben besar beach besar di kepala dan padankan bersama stokin dan juga kasut sneakers.

www.liahasty.com
Okay here my Kawaii Jap Xmas 🎄 look for that day!

Party Venue | Kakiyuki Mont Kiara



Lokasi party venue kali ini di kafe Kakiyuki beralamat di 163 Retail Park, Mont Kiara. Kakiyuki adalah sebuah kafe yang menyediakan 'Japanese Shaved Ice Dessert Bar'.


Kafe ini menyediakan pelbagai handcraft kakigōri iaitu Japanese shaved ice flavoured dengan hidangan buah-buahan segar dan bahan-bahan premium. Bila dimakan akan rasa angin udara sejuk dan sedap. Perisa dan pewarna tambahan tidak dimasukkan dalam menu ini. Ais ini dicukur lembut mirip dengan salji yang baru jatuh yang dipanggil Fuwa-fuwa Kakiyuki (ふ わ ふ わ)


Memang kalau masuk kafe ini ala-ala Jepun memang kena dengan tema Kawaii Jap Xmas 🎄. Dekorasi berkonsepkan hiasan rumah di Jepun dengan warna putih, coklat muda dan biru muda. Anda akan jatuh hati bila masuk kafe ini dengan hiasan dalamannya memang Instagrammable dan sesuai untuk bergambar.

Dessert Kakigori dari Kakiyuki

www.liahasty.com


Kami juga tak ketinggalan merasa dessert yang menjadi signature di sini iaitu Kakigori. Setiap blogger mewakili 2 orang blogger akan dapat 'snowflake coupon' untuk redeem 1 jenis dessert Kakigori. Lia berkongsi bersama dengan seorang blogger, Zayani Zulkifli memesan sati Kakigori 'Watermelon with Rose Espuma & Red Fruits'. Ada pelbagai jenis perasa kakigori yang ada di sini, anda boleh pilih mengikut kegemaran anda.


Kami juga dapat merasa beberapa desssert lain selain yang disediakan di atas meja. Bila tengok presentation + warna makanan yang menarik membuatkan dessert ini semua nampak sedap. Dessert yang disediakan seperti Rollcake berperisa Uji Matcha & Hojicha, Warabimochi, beberapa jenis mochi dan puding telur.

Kakiyuki
Alamat : GF-05, Ground Floor, 163 Retail Park,No. 8, Jalan Kiara, Mont Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi :11am-11pm (Setiap hari)

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman web & media sosial :
💕 Laman web : http://kakiyuki.com/


Dolly Wink
www.liahasty.com

Butterfly X Dolly Wink Christmas Party tak lengkap tanpa dengan adanya dengan produk dari Jepun seperti tema Kawaii Jap Xmas 🎄. Setiap blogger akan diberikan satu goodies bag yang berisi produk eyelash, eyeliner, & eyelash glue dari Dolly Wink. Wah memang super duper excited tak sabar nak review. Perempuan mestilah suka dengan koleksi barang makeup. Sebelum tu jom Lia terangkan dahulu mengenai Dolly Wink dan diikuti dengan produk.

Mengenai Dolly Wink





Dolly Wink terkenal sebagai perintis bulu mata Jepun. Mereka adalah syarikat pertama yang mengeluarkan dan menjual bulu mata palsu, yang dipanggil tsuke-matsuge di Jepun. Dolly Wink dicipta dalam kerjasama dengan Tsubasa Masuwaka. Tahun ini jenama merayakan ulang tahun kelima mereka sempena pencapaian penjualan berjumlah 10 juta unit. Julat ini mengandungi semua yang anda perlukan untuk mencapai gaya Gyaru ini, kami mempunyai segala-galanya dari maskara alis untuk eyelash eyelash cecair eyelash untuk memperbaiki bulu mata untuk memberi kesan yang berani yang sempurna untuk menekankan mata wajah baru yang menakjubkan anda. Diiktiraf oleh model Jepun yang cantik Tsubasa Masuwaka yang sinonim dengan trend Gyaru.

www.liahasty.com
Dalam goodies bag, kami diberikan beberapa koleksi produk makeup dari Dolly Wink, antaranya :

👉 Koji Dolly Wink Easy Lash No. 06/10/11/16
👉 Dolly Wink Liquid Eyeliner Water Proof (Super Black)
👉 Dolly Wink Eyebrow Pencil (Brown)
👉 Koji Eye Talk Super waterproof (Eyelid)
👉Koji Eyelash Fix - Strong
👉 Dolly Wink Hand Cream Sweet Doll

Terdapat pelbagai koleksi bulu mata palsu dari Koji Dolly Wink Easy Lash tetapi ini antara 4 produk yang kami terima dengan kod no 06, 10, 11 & 16. Setiap eyelash ini datang dengan kotak kecil yang comel dengan pelbagai warna, didalamnya ada sepasang eyelash bersama dengan eyelash glue.

Easy Lash No.6 Increased density
Each delicate eyelash adds a natural darkness to its own eyelashes.
For beautiful and well-appointed eyes.

Easy Lash No.10 Bruise Eye
The delicate eyelashes mix a casual bunch and add just the right sweetness.

Easy Lash No.11 Feminine Brown
A mix of brown and black eyelashes that spreads around the corner of the eyes adds a touch of sweetness and softness to the eyes.

Easy Lash No.16 Round Eyes Curl
Long curled eyelashes show your eyes, making your eyes round and cute

Koji Dolly Wink Easy Lash berharga RM29.90 untuk setiap dan boleh dibeli secara online di http://www.4allbeauty.com atau mana-mana cawangan Sasa.

Dolly Wink
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman web & media sosial :
💕 Laman web : https://www.4allbeauty.com/


Eye Makeup Contest from Dolly Wink



Apa yang menarik dengan Butterfly X Dolly Wink Christmas Party ini dimana kami tidak dibenarkan memakai solekan di mata kerana ada 'Eye Makeup Contest' dengan menggunakan produk Dolly Wink. Kami hanya boleh memakai foundation, blusher, eyebrow tetapi tidak di bahagian mata. 



www.liahasty.com

Setiap orang akan menggunakan produk yang diberikan dalam goodies bag untuk membuat solekan di mata. Kami diberikan masa untuk menyiapkan salah satu bahagian mata dengan eyeshadow yang diberikan, bersama produk di dalam goodies bag dan juga perlu memakai eyelash dari Dolly Wink . Lia memilih Easy Lash No.16 Round Eyes Curl yang sememangnya sesuai untuk party & holiday. Kena dengan tema party Kawaii Jap Xmas 🎄, so Lia memilih eyelash ini untuk mata nampak lagi lentik, bulat dan comel.

www.liahasty.com



Jom kita lihat hasil sebelum & selepas 'Eye Makeup Contest'. Lia sebenarnya jarang menggunakan eyelash sebab bagi Lia susah nak pakai, mata jadi berat & ambik masa yang sangat lama. Lia lagi memilih memakai mascara dari eyelash. Selepas pemakaian Koji Dolly Wink Easy Lash, jangkaan Lia sangat meleset. Rupanya sengat mudah dipakai, ringan tak rasa berat di mata & nampak natural. Sesuai untuk beginner dan juga orang yang jarang apply eyelash seperti Lia. Terus jatuh hati dengan Koji Dolly Wink Easy Lash sebab memang suka solekan yang nampak simple dan natural.

Congrats all of you 🎊🎉
Tahniah juga kepada 5 orang pemenang yang memenangi 'Eye Makeup Contest. Setiap pemenang membawa gift voucher bernilai RM100.

Best-dressed winners

Setiap party anjuran The Butterfly Project semestinya akan ada Best Dressed Winner. Suka sangat bila datang party macam ini boleh tengok ramai butterflies yang sangat kreatif dan bergaya mengikut tema.

Tahniah juga untuk 3 orang pememang Best-Dressed Winners sempena Kawaii Jap Xmas 🎄  🎊🎉


Anda juga boleh dapatkan koleksi produk Dolly Wink.dari laman web atau lebih mudah anda hanya perlu memuat turun aplikasi 4allbeauty untuk:

1) Nikmati RM 10 pada pembelian dalam talian PERTAMA
2) Baucar Hari Lahir
3) Promosi Eksklusif App

www.liahasty.com

Terima Kasih tak terhingga kepada Mamasan Tammy dan juga The Butterfly Project untuk Kawaii Jap Xmas 🎄 Butterfly X Dolly Wink Christmas Party untuk acara penutup pada tahun 2019 ini. Semoga komuniti ini dapat membuat banyak lagi event dan party terhebat. I harap I masih berpeluang untuk join pada masa akan datang.

The Butterfly Project
Instagram: @butterflyproject.my

#kojihonpomy #dollywink #easylash #butterflymsia

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community