Rawatan Wajah Pico Toning & Laser Dual Yellow di Klinik Pakar Kulit Dr. Ko Juru

January 16, 2020

Salam dan Hai semua,

Penjagaan diri dan wajah kini menjadi satu kepentingan utama bukan sahaja di kalangan wanita malah kaum lelaki juga turut serta. Penjagaan diri dan wajah juga akan membuatkan penampilan seseorang lebih berkeyakinan dan juga penampilan diri tampak lebih kemas.  

Kita selalu rasa penjagaan wajah di rumah dengan membersihkan wajah dengan menggunakan produk skincare di rumah sudah mencukupi dan kulit wajah sudah betul terawat. Tetapi jika anda anda wang saku lebih tak salahnya sekiranya manjakan diri dan rawatan wajah di klinik kulit, estetik dan laser.

www.liahasty.com

Pada bulan Disember yang lepas, Lia sempat berkunjung ke cawangan klinik DR KO Skin Specialist di Penang (AutoWorld), Bandar Juru, Pulau Pinang. Ini juga merupakan kali pertama Lia membuat rawatan wajah di klinik kulit, estetik dan laser seperti ini. Memang dah lama teringin & kali ini dapat peluang sebab ada free time. Perasaan bercampur baur excited 😊 + nervous😐

Kalau sebut mengenai DR KO Skin Specialist, rasanya ramai sudah mengenali klinik yang sangat popular dengan rawatan kulit, estetik dan laser ini. Lia juga sempat mencuba beberapa rawatan untuk kulit wajah di sini. Nak tahu rawatan apa yang Lia buat, sebelum tu Lia nak terangkan sikit mengenai klinik ini.

DR KO Skin Specialist 
Klinik Pakar Kulit, Estetik dan Laser Terbesar di Malaysia mengikut Books of Record

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and text
Mengenai Kami
Klinik Dr. Ko ditubuhkan pada 1997 hasil usaha Dr Ko Chung Beng. Sejak itu, Klinik Dr. Ko mempunyai lebih daripada 30 klinik di Malaysia & Indonesia.

Servis DR KO Skin Specialist yang disediakan ialah rawatan wajah, kulit & badan :

Wajah
👉Jerawat, Parut, Pori-pori & Rosacea
👉Penuaan Kulit
👉Pigmentasi, Tona Tidak Sekata & Tahi Lalat
👉Wajah Kering & Kusam
👉Lingkaran Hitam & Kantung Mata

Kulit
👉Ekzema & Psoriasis
👉Tanda Lahir & Tatu
👉Parut Hipertrofik & Keloid
👉Urat Bersimpul

Badan
👉Peluh Berlebihan
👉Stretchmarks
👉Lemak & Selulit
👉Langsingkan Badan

Pengalaman Rawatan Wajah di Klinik Pakar Kulit Dr. Ko Juru

Bila anda jejak kaki ke DR KO Skin Specialist di Penang (AutoWorld), Bandar Juru, anda akan nampak kaunter di hadapan anda. Sebelum membuat rawatan anda perlu daftar dahulu nama anda dengan memberikan kad pengenalan & nyatakan jenis rawatan.

Ruangan menunggu untuk para pengunjung yang datang ke sini.

Minuman & makanan ringan juga disediakan untuk para pengunjung yang datang buat rawatan di sini ketika menunggu.

Anda juga boleh dapatkan risalah mengenai rawatan yang ada di sini.

Ruangan Consultant Room & juga Dispensary.

Consultation Room

Sebelum membuat rawatan, Lia masuk ke Consultant Room dahulu berjumpa dengan Dr Edmond Lau KH. Lia ingin membuat rawatan kulit wajah dan doktor akan melihat dahulu kondisi & periksa dahulu keadaan kulit wajah Lia. 

Kulit wajah Lia tiada masalah yang sangat teruk & kritikal. Cuma Lia tak selesa dengan pori wajah terbuka di sekitar hidung & atas pipi, masalah jerawat, white head & berminyak. Doktor juga akan menasihatkan dan memberitahu jenis rawatan yang sesuai dengan kulit wajah Lia.

Bilik Rawatan
Seterusnya Lia dibawa ke salah satu bilik rawatan, baring & dipakaikan shower cap untuk kebersihan.

Bersihkan solekan

Sebelum membuat rawatan, wajah dibersihkan dahulu dari segala kekotoran yang ada untuk rawatan seterusnya. Maklumlah Lia lepas kenduri terus datang buat rawatan, solekan di wajah masih ada kan & tak sempat nak cuci. Tapi jangan risau kakitangan di sini akan membantu membersihkan solekan dengan bersih & teliti. Rasa seperti dimanjakan pula 😎 bila orang lain yang bersihkan solekan wajah kita & rasa lagi bersih dari cuci solekan sendiri. Solekan dicuci memang bersih habis dan muka kembali bare face 😁

Atas nasihat Dr Edmond Lau KH, Lia akan buat dua rawatan iaitu Pico Toning & Dual Yellow Laser. Jom ikuti pengalaman Lia mendapatkan dua rawatan ini di DR KO Skin Specialist .

Rawatan Laser 'PICO TONING'

Rawatan pertama yang Lia buat ialah Pico Toning yang dilakukan oleh Dr Edmond Lau KH. Sebelum rawatan Lia dipakaikan satu kaca mata khas untuk elak dari cahaya laser.

Apakah Discovery Pico❓
Anggaplah ia sebagai pemadam. Discovery Pico ialah rawatan laser terkini dan termaju untuk menghilangkan tatu, pigmentasi, ketaksekataan kulit dan tanda-tanda penuaan. Diimport dari Italy, teknologi baru Discovery Pico menggunakan denyutan yang paling pendek dalam pasaran, yang diukur dalam unit pikosaat (satu per satu trillion saat) untuk menghilangkan pigmentasi dari bahagian dalam kulit, memberikan anda kulit yang cerah, dengan hasil yang selamat dan selesa.

Bagaimana ia berfungsi
Cahaya laser Discovery Pico disasarkan kepada pigmen yang tidak diingini, yang sepadan dengan panjang gelombang laser tertentu dalam denyutan pikosaat yang ultrapendek. Denyutan ini memecahkan pigmen menjadi partikel yang sangat kecil, yang kemudiannya disingkirkan dengan mudah melalui proses semula jadi tubuh

Mengapa Memilih Rawatan Discovery Pico
Discovery Pico ialah alternatif utama kepada kaedah pembuangan tatu tradisional menggunakan laser. Ia lebih lembut, lebih baik, lebih cepat dan lebih kuat berbanding penyelesaian laser yang lain.

❤ Lebih lembut: Discovery Pico ialah pilihan rawatan yang selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit. 

❤ Lebih baik: Kebanyakan rawatan laser tidak sesuai untuk warna kulit yang lebih gelap kerana terlalu banyak tenaga diserap oleh kulit dan bukannya partikel pigmen yang disasarkan. 

❤ Lebih cepat: Dapatkan kulit yang lebih cerah dengan bilangan rawatan yang kurang menggunakan Discovery Pico. 

❤ Lebih Kuat: Tenaga laser Discovery Pico cukup berkuasa untuk memecahkan kesan dakwat degil dan partikel pigmen di bawah kulit, namun cukup lembut untuk melindungi kulit daripada kecederaan.

Discovery Pico sesuai untuk :
👉 Tatu berwarna
👉Pigmentasi
👉Bintik-bintik kulit
👉Tanda-tanda penuaan
👉Ketaksekataan kulit

Hasil rawatan, bilangan sesi dan tahap ketidakselesaan berbeza mengikut jenis dan lokasi luka berpigmen atau tatu pada tubuh. Dapatkan nasihat doktor kami untuk memahami bagaimana Discovery Pico boleh membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah.

Pada mulanya, Lia memang nervous nak buat rawatan laser maklumlah kan kali pertama mula imagine yang bukan-bukan. 

Setelah buat rawatan, baru rasa selesa dengan laser Discovery Pico yang dilakukan secara teliti dan perlahan oleh Dr Edmond Lau KH. Cahaya laser yang dihalakan ke wajah Lia rasa seperti semut gigit takdelah sakit yang seperti Lia bayangkan. Nak kulit cantik mesti kena bertahan kan 😎

Kalau dapat lihat di sebelah Lia, ada mesin teknologi baru Discovery Pico diimport dari Amerika Syarikat yang digunakan untuk rawatan Pico Toning kali ini. Selepas rawatan, Dr Edmond Lau KH berikan cermin untuk lihat terus kesan selepas rawatan laser dimana kesan jeragat di bahagian atas pipi kanan & kiri telah hilang. 

Sebelum ini Lia hanya rasa ada masalah pori terbuka, jerawat & white sahaja, tiba tanpa sedar jeragat mulai muncul 😨. Nasib baik dengan rawatan laser Discovery Pico jeragat & bintik-bintik di wajah dapat dihapuskan. Itu baru sahaja rawatan pertama, kalau anda lakukan rawatan berkali-kali mesti kulit wajah anda akan lebih bersih, terjaga & bebas masalah kulit.

Eh rawatan wajah untuk Lia belum terhenti lagi dengan rawatan Laser Discovery Pico, Lia ke bilik seterusnya pula untuk Dual Laser Yellow.

Rawatan 'DUAL LASER YELLOW'

Rawatan yang seterusnya ialah Dual Laser Yellow oleh salah seorang kakitangan terlatih iaitu Candy Loo. Sebelah kanan Lia anda akan dapat lihat mesin teknologi Dual Yellow untuk rawatan kali ini.

Nak tahu lebih lanjut mengenai "Dual Laser Yellow" , boleh terus klik link ini ⏩ https://www.koskinspecialist.com/dual-yellow-laser/

Sebelum rawatan, Lia disapukan dengan gel terlebih dahulu so rasa akan cool 😮

Kacamata khas juga dipakaian untuk elak cahaya laser. Rawatan laser Dual Laser Yellow agak sedikit panas tetapi jangan risau anda akan rasa selamat dan sejuk bila gel disapukan. Takdelah sakit seperti dibayangkan cuma rasa macam panas bila laser dihalakan ke wajag & sejuk balik bila ada gel ketika rawatan.

Selepas rawatan laser Dual Laser Yellow ini, pori-pori terbuka berkurang & kulit wajah bertambah cerah selepas rawatan. Rasa tak percaya sahaja dengan sekali rawatan, Lia dapat kulit cerah dan happy dapat tengok segala pori berkurangan.

MASKER TIME

Rawatan akhir wajah dipakaikan mask seketika selama 15 minit.

RESULT, REVIEW & VERDICT


Muka sebelum (BEFORE) selepas solekan dibersihkan dengan rapi

Muka selepas (AFTER) selepas menjalankan rawatan Discovery Pico & Dual Laser Yellow.

Mungkin dalam gambar nampak sikit kurang tapi doktor telah buang jeragat di bahagian atas kanan & kiri pipi yang muncul. Kulit muka lagi cerah tanpa memakai krim atau foundation. Kulit muka nampak lebih natural. Mungkin jika kerap dilakukan kulit walah akan bertambah cantik dan kesannya nya lebih ketara. Walaupun hanya sekali rawatan sahaja tapi Lia sangat puas hati dengan pengalamn pertama di DR KO Skin Specialist ini.

Sebelum pulang, Lia bergambar bersama Dr Edmond Lau KH dan juga kakitangan yang banyak membantu Lia iaitu Candy Loo. OMG 😍😍Lia adore dengan kulit wajah mereka berdua memang nampak natural cantik & nak juga kulit cantik macam tu ❗

Ini Lia bergambar bare face selepas buat rawatan Discovery Pico & Dual Laser Yellow di DR KO Skin Specialist. Memang sangat berpuas hati dengan hasilnya & Lia pulang tanpa sebarang makeup. Tak perlu makeup sebab hasilnya sahaja sudah membuatkan kulit rasa lebih cantik & buat Lia bertambah yakin.

Lia dah dapatkan rawatan wajah di sini DR KO Skin Specialist & ini hasilnya. Anda bila lagi


DR KO Skin Specialist 

Penang (AutoWorld)
PT 1797-1-4A (Plot15A) First Floor, Kompleks Auto World, Jalan Perusahaan Juru Interchange, 13600 Perai, Pulau Pinang

T: +604 5025 240
T: +6013-6704288
F : +604 5027 079

Waktu Operasi :
Isnin hingga Jummat (10 pagi - 7 petang)
Sabtu (10 pagi - 6 malam)
TUTUP PADA HARI AHAD 

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman web & media sosial :

 DR KO Skin Specialist 


You Might Also Like

3 inspiration

  1. sekali rawatan dua2 laser tu berapa ringgit? dan dan berapa kali liya kena repeat rawatan ni?

    ReplyDelete
  2. Brp kos sis liya utk skali rawatan ye

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community