Jom dapatkan koleksi pereka fesyen terkenal Malaysia di www.nakbeli.com.my

March 15, 2020

Salam dan hai semua,

Jom dapatkan koleksi pereka fesyen terkenal Malaysia di www.nakbeli.com.my


Anda berminat untuk membeli belah koleksi rekaan pereka fesyen terkenal Malaysia ❓ 

Nama mereka adalah tidak asing lagi dalam dunia fesyen Malaysia iaitu Rizman Ruzaini, Carven Ong, Jo Disaya, Maatin Shakir, Justin Yap dan Syomirizwa Gupta menerusi hurr.tv x Designers series.Anda boleh dapatkan koleksi-koleksi mereka di laman beli belah dalam talian milik hurr.tv iaitu Nak Beli

Enam orang pereka fesyen hebat ini menampilkan koleksi rekaan terbaik menerusi pertunjukan fesyen khas yang diadakan di restoran Vogue Lounge, Kuala Lumpur yang lepas. Sejumlah 114 rekaan berkenaan kini boleh didapati dengan harga istimewa serendah RM139 bagi pembeli yang mendapatkannya secara eksklusif di platform Nak Beli dengan diskaun sehingga 50%. Promosi ini akan tamat pada 5 April 2020

Sebelum itu kita mengenali dahulu apa itu Nak Beli dan juga hurr.tv .

💕Mengenai Nak Beli 💕
Nak Beli adalah butik e-dagang yang menawarkan pelbagai produk fesyen, kecantikan dan gaya hidup yang eksklusif mengikut citarasa rakyat Malaysia. Mereka menawarkan produk unik dan berkualiti untuk memenuhi keperluan gaya hidup anda dan membolehkan anda membeli-belah di mana jua pada bila-bila masa hanya di hujung jari. 

Membeli-belah tanpa sempadan hanya di www.nakbeli.com.my.  

💕Mengenai hurr.tv💕
hurr.tv adalah definisi tepat dengan kandungan yang menggambarkan keunikan di Kuala Lumpur berunsurkan hiburan, urban, relevan dan realiti. hurr.tv adalah laman gaya hidup dan platform strim video yang membolehkan anda menonton pada mana-mana peranti yang mempunyai internet secara on the go. 

hurr.tv membawakan anda kandungan dalam talian yang memenuhi selera penonton muda Malaysia. Dengan memaparkan personaliti media sosial dan selebriti, tumpuan kami adalah untuk menyajikan hanya yang terkini dan trending. Kami memastikan segalanya realiti dengan mengutamakan kandungan yang menarik memfokuskan kepada perkembangan terkini fesyen, kecantikan, kesihatan, gaya hidup dan isu kontemporari dengan gaya yang lebih santai. 

Sebelum ini Nak Beli dikenali sebagai Beli@hurr dalam platform beli belah dalam talian Malaysia. Platform ini semakin berkembang pada tahun 2016 dan telah menjadi perhatian pembeli bagi koleksi barangan ‘pre-loved’ daripada Instafamous antaranya Sharifah Rose, Nisha Ezzati, Itsrosenicotine dan Sarancak. Selain itu, aksesori dan juga jenama penjagaan wajah & kulit MUCA juga diletakkan di bawah platform sama. Ini sekaligus telah menjadikan Nak Beli sebagai pilihan ‘one-stop centre’ untuk mendapatkan produk ‘top to toe’ dengan harga yang berpatutan.

Ok jom kita tengok keenam-enam pereke fesyen terkenal yang diperkatakan 😊

1. Koleksi Justin Yap


Pereka fesyen Justin Yap menampilkan koleksinya yang direka khusus bagi mereka yang ingin tampil elegan, anggun dan mewah. Koleksinya pernah digayakan oleh pelakon Scha Al-Yahya dan Miss Universe Malaysia 2018, Jane Teoh



2. Koleksi Syomirizwa Gupta


Pereka festen Syomirizwa Gupta ini terkenal dengan rekaannya yang sering bermain dengan warna terang serta out of the box. Koleksinya selalunya menjadi tumpuan pembeli untuk dimiliki. 



3. Koleksi Maatin Shakir


Pereka fesyen Maatin Shakir telah membuat penampilan pertamanya pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2014. Beliau mempelbagaikan kreativiti dengan menampilkan koleksi inspirasi boho-chic serta menerapkan cetakan etnik dalam rekaannya.



4. Koleksi Rizman Ruzaini


Duo pereka fesyen Rizman Ruzaini ini amat dikenali dengan label mereka digayakan artis popular Malaysia antaranya Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Fazura dan Amyra Rosli. Rekaan yang tidak boleh dilupakan dimana rekaan kostum kebangsaan Miss Universe Malaysia 2016 bertemakan Menara Berkembar KLCC. Koleksi  Rizman Ruzaini  sesuai digayakan di waktu santai mahupun pada acara rasmi. 



5. Koleksi Carven Ong


Pereka fesyen Carven Ong mendapat perhatian menerusi kostum kebangsaan Miss Universe Malaysia 2019 serta pereka baju perkahwinan bagi filem ‘Crazy Rich Asian’. Koleksi yang ditampilkan sesuai diperagakan ketika sambutan musim perayaan Tahun Baru Cina. Beliau menggunakan warna merah dalam setiap rekaannya menjadikan si pemakai menjadi tumpuan dalam setiap majlis yang dihadiri.



6. Koleksi Jo Disaya


Pereka fesyen Jo Disaya iaitu Mercedes Benz Most Promising Designer 2017, pula tampil dengan koleksi ‘street wear’ yang lebih santai namun masih mengekalkan elemen ‘sophisticated’ dan menyerlahkan aura kegembiraan si pemakainya. 



Jika anda mahukan dapatkan visual yang lebih jelas dan inspirasi penataan, anda boleh ke laman web, YouTube, atau muat turun aplikasi hurr.tv di Google Play atau App Store di telefon pintar anda untuk melihat episod khas Nak Beli

Nak tahu maklumat terkini, boleh ikuti instagram Nak Beli sekarang ❗

Koleksi rekaan kesemua pereka fesyen tempatan ini mendapat sokongan Restoran Vogue Lounge, Kuala Lumpur menerusi pertunjukan fesyen ‘Vogue Lounge x Fashion Designer Series’ yang diadakan setiap bulan di restoran tersebut yang terletak di aras 38, Menara SuezCap, Bangsar South. Beberapa pereka fesyen tempatan lain akan ditampilkan dari semasa ke semasa. Sekiranya anda ingin hadir dan melihat sendiri koleksi yang ditampilkan, sila ikuti kemaskini Vogue Lounge di Instagram atau Facebook dan lakukan tempahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, ikuti kami di:  
👉 Laman Web : http://www.hurr.tv/


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community