Pengalaman Menaiki Bot & Island Hopping di Lexis Suites Penang

March 10, 2020

Salam dan Hai semua, 

www.liahasty.com

Pulau Pinang memang dikenali dengan bandar warisan, makanan yang sedap, kepelbagaian lukisan mural, bermacam jenis muzium interaktif, tempat bersejarah dan menarik untuk dilawati, dan banyak lagi. Tapi ada lagi aktiviti yang boleh anda lakukan selain yang disebut di atas. Aktiviti ini sangat sesuai jika anda seorang yang adventure, suka mengembara bersama bot🚤 dan berminat untuk mengenali pulau-pulau 🌄, sukakan laut🌊 dan pantai 🌅.

Pengalaman Menaiki Bot & Island Hopping di Lexis Suites Penang

Anda boleh mencuba menaiki bot dan island hopping di sekitar laut Teluk Kumbar di bahagian selatan pulau Pulau Pinang. Lexis Suites Penang membolehkan anda boleh merasakan pengalaman island hopping beberapa buah pulau seperti Pulau Rimau, Pulau Kendi, Pulau Gedung, Pulau Aman. Jika anda menginap di Lexis Suites Penang, anda hanya perlu membayar RM50 sahaja untuk Island Hopping Boat Ride. Untuk orang awam pula, bayaran dikenakan hanya RM80 sahajaIsland Hopping Boat Ride mengambil masa selama 3 jam & akan disediakan sebotol air mineral & snek.

Jom baca Lia nak kongsikan pengalaman menaiki bot & Island Hopping di Lexis Suites Penang.

www.liahasty.com
Bergambar bersama sebelum island hopping di kawasan pantai Lexis Suites Penang
Sebelum menaiki bot, kami berkumpul dahulu di lobi hotel dalam 1.45 petang. Kemudian kami terus ke kawasan pantai di belakang hotel menanti bot untuk Island Hopping. Kami menanti bot sampai dan menaiki bot untuk island hopping di tepi pantai hotel Lexis Suites Penang.

Sementara nak tunggu bot sampai, semua peserta kena tandatangan dahulu Recreation Activities Indemnify.

www.liahasty.com
Sebelum bot berjalan, apa pun safety first❗ Kena pakai safety jacket untuk keselamatan sepanjang island hopping.

www.liahasty.com
Suasana di dalam bot semasa Island Hopping Lexis Suites Penang
Satu boat dapat memuatkan 12 orang dalam satu masa termasuklah 9 orang peserta, 1 orang pemandu boat, 1 orang Skipper & 1 orang Recreation Guide.

www.liahasty.com
Pulau Rimau, Island Hopping bersama Lexis Suites Penang
Selepas menaiki bot, perjalanan kami diteruskan ke Pulau Aman dan dalam perjalanan kami melewati Pulau Rimau

www.liahasty.com
Di atas bot, kami dibekalkan sebotol air mineral & snek setiap seorang.

Perjalanan diteruskan dan kali ini kami melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim. First time Lia naik bot dan lalu bawah jambatan kedua, sebelum ini kalau jambatan pertama dan banyak kali pengalaman lalu dengan bot.

www.liahasty.com
Jambatan Kedua, Jambatan Sultan Abdul Halim, Island Hopping bersama Lexis Suites Penang
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah jambatan tol dua hala di Pulau Pinang, Malaysia. Ia menghubungkan Bandar Cassia di Seberang Perai di tanah besar Semenanjung Malaysia dengan Batu Maung di Pulau Pinang. [Sumber dari Wikipedia]

www.liahasty.com
Pulau Gedung, Island Hopping bersama Lexis Suites Penang
Kami juga sempat menjenguk Pulau Gedung betul-betul bersebelahan dengan Pulau Aman.

www.liahasty.com
Pulau Gedung, Island Hopping bersama Lexis Suites Penang
Pulau Gedung adalah pulau kecil di pesisir Seberang Perai di Negeri Pulau Pinang, Malaysia. Pulau kecil ini, bersama-sama dengan Pulau Aman bersebelahan, terletak dalam bidang kuasa Daerah Seberang Perai Selatan. [Sumber dari Wikipedia]

www.liahasty.com
Pulau Aman, Island Hopping bersama Lexis Suites Penang
Destinasi yang dituju Pulau Aman telah sampai dimana kami akan berhenti seketika untuk menjamu selera.

Suasana di Jeti Pulau Aman

www.liahasty.com
Berposing di Jeti Pulau Aman
www.liahasty.com
Suasana jeti Pulau Aman

Dari atas bot, akan nampak Pulau Aman dengan suasana rumah, bangunan dan sekolah dari jauh. Anda akan nampak juga beberapa kawasan rumah yang hampir rosak dan tidak dibaiki.

www.liahasty.com
Suasana jeti Pulau Aman
Ada juga restoran berdekatan yang menyediakan hidangan berasaskan makanan laut untuk para pengunjung. Dari sini, ada juga penjualan tiket bot dari Pulau Aman menuju ke Jeti Batu Musang, Batu Kawan.

Buah sukun Pulau Aman

www.liahasty.com
Buah sukun di Pulau Aman
Untuk pengunjung yang tidak pernah mengetahui mengenai buah sukun, di sini ada pokok buah sukun yang mengeluarkan beberapa buah. Buah sukun sekarang susah nak dijumpai. Lia pernah merasa makan buah sukun goreng tepung sebelum ini.

Restoran Terapung Pulau Aman

www.liahasty.com
Restoran Terapung Pulau Aman
Tujuan kami ke Pulau Aman nak menjamu selera di Restoran Terapung Pulau Aman. Restoran yang memang dikenali ramai dan menjadi tumpuan . Restoran ini beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 6 petang dan dibuka setiap hari.

www.liahasty.com
Menu di Restoran Terapung Pulau Aman
Kami sempat makan beberapa menu seperti mee kuah, mee goreng dan juga nasi goreng dan juga air teh ais, sirap ais, dan limau ais untuk hilangkan dahaga. Kami tak bernasib baik dimana semua ketam dan udang dah habis. So kami makan mee dan nasi kosong sahaja tapi sedap.

www.liahasty.com
Ketam di Restoran Terapung Pulau Aman
Kami bertuah juga masih ada seekor ketam yang ada dan boleh dikongsikan bersama. Kalau anda nak merasa makan ketam dan udang dinasihatkan supaya datang ke Pulau Aman awal pagi. Datang lewat petang selalunya ketam dan udang dan habis ramai yang serbu.

Kuih tradiosional kuit kapit
www.liahasty.com
Anda juga dapat melihat penduduk Pulau Aman menyediakan kuih tradiosional kuih kapit.

Kemudahan awam di Pulau Aman

www.liahasty.com
Pulau Aman yang kecil ini juga mempunyai kemudahan seperti restoran, tandas awam, sekolah, homestay untuk para pemancing dan kemudahan lain untuk para pengunjung.

Pulau Aman adalah pulau kecil di pesisir Seberang Perai di Negeri Pulau Pinang, Malaysia. Pulau kecil ini, bersama-sama dengan Pulau Gedung yang bersebelahan, terletak dalam bidang kuasa Daerah Seberang Perai Selatan. Dikenali sebagai "Pulau Damai", ia adalah rumah kepada kampung tradisional Melayu. [Sumber dari Wikipedia]

Selepas menjamu selera, kami teruskan lagi island hopping dimana ada beberapa pulau lagi yang perlu dilawati

www.liahasty.com
Pulau Rimau, Island Hopping bersama Lexis Suites Penang
Sekali lagi kami melewati Pulau Rimau, kali ni kami nampak pulau dari bahagian & sudut lain. Dari jauh dah nampak rumah api berwarna putih. Pulau Rimau memang dikenali dengan rumah api cast iron 17m.

Pulau Rimau adalah pulau kecil di pesisir selatan Pulau Pinang di Negeri Pulau Pinang, Malaysia. Terletak hampir 832 m dari hujung tenggara Pulau Pinang, pulau ini tidak berpenghuni kini menjadi rumah kepada rumah api aktif, yang dibina oleh British pada tahun 1885. [Sumber dari Wikipedia]

www.liahasty.com
Sunken Taiwanese Ship, Island Hopping bersama Lexis Suites Penang
Dalam perjalanan ke Pulau Kendi, kami dapat lihat shipwreck ataupun bangkai kapal Sunken Taiwanese ship di permukaan laut. Kapal yang tenggelam ini tidak pasti kapal jenis apa, tetapi diberitahu bahawa kapal penangkapan ikan komersial besar Cina yang tenggelam di sepanjang pantai Permatang Damar Laut, selatan pulau Pulau Pinang pada 26 Julai 2018.

www.liahasty.com
Kapal nelayan di perairan ketika Island Hopping bersama Lexis Suites Penang
Sepanjang perjalanan sempat juga melihat beberapa kapal nelayan di perairan laut.

www.liahasty.com
Pulau Kendi, Island Hopping bersama Lexis Suites Penang
Pulau terakhir kami sepanjang Island Hopping Boat Ride kali ni ialah Pulau Kendi.

www.liahasty.com
Pulau Kendi, Island Hopping bersama Lexis Suites Penang
Ini adalah kali pertama Lia melawat Pulau Kendi selalunya para pemancing yang gemar datang ke sini. Batu-batu dan pokok sekitar pulau ini juga sangat cantik. Disebabkan ombak yang sangat kuat kami tidak dapat bergerak ke bahagian sebelah pulau.

www.liahasty.com
Air laut di Pulau Kendi, Island Hopping bersama Lexis Suites Penang
Air laut di sini agak jernih kehijauan dimana kawasan ini jauh dari bandar dan juga pencemaran.

Pulau Kendi adalah pulau kecil di pesisir selatan Pulau Pinang di Negeri Pulau Pinang, Malaysia. Terletak lebih dari 3.4 km dari hujung barat daya Pulau Pinang, pulau kecil yang berbukit ini sering dikunjungi oleh pemancing. [Sumber dari Wikipedia]

www.liahasty.com
Jeti berdekatan hotel Lexis Suites Penang
Island Hopping Boat Ride melawat 4 pulau telah berakhir. Waktu pulang bot yang kami naiki terpaksa turun di jeti disebabkan air surut dan kami bot tidak boleh menghampiri pantai hotel. 

www.liahasty.com
Jeti berdekatan hotel Lexis Suites Penang
Jeti konkrit ini masih kukuh cuma handrail yang hilang dan perlu dibaiki. Anda perlu berhati-hati ketika berjalan di jeti ini. Jeti ini memang dipenuhi dengan pemancing dan juga orang awam yang bersiar-siar.

www.liahasty.com
Map dari Jeti ke hotel Lexis Suites Penang
Jeti ini berdekatan dengan dengan Ilyana Cafe dan Salwa Mee Udang Teluk Kumbar .Jeti ini memang hampir dengan pantai Lexis Suites Penang dimana anda hanya perlu berjalan kaki di pesisiran pantai untuk pulang ke hotel.

www.liahasty.com
Pandangan jauh dari laut Lexis Suites Penang
Perjalanan pulang sempat snap gambar dari jauh hotel Lexis Suites Penang dari atas bot.

www.liahasty.com

Peringatan sebelum island hopping:
✅ Makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum menaiki bot
✅ Bawa pakaian ganti untuk tukar, tuala, air masak, jeruk, sunblock, cermin mata hitam, topi, dan sebagainya yang berkaitan (Ombak laut akan kuat dan baju boleh basah)
✅ Bawa drybag/waterproof bag untuk aktiviti air
✅ Untuk yang mabuk laut, digalakkan makan ubat mabuk atau ubat yang bersesuaian sebelum naik bot
✅ Pakai pakaian dan kasut yang bersesuaiaan 
✅ Bawa gadjet untuk merakam foto dan video sepanjang perjalanan (casing waterproof untuk gadjet)
✅ Patuh arahan dan peraturan menaiki bot 


Lia dah cuba Island Hopping Boat Ride bersama Lexis Suites Penang. Anda bila lagi ❓

Pengalaman menarik bagi Lia dapat merasakan island hopping beberapa pulau yang menjadi port memancing di sekitar Pulau Pinang. Atleast sebagai orang Penang, Lia dapat rasakan dan berkongsi pengalaman dengan pembaca di luar sana. Jika anda berminat untuk merasakan Island Hopping Boat Ride ini, boleh kunjungi hotel Lexis Suites Penang dan register di lobi utama.

www.liahasty.com
Island Hopping Boat Ride 
 Lexis Suites Penang 

Island hopping di 4 buah pulau 🌄: Pulau Rimau, Pulau Kendi, Pulau Gedung, Pulau Aman

💸 RM 50  nett per pax untuk pengunjung yang menginap di hotel
💸 RM 80 nett per pax untuk orang awaa,

Setiap orang diberikan sebotol air mineral & snek.


Selain Island Hopping Boat Ride, ada juga menyediakan Hi-Tea dengan pelbagai menu. Harga sangat berbaloi & anda patut cuba❗

www.liahasty.com

Hi-Tea🍵
👉Promotion👈 
 📍 Lokasi : Sattelite Bar
⌚11.00 am - 6.00 pm
💸 RM48 nett per set
👫2 person sharing 

www.liahasty.com
Hi-Tea Promotion di Lexis Suites Penang ada menyediakan 4 menu untuk pilihan para pengunjung.

Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi 604-628 2888 🤙

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:

📍 Lexis Suites Penang

📪28, Jalan Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia

📞Tel : +604 - 628 2888
Fax : +604 - 628 2889

Email : reservations@lexissuitespenang.com


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community