Salam dan Hai semua,
Sebelum ini Lia ada update entry mengenai restoran 34 BISHOP yang menyediakan makanan western dan fusion yang sangat sedap di area Georgetown, Pulau Pinang. Kali ini restoran ini menyediakan menu terbaru dan Lia juga berkesempatan untuk mencuba pada minggu lepas.
Restoran 34 BISHOP ini terletak strategik di tengah-tengah bandar Georgetown dan beralamat di 34, Bishop Street 10200 George Town, Pulau Pinang.
Restoran 34 BISHOP ini juga dikenali sebagai akuarium cafe di mana ada akuarium besar dengan ikan eksotik yang besar berumur hampir 30 tahun.
Anda juga boleh bergambar di mural dinding artistik berhampiran akuarium di bahagian depan restoran dan juga tengah.
Restoran 34 BISHOP ini adalah kafe Pork-Free tapi jangan was-was untuk makan di sini. restoran 34 BISHOP ini memanglah kafe pork-free tetapi kesemua bahan mental yang digunakan adalah dari pembekal yang Halal dan terdapat sijil Halal yang sah. Inilah status sebenar kafe dan sedikit pencerahan di mana ada yang was-was untuk mencuba makanan di sini. Kafe ini menerapkan mesra pelanggan terutamanya pelanggan beragama muslim dan juga bangsa lain.
Menu hidangan Western & Fusion Sedap Terbaru di 34 bishop
Dekorasi dalaman kedai juga agak cozy, simple dan yang paling penting bersih.
Kalau masuk dari depan restoran akan nampak agak sedikit sempit tetapi restoran ini memanjang hingga ke belakang. Kerusi dan meja juga teratur dan kemas. Dapat juga menampung lebih kurang 50 orang pengunjung dalam satu masa.
Menu di restoran ini memang sedap dari appetizer, main dish, dessert sampai lah ke minuman. Sebelum ni memang Lia dah cuba makan, tapi kali ini nak cuba pulak menu terbaru yang disediakan.
Sajian dan Menu Baru di restoran 34 Bishop
Pembuka Selera 🍜
📌 Cheesy Chicken Wings
📌 Buffalo Wings
📌 Chili Beef Fries
Main Dish 🍴
📌 Honey Stung Chicken Chop
📌 House Special Cheesy Chicken Chop
📌 Chili Lime Pasta with Salmon
📌Spaghetti Al Limone with Prawn Tempura
📌Grilled Chicken Burger with Black Pepper Sauce
📌Superstar Beef Burger with Chili Beef
📌Salmon with Moroccan Cream
📌 Signature Braised Lamb Shank
Minuman 🧉
📌 Romantic Yuzu
📌 Virgin Mojito
📌 Chocolate Mint Latte
📌 Gula Melaka Matcha
Dessert 🎂
📌 Chocolate Sundae Special
📌 Banana Foster French Toast

Lia dah cuba beberapa menu di sini, memang sedap dan terbaik 👍 Restoran ini sesuai datang bersama pasangan, kawan ataupun keluarga. Anda bila lagi❓
34 BISHOP
Alamat: 34, Bishop Street 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi:
11:30am - 10:30pm (Setiap hari Selasa sampai Ahad)
TUTUP setiap Hari Isnin
No Tel: +6012-405 1784
Facebook : https://www.facebook.com/34.bishop/
Instagram : https://www.instagram.com/34.bishop/?hl=en
#34bishop #aquariumcafe
0 Comments