Jom tempah Online Food Delivery Service dari The Light Hotel Penang

Salam dan Hai semua,

Apa habaq semua ❓ Harap semuanya sihat berada di rumah masing-masing. Kita masih berada dalam tempoh 'Perintah Kawalan Pergerakan' (PKP). Walaupun Pulau Pinang ada dalam green zone tetapi jangan ambil mudah ya. Kita semua kena ambik langkah berjaga-jaga seperti memakai mask😷, sentiasa basuh tangan, hand sanitizer, jarak 1 meter dan sebagainya untuk langkah keselamatan.

Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut ramadan 🌝 dan berpuasa selama sebulan. Walaupun tiada bazar ramadan & tak boleh makan buffet di restoran ataupun hotel, kita boleh tempah makanan secara 'food delivery' secara atas talian dan hantar ke rumah 🏠 atau pejabat 🏢 anda. Buat masa sekarang lebih baik kita membeli makanan dan makan di rumah bersama keluarga 👪. Lebih selamat dan & dapat luangkan masa bersama keluarga dengan lebih dekat.

Kali ini Lia nak recommend salah satu hotel favorite yang mengadakan 'food delivery 🍴' iaitu hotel The Light Hotel Penang. Hotel ini menyediakan menu istimewa dan terbaik untuk anda nikmati dalam keselesaan di rumah 🏠 atau pejabat 🏢 anda.

Bringing The Light Hotel Penang dining experience right to your doorstep

Online Food Delivery Service ini boleh ditempah setiap hari bermula jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Tempahan akhir pada jam 6.30 petang. Anda boleh buat tempahan makanan melalui panggilan 📞 di no +6017 474 7965 ataupun 💻email di fb@thelighthotelpg.com.

Untuk delivery 🚚 pula, ianya meliputi kawasan mainland dan juga Penang Island. Bayaran pengangkutan tambahan akan dicaj untuk Penang Island 📪 dan radius di atas 10KM dari hotel & T&C lain dikenakan. 

Hotel ini terletak di kawasan bandar Seberang Jaya tetapi boleh menghantar makanan di kawasan Penang Island juga. Tetapi bayaran tambahan dikenakan untuk delivery dan juga tempahan makanan dalam family package ataupun single order yang melebihi 10 orang.


Makanan yang ditempah memang dibungkus elok dalam tupperware dan dimasukkan dalam brown paper bag. Jangan risau makanan tak tumpah ataupun rosak.

Ini adalah 4 menu food delivery yang Lia tempah secara online. Hotel ini di kawasan Seberang Jaya tetapi buat penghantaran di kawasan rumah Lia di Bayan Lepas. Makanan yang ditempah Lia terima dengan baik dan elok sahaja. Memang servis delivery terbaik 👍

Terdapat beberapa jenis menu Food Delivery Service Menu dari The Light Hotel Penang antaranya : Signature Delights, Western Flavour, Tandoori & Pizza, & Chinese Favorite.

Chicken Set Salted Egg Butter King Prawn Set Meal

Set ini merupakan salah satu hidangan Chinese Favorite. Ia dihidangkan dengan nasi putih wangi kukus, butter fried chicken & terung bersama sos hot bean.

Jangan lupa ya set ini datang bersama 2 ekor Salted Egg Butter King Prawn ini memang sedap dan terbaik dengan sos telur masin. 

📌Chicken Set Salted Egg Butter King Prawn Set Meal @ RM 39.00


Online Food Delivery Service dari The Light Hotel Penang juga ada menu signature dari Signature Delights yang patut anda cuba. Hangpa mesti tau hotel ini terkenal dengan menu kari dan juga nasi briyani, mandy & juga kabda. So kalau hangpa rindukan nasi beras basmati dari The Light Hotel Penang boleh tempah menu ini untuk single set meal ataupun family set meal.

Nasi briyani, mandy atau kabsa tak lengkap kalau tak dimakan bersama bahan sampingan yang lain dan juga papadom.

The Light Hotel Signature Chicken Briyani with Condiments

 Nasi Briyani ini menggunakan beras basmati yang dihidangkan dengan ayam slow-braised  atau goreng. 

 Set ini dihidangkan dengan kuah dalca sayur, raita,  chutney tomato, yogurt jintan, & papadom.

📌The Light Signature Chicken Briyani with Condiments
RM 24.00 for single set meal
RM 99.00 for family set meal (5-6 persons)

Spring Chicken Saudi Kabsa Rice with Condiments

Nasi Kabsa ini menggunakan beras basmati yang dihidangkan bersama ayam slow-roasted half spring.

 Set ini dihidangkan dengan chutney tomato, raita, yogurt jintan, cili hijau segar, bawang Bombay & keropok urad dhal.

📌Spring Chicken Saudi Kabsa Rice with Condiments
RM 26.00 for single set meal
RM 118.00 for family set meal (5-6 persons)

Lamb Shank Yemeni Mandy Rice with Condiments

 Nasi Mandy ini menggunakan beras basmati yang dihidangkan dengan daging Australia lamb shank yang dipanggang lembut dan juicy.

 Set ini dihidangkan dengan chutney tomato, raita, yogurt jintan, cili hijau segar, bawang Bombay & keropok urad dhal.

📌Lamb Shank Yemeni Mandy Rice with Condiments
RM 38.00 for single set meal
RM 168.00 for family set meal (5-6 persons)




Lia dah cuba buat makanan Online Food Delivery Service dari The Light Hotel Penang. Anda bila lagi ❓ 

Online Food Delivery Service dari The Light Hotel Penang


Online Food Delivery Service dari The Light Hotel Penang
Tempahan bermula ⌚jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. 
⌛Setiap hari 
Tempahan akhir pada jam 6.30 petang. 
Tempahan boleh dibuat melalui :
 panggilan 📞 di no +6017 474 7965 ataupun 💻email di fb@thelighthotelpg.com.

Menu untuk Food Delivery Service Menu seperti di bawah 👇👇

Menu yang disediakan sempena Food Delivery dari The Light Hotel Penang. Anda berminat untuk buat tempahan, Hubungi sekarang di 017-4747965 dan buat pesanan anda❗

Selamat Mencuba 😊❗



Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:

The Light Hotel Penang

Alamat : Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang

Tel : 04 - 382 1111
Faks : 04 - 399 9333
Email : info@thelighthotelpg.con

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:
Instagram : @the_light_hotel

Post a Comment

0 Comments