Jom Nikmati Hot Roast Buffet Lunch & Dinner di The Prestige Hotel Penang

January 19, 2020

Salam dan Hai semua, 

Setiap kali lalu di kawasan Georgetown dahulu, Lia dah mulai perasan ada pembinaan baru yang cantik dan nampak betul design heritage building yang bakal siap. Rupanya building yang bakal siap adalah sebuah hotel yang bakal naik di bandaraya Georgetown. Rekaan & senibina artkitek dan dalaman yang modern-heritage & tampak mewah berwarna putih ini memang nampak sangat klasik. Rupanya hotel ini baru 6 bulan operasi pada 1 Jun 2019 yang lepas.


Pada 4 Januari yang lepas, Lia telah berpeluang untuk menikmati Hot Roast Buffet Lunch & Dinner di The Prestige Hotel Penang. Memang Lia tak lepaskan peluang nak menikmati hidangan makanan yang disediakan & sekaligus Lia berpeluang untuk melihat sendiri suasana dan rekaan senibina hotel ini di depan mata.


Makanan di sini juga sangat memikat selera dengan harga makanan yang sangat berpatutan. Anda akan menikmati makanan dengan suasana modern heritage. Dalam masa yang sama boleh bergambar di sekeliling hotel, di kawasan lobi, walkway, hadapan lobi hotel, kawasan lif & banyak lagi. 

Untuk rakyat Pulau Pinang ataupun pengunjung luar Pulau Pinang, Lia memang mengesyorkan anda untuk datang menginap di sini dan juga menikmati hidangan makanan di kafe Glasshouse. Parkir untuk kenderaan anda juga disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Mengenai The Prestige Hotel

The Prestige Hotel Penang adalah label hospitaliti mewah yang terletak di tengah-tengah kawasan warisan dunia Georgetown UNESCO. Diilhamkan oleh warisan zaman penjajahan Victoria, ia mengalu-alukan pengembara wanita itu ke tempat kejadian penjajah yang mengagumkan. Mengandumgi 162 bilik, tempat makan sepanjang hari, arcade dengan campuran kedai runcit, ruang acara dan kolam infiniti di atas bumbung.

Jarak hanya 25 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang, & jarak berjalan kaki hanya beberapa minit ke kawasan budaya Penang dan penemuan gourmet popular, bersama dengan layanan Prestige yang lebih baik, The Prestige Hotel Penang membawa inspirasi tempatan kepada kehidupan untuk pelancong dunia yang berani yang ingin mengalami daya tarikan setempat dengan yang terbaik. Ia adalah ruang tamu pereka yang sempurna untuk eksekutif perniagaan yang sibuk dan pengembara dunia kontemporari hari ini.

Sebelum itu, jom kita lihat menu yang disajikan di kafe Glasshouse di The Prestige Hotel Penang.

Sajian & Menu yang disajikan di The Prestige Hotel

kafe Glasshouse di The Prestige Hotel Penang menyediakan hidangan menu bermula dari Appetiser, Main Dish, Soup & Bread, Dessert & minuman.

Appetiser



📌Mixed Salad & Condiment
📌Roasted Zucchini Salad
📌Potato & Sausage Salad
📌Fruit Salad



Soup


📌Assorted Bread

📌Minestrone Soup

Main Dish

📌Spaghetti Aglio Olio

📌Mac & Cheese

📌Roasted Potato


Signature


📌Roasted Herb Chicken
📌Roasted Lamb Leg
📌Black Pepper Sauce

Dessert
📌Kek



📌Puding & Jelly

📌Tart

📌Pancake with Maple Syrup

📌Pancake with Maple Syrup

📌Assorted Fruits


📌Assorted Ice-cream

📌Mini Magnum

Drink

📌Lemon Infused Water
📌Orange Cordial



📌Minuman panas juga disediakan



Harga bufet di The Prestige Hotel


Hot Roast Dinner Buffet
📆 Every Saturday
⌚ dinner at 7:00pm – 10:00pm
💸 RM68 nett per adult 👨👩
💸 RM58 nett per senior citizen 👴👵
💸 Kids below 12 years old are entitled for 50% discount 👦👱

Hot Roast Lunch Buffet
📆 Every Sunday
⌚ dinner at 12:00pm –2:00pm
💸 RM58 nett per adult 👨👩
💸 RM48 nett per senior citizen 👴👵
💸 Kids below 12 years old are entitled for 50% discount 👦👱

Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi 04-217 5888🤙

Dekorasi dalaman The Prestige Hotel

Dah habis tengok menu sempena Hot Roast Buffet Lunch & Dinner di kafe Glasshouse, jom pula kita lihat suanan & dekorasi dalam The Prestige Hotel Penang

KAFE THE GLASSHOUSE

Kafe The Glass House di The Prestige Hotel Penang
Ruang Makan di Kafe The Glass House di The Prestige Hotel Penang
Ruang Makan di Kafe The Glass House di The Prestige Hotel Penang
Ruang Makan di Kafe The Glass House di The Prestige Hotel Penang
Ruang Makan di Kafe The Glass House di The Prestige Hotel Penang
Ruang Makan di Kafe The Glass House di The Prestige Hotel Penang
Persembahan Nyanyian di Kafe The Glass House di The Prestige Hotel Penang
Persembahan Nyanyian di Kafe The Glass House di The Prestige Hotel Penang
Salah satu sudut di Kafe The Glass House di The Prestige Hotel Penang
Salah satu sudut di Kafe The Glass House di The Prestige Hotel Penang
LOBI PRESTIGE HOTEL
Lobi Prestige Hotel
Lobi Prestige Hotel


Lobi Prestige Hotel


Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:

The Prestige Hotel Penang

8 Gat Lebuh Gereja, 10300, Georgetown, Pulau Pinang

Telefon: +604 217 5888



You Might Also Like

2 inspiration

  1. sah2 laaaaa ID The Prestige ni terbaik
    kalo dop gambor selfie sekeoing dua ja kan3
    ni haaaaaa
    gambor selfie uols bertingkek2 :P
    Psssttt, selfie dalm toilet manaaa??? he3

    ReplyDelete
  2. https://www.magspremiums.com/ Kami adalah syarikat yang berlokasi di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis percetakan korporat & hadiah premium. Percetakan Tshirt, percetakan beg non woven dan banyak lagi!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Recent in Fashion

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community