Lapar semasa PKP di rumah? Jom order makan di kafe Selah, Olive Tree Hotel, Pulau Pinang

Salam dan Hai semua,

Apa habaq semua ❓ Harap semuanya sihat berada di rumah masing-masing.

 Disebabkan wabak penyakit Corona ataupun dikenali sebagai Covid-19 yang melanda Malaysia dan juga negara luar, kerajaan telah memutuskan untuk mengadakan 'Perintah Kawalan Pergerakan' (PKP). Kita telah berjaya mengharungi PKP Fasa 1 dan kini telah memasuki PKP Fasa 2.

Kita sebagai rakyat Malaysia, semestinya kita menyahut seruan kerajaan💪 duduk di rumah, kerap membasuh tangan, pakai mask 3 ply, selalu pakai hand sanitizer 70% alkohol untuk membasmi kuman, & jarakkan 1 meter setiap kali berada di tempat awam. Jangan keluar melainkan ada benda penting sahaja seperti kerja atau ingin membeli barang keperluan rumah. Semoga kita dapat putuskan rantaian Covid 19 di Malaysia 👌

Apa yang hangpa makan di rumah ❓
 Mesti ada yang masak di rumah ataupun order sahaja secara online dah makan di rumah 🏠 Kadang-kadang Lia pun malas nak masak, mana taknya sibuk menyiapkan kerja office di rumah (work from home). Nak fikir nak makan apa lagi, kalau nak prepare food makan masa lagi sebab ada task yang nak dibuat.

www.liahasty.com

Lapar semasa PKP di rumah? Jom order makan di kafe Selah, Olive Tree Hotel, Pulau Pinang

Khas untuk Warga Pulau Pinang📢📢

Kalau hangpa dah taktau nak makan apa & malas dah nak masak. Lia nak syorkan kat hangpa semua untuk buat tempahan makanan Food Delivery di kafe Selah, Olive Tree Hotel 🏨, Pulau Pinang. Lagipun Semasa tempoh PKP, kita tak digalakkan selalu berkumpul di luar. Baik order sahaja, then makanan sampai di rumah. Kos delivery pun hanya RM10 sahaja.

Makanan di sememangnya sedap dan menepati citarasa dan tekak Lia. Salah satu hotel favorite Lia untuk hidangan menu buffet. Sempena food delivery, kafe Selah menyediakan banyak pilihan makanan Asian and western cuisine 🍽️  meliputi breakfast, lunch, tea, snack & dinner. Harga makanan pula bermula dari RM 8.90 💸 setiap order datang dengan ice atau hot lemon tea 🍹

Lagipun Lia memang teringin sangat nak makan ala-ala western. Maklumlah duduk terperuk di rumah ini jarang dapat makan western kan kebanyakkan nasi berlauk saja. 

www.liahasty.com
So Lia pun memang duk craving western food sepanjang PKP, Lia pun tempah makanan seperti Spicy Prawn Pizza, Lamb Chop & Greek Salad.

www.liahasty.com
📌Spicy Prawn Pizza @ RM 26.00

www.liahasty.com
📌Lamb ChopRM 28.00

www.liahasty.com
📌Greek SaladRM 26.00

www.liahasty.com
📌ice atau hot lemon tea 🍹

Setiap menu yang ditempah akan dapat ice atau hot lemon tea 🍹 So 3 menu Lia order akan dapat 3 air.

www.liahasty.com
Sudu, garfu, pisau plastik dan tisu juga disediakan.

www.liahasty.com
Sos cili, serbuk lada hitam dan garam juga disediakan untuk anda yang menempah. Sesuai untuk hangpa yang suka makan piza dengan sos & lada hitam.

Boleh klik link ni ⏩ https://olivetreehotel.easy.co/ kalau nak order makanan.

Selepas membuat pesanan secara online, masukkan details anda seperti nama, alamat dan no telefon. Sila buat pembayaran secara online termasuklah kos delivery sebanyak RM10 sahaja💸 Kemudian anda akan mendapat panggilan untuk pengesahan detail peribadi anda dan juga maklumkan sama ada mahu minuman ice atau hot lemon tea 🍹Tempoh waktu delivery juga akan di beritahu.

Anda boleh membuat tempahan sehari sebelum ataupun pada hari yang sama. Lia buat tempahan beberapa jam sebelum makanan sampai. Semasa dapat panggilan pengesahan, tempoh 1 jam makanan dah sampai di rumah 🏠 

Makanan yang Lia order sememangnya sedap dan terbaik 👍 Paling sedap dia punya Lamb Chop daging memang lembut dan rasa dia punya perapan dengan sos black pepper, Spicy Prawn Pizza pula sedap dengan topping cheese & udang dan Greek Salad pula fresh & sedap + dressing. Terubat juga mengidam nak makan western food time PKP ni.

Sebelum membuat pesanan, hangpa kena buat semakan dahulu kerana 🚚 Delivery hanya di kawasan tertentu sahaja seperti Bayan Lepas, Sg Ara, Batu Maung and Gelugor sahaja.

Nak take-away pun boleh ❗
Kalau hangpa ada berdekatan dengan hotel terus ke kafe Selah untuk membuah tempahan dan tapau bawa balik.

Selain laman web, hangpa boleh juga tengok menu kat sini ⏩ https://www.facebook.com/719386821416095/posts/3065609963460424/

www.liahasty.com

www.liahasty.com

www.liahasty.com

www.liahasty.com

Menu yang disediakan sempena Food Delivery dari Kafe Selah, Olive Tree Hotel Penang. Anda berminat untuk buat tempahan, sila buat pesanan anda di laman web tertera.

Selamat Mencuba 😊❗



Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:

Olive Tree Hotel Penang

No.76, Jalan Mahsuri, 
11950 Bayan Lepas, 
Penang, Malaysia. 

Tel :  +6 04 637 7777 ext.7712  
Fax : +6 04 637 7766

Instagram : @olivetreehotelpenang


Post a Comment

0 Comments