Tonton filem Jumanji : The Next Level bersama Touch 'n Go eWallet

January 02, 2020

Salam dan Hai semua,

www.liahasty.com

Siapa di sini peminat filem Jumanji ❓ Lia salah seorang peminat filem Jumanji memang mengikuti dari filem yang pertama lagi iaitu Jumanji : Welcome to The Jungle pada tahun 2017. Kini tahun 2019 ada sambungan untuk filem kedua Jumanji : The Next Level. Memang Lia tak sabar nak nantikan sambungan filem ini & semestinya suka dengan pelakon utama, The Rock ❗ Yeah my fav 💘

Tonton filem Jumanji : The Next Level bersama Touch 'n Go eWallet

www.liahasty.com

www.liahasty.com
Untuk menonton wayang filem Jumanji : The Next Level kali ini, Lia telah dapat jemputan menonton Screening dari Touch 'n Go eWallet di TGV Cinema 1st Avenue Mall, Georgetown, Penang pada 22 Disember yang lepas. Lia pun terus bergegas pergi ke TGV selepas selesai masuk running event di area Beach Street. Penat berlari kita layan movie pulak.

www.liahasty.com

Pengenalan Touch 'n Go eWallet
Touch 'n Go eWallet adalah aplikasi pembayaran mudah alih digital. Ketika kita bergerak ke arah gaya hidup tanpa tunai, Touch 'n Go eWallet bertujuan untuk menjadi ONE eWallet yang menghubungkan dan membawa transaksi yang lancar dalam kehidupan pengguna mereka. Mereka kini mempunyai 5.5 juta pengguna aktif dan lebih 100,000 mata runcit. 

Touch 'n Go eWallet berusaha untuk membantu dan memberi ganjaran kepada orang ramai untuk hidup, membayar dan berurus niaga di mana-mana sahaja, dan pada bila-bila masa.

Lia pun salah seorang pengguna Touch 'n Go eWallet  juga. Memang mudah dan sangat senang ke sana sini membuat pembayaran secara cashless tanpa perlu ada cash. Untuk pengguna Touch 'n Go di luar sana, jangan lupa download aplikasi Touch 'n Go eWallet sekarang ❗

www.liahasty.com

www.liahasty.com

Terima kasih kepada Touch 'n Go eWallet atas jemputan screening filem Jumanji : The Next Level ini. Lia menonton wayang kali ni bersama one of my bff, Bella. Bila sampai je di TGV Cinema 1st Avenue Mall terus kami beratur di meja logo Touch 'n Go eWallet untuk dapatkan tiket masuk.

www.liahasty.com
Kami berdua terus pilih couple seat lagi luas nak berehat sambil menonton. Popcorn dan mineral water sudah disediakan untuk para penonton.

www.liahasty.com

Jumanji : The Next Level
Language: English
Subtitle: Malay / Chinese
Classification: P13
General Release Date: 05 Dec 2019
Genre: Action / Adventure / Comedy
Running Time: 2 Hours 3 Minutes
Distributor: Sony Pictures Entertainment
Cast: Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas, Awkwafina, Danny Glover, Danny DeVito
Director: Jake Kasdan
Format: 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS, 2D D-BOX, 2D ATMOS D-BOX, 2D ScreenX

Fakta mengenai filem Jumanji  : The Next Level

👉 Watak-watak karekter filem ini masih sama & cuma ada penambahan watak baru iaitu Awkwafina sebagai Ming Fleetfoot

👉 Watak The Rock @ Dwayne Johson sebagai Dr. Xander "Smolder" Bravestone. merupakan aktor dengan bayaran tertinggi.

👉 Filem ini juga ditayangkan bersama-sama dengan filem Star Wars.

👉Filem ini tidak hanya berlaku di dalam hutan sahaja, malah ke kawasan yang lagi ekstrem seperti gurun pasir, kawasan sejuk bersalji dan lain-lain

👉 Filem ini telah mempertemukan kembali dua aktor veteran yaitu Danny DeVito dan Danny Glover sudah terpisah hampir dua dekad yang membawa watak Datuk kepada Spencer, Eddie dan kawan baik Datuknya, Milo.

👉 Penggambaran bermula pada 21 Januari 2019, dan berlaku di Atlanta, New Mexico, Calgary, Fortress Mountain Resort, Imperial Dunes, dan Hawaii sebelum berakhir pada 11 Mei.

👉 Filem ini telah mendapat Box office sehingga 5 Januari 2020 dimana telah mencatatkan $ 236.2 juta di Amerika Syarikat dan Kanada, dan $ 374 juta di wilayah lain, untuk sejumlah $ 610.2 juta di seluruh dunia, berbanding anggaran pengeluaran kira-kira $ 125 juta. 

(Sumber dari Wikipedia)


Sinopsis filem Jumanji  : The Next Level

www.liahasty.com
Bethany, Martha dan Fridge telah memasuki semula permainan "Jumanji" setelah mengetahui bahawa Spencer telah disedut kembali ke dalamnya. Apabila kawan Spencer, Milo, dan datuknya, Eddie, mendengar kekecohan itu, mereka datang memeriksa dan akhirnya diserang dengan sengaja diseret ke dalam permainan. Di dunia permainan, mereka menyedari bahawa permainan telah berubah, walaupun avatar mereka kini semakin merosot. Tiada apa yang mereka harapkan. Mereka perlu berani melepaskan padang pasir gurun yang belum diterokai ke pergunungan bersalji untuk membuat jalan keluar dari dunia yang paling berbahaya.

www.liahasty.com
Banyak aksi menarik di dalam filem ini disamping watak avatar yang baru dengan dugaan masing-masing untuk menempuh keluar dari permainan video ini.

www.liahasty.com
Ada juga part yang kelakar bila watak avatar yang belum dipilih sebelum permainan tapi terus disedut masuk ke permainan video ini. Bila di dalam permainan Jumanji, watak avatar telah bertukar dan dimasukkan dengan orang yang salah oleh datuk Spencer, Eddie & kawan datuknya bernama Milo. Bolehkah mereka menyesuaikan diri salam permainan video Jumanji ini❓

Filem Jumanji : The Next Level ini juga banyak aksi-aksi menarik disamping aksi kelakar yang mencuit hati penonton.

Adakah Bethany, Martha dan Fridge akan bertemu dengan kawan baik mereka, Spencer yang telah hilang di dalam permainan video Jumanji ini❓

Apakah kesudahan filem ini❓

Anda kena menonton sendiri filem Jumanji : The Next Level ini di pawagam berdekatan sebelum terlambat.

Pelakon filem filem Jumanji  : The Next Level

The Rock @ Dwayne Johson sebagai Dr. Xander "Smolder" Bravestone.

Kevin Hart sebagai Franklin "Mouse" Finbar

Karen Gillan sebagai Ruby Roundhouse

Nick Jonas sebagai Jefferson "Seaplane" McDonough

Jack Black sebagai Professor Sheldon "Shelly" Oberon

Awkwafina sebagai Ming Fleetfoot
Jumanji avatar yang baru, yang latar belakang wataknya adalah pencuri dengan kemahiran dalam pencurian, pickpocketing, dan yang mempunyai kelemahan untuk debunga.


Jangan lupa saksikan filem Jumanji : The Next Level ini di pawagam terdekat ❗
Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem aksi menarik ini. 

#jumanji #jumanjimovie #jumanjithenextlevel #touchngoewallet

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community