Hidangan Ramadan dari Sunway Hotel Georgetown & Sunway Hotel Seberang Jaya

May 01, 2020

SUNWAY HOTEL GEORGETOWN AND SUNWAY HOTEL SEBERANG JAYA MENAWARKAN HIDANGAN RAMADAN SEDAP DINIKMATI DENGAN KESELESAAN DI RUMAH

Sunway Hotel Georgetown dan Sunway Hotel Seberang Jaya menawarkan Ramadan Grab N ’Go, membawa lebih banyak pilihan kepada masyarakat untuk berbuka puasa di rumah🏠 masing-masing.

Nikmati pilihan makanan iftar terbaik dengan hidangan seperti Nasi Minyak Saffron dengan Ayam Peri-peri, Nasi Putih Pandan dengan Kepala Ikan Salmon (boleh didapati dalam hidangan sekeluarga untuk empat orang), Grilled Chicken Skewer Yakitori, Cheesy Salmon Lasagna, dan Lamb Fajitas. Sempurnakan iftar dengan pencuci mulut seperti Crème Brulee, Mango White Pearls, dan Melange of Tropical Fruits. Harga hidangan utama bermula dari💱 MYR32 dan MYR10 untuk pencuci mulut.

Sebagai sebahagian daripada langkah-langkah keselamatan yang diamalkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, para tetamu boleh memesan dari keselesaan rumah mereka dengan menghubungi hotel melalui panggilan📞 telefon atau 📱 WhatsApp. 

Pengambilan makanan secara pandu lalu 🚗atau Grab Delivery boleh diatur sebaik kenyataan pembayaran dihantar ke hotel melalui 💻 e-mel atau WhatsApp. Bayaran akan dikenakan untuk kemudahan Grab Delivery. Selain itu, tetamu yang mengambil makanan dari hotel akan menerima air botol dan kurma percuma. Pesanan harus dibuat sekurang-kurangnya 4 jam sebelum pengambilan.

Promosi ini akan berlangsung dari 1 Mei hingga 23 Mei 2020, dan waktu operasi adalah dari 10.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. 

Untuk membuat tempahan, sila hubungi 📞



Sun Café di Sunway Hotel Georgetown di 04-229 9988 / 012-416 9769 (WhatsApp)

atau 



Sunway Hotel Seberang Jaya di 04-377 7788 / 018-983 0500 (WhatsApp). 

Kunjungi laman web kedua-dua hotel untuk menu penuh dan maklumat lanjut di 



You Might Also Like

1 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community