Jalani Kehidupan New Normal PKPB selepas berakhirnya PKP

May 11, 2020

Salam dan Hai semua,

Apa habaq semua ❓ Semoga semua sihat selepas kerajaan mengumumkan berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) dan bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Apapun please be careful ya jangan ambil mudah dengan virus Covid 19 ini. Dah meragut hampir 100 nyawa di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Kita semua dah melalui 4 Fasa PKP bermula dari 8 Mac hingga 3 Mei 2020. Hampir 50 hari juga #DudukRumah ๐Ÿก  Boleh tahan juga lah ๐Ÿ˜•

1 Mei yang lepas PM ke 8 dah umum mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana rakyat Malaysia diberi kelonggaran sedikit. Sektor ekonomi dan sosial dibuka semula. So semua boleh start kerja macam biasa tetapi dengan New Normal mengikut prosedur operasi standard (SOP)

10 Mei yang lepas pula PM dah umumkan PKPB dilanjutkan 4 Jun 2020 walaupun negara dah capai perkembangan positif perangai COvid 19. So lepas raya lah kan No Balik Kampung sebab tak boleh rentas negeri. Raya di Penang saja Huhuhu

www.liahasty.com

Ok tak mau membebel panjang. Lia nak ceritakan pengalaman pulang semula bekerja di office ๐Ÿญ dengan new normal. Untuk rakyat Pulau Pinang, ramai yang sudah mula bekerja pada 8 Mei termasuklah Lia. Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengambil langkah untuk memulakan PKPB untuk Pulau Pinang pada 8 Mei 2020 ๐ŸŽ“

So dah lama duduk berkurung kat rumah, otak pun dah tepu, emosi pun dah fragile, #workfromhome pun tak berapa efektif & sekarang masa bekerja macam biasa ⛑ di office. Rindu nak drive pergi kerja ๐Ÿš— Kadang kan rindu nak bersesak dalam jem. Sampai macam tu. Dulu jem skit je tak boleh tahan ๐Ÿ˜Maklumlah kereta ada kat car-porch lama sangat

1. WAJIB PAKAI MASK
Mask ๐Ÿ˜ท ini benda wajib bukan sahaja kat luar masuk office pun dah wajib pakai. So mask dah jadi satu keperluan. Kalau pakai 3ply mask tu kena lah berganti sehari satu. Dah pakai satu hari balik buang. Janganlah pakai berhari-hari pulak.

2. HAND SANITIZER
www.liahasty.com
Yang ini memang penting kena sanitize tangan terlebih dahulu. Sebelum masuk office depan pintu dah ada nota untuk semua dan hand sanitizer.

www.liahasty.com
Lia pun ada bawa extra botol kecil hand sanitizer letak di workdesk. Untuk senang nak apply bila-bila masa.

3. CHECK TEMPERATURE

www.liahasty.com
Dah masuk pintu tu dah ada thermometer then sendiri scan suhu badan & catat atas kertas disediakan untuk rekod.

4. IKUT ARROW PITA PELEKAT ATAS LANTAI

www.liahasty.com
Bila masuk office terus rasa eh apa ni. Oh ada pita pelekat atas lantai so kena follow arrow. Staff kena naik ikut tangga belakang dan turun ikut tangga hadapan. Tak boleh guna satu tangga untuk turun dan naik ⛔ Sebab nak elakkan terlalu ramai dalam satu masa.

5. JARAK 1 METER

www.liahasty.com
Meja kerja kat office memang dah jauh-jauh. Lagipun staff ada yang bekerja di office & ada juga di site. So untuk my department, taklah risau sangat dari segi penjarakkan sosial.

6. DILARANG BERKUMPUL DI SATU KAWASAN BERAMAI-RAMAI
Tak boleh nak pergi photostat dulu kat situ ramai-ramai. Takpun bergosip ramai-ramai dalam satu tempat ๐Ÿ˜‚

7. SENTIASA BASUH TANGAN
Amalan yang selalu dinasihatkan dan perlu diamalkan kerap setiap kali menggunakan tandas dan lain-lain. Basuh tangan ๐Ÿšฟ dengan sabun jenis buku atau cecair dengan air secukupnya. 

8. LUNCH DI OFFICE
Selalunya staff akan keluar makan di luar pada waktu lunch ๐Ÿด. Sekarang staff digalakkan bawa bekal ๐Ÿฑ dari rumah atau beli bungkus di luar dan makan di office. 

9. BARANG KURIER/FOOD DELIVERY DI HANTAR DI PINTU MASUK SAHAJA
Untuk barang kurier ๐Ÿงง ataupun food delivery ๐Ÿฒyang dihantar ke office hanya boleh diletakkan di meja luar depan pintu masuk.

10. WAKTU KERJA TAK SAMA
Staff juga dibahagikan waktu kerja yang tak sama. Ada yang datang awal setengah jam untuk elakkan berkumpul atau datang serentak dalam satu masa. So bulan Ramadan ni staff Melayu boleh balik awal.

Memang pada mula rasa macam kekok je bila office ada SOP untuk new normal ni. Tapi lama-lama akan terbiasa juga untuk kebaikkan kita. Harapan tinggi dan berdoa supaya virus ni akan turun & menghindar dan ada vaksin ditemui untuk ubati. Semoga ekonomi negara juga akan semakin stabil. 

#kitajagakita๐Ÿ’•๐Ÿ™Œ

You Might Also Like

10 inspiration

  1. mmg kena biasakan dgn NEW NORMAL kan...dh ramai mula bekerja kn...akak masih work from home since start PKP...yg kena pegi opis mmg kena jaga jarak juga...kt opis tkde la letak pita pelekat tu...smoga kita smua dilindungi dr wabak covid19

    ReplyDelete
  2. moga2 kita semua boleh adapt dengan new normal dan patuh arahan kkm

    ReplyDelete
  3. Ya, sekrg hidup norma baru.. Tak bestnya tak dpt keluar berkeluarga. Yela ada anak kecik. Keluar pun sorang2 je

    ReplyDelete
  4. Mmg kita kena biasakan dgn rutin baru ni.. mcm kak liez bila kena keluar mcm jadi takut², berhati² dngan apa.yg ada disekeliling. Mata tu merayap thk sana sini.. thn tu klau boleh elak pegang benda²

    ReplyDelete
  5. #Kitajagakita sendiri jd fhm2 ajerlah klu nk selamat semasa dpt keluar, rasa kega jgklah kembali normal skt

    ReplyDelete
  6. Kami dijadualkan bekerja selang hari now. Alhamdulilah dengan norma baru, moga kita berjaya menghentikan rantaian Covid 19 nie

    ReplyDelete
  7. bagus juga bila diadakan langkah pencegahan macam ni.. at keast rasa selamat sangay bila datang opis

    ReplyDelete
  8. Betul tu, kita memang kena biasakan diri dengan New Normal ni... walau macam mana sekalipun, kita kena terima fact bahawasanya COVID-19 ni takkan lenyap semudah itu... jadi, segala langkah yang telah disarankan haruslah kita patuhi... saya kat office pun amik temperature 3 kali sehari... and then, kami ada 2 groups... location lain-lain... untuk mengelakkan ada ramai staf pada satu-satu masa di dalam kawasan yang sama kannnn...

    ReplyDelete
  9. Mmg terpaksa buat new normal kan... Mmg mula2 wawa pun kekok tp bila dh biasa buat jd lupa yg ini adalah cara new normal. Hehhe.. Selamat bekerja lia..

    ReplyDelete
  10. You will get use to it, my office also we only go to office on alternate day.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Recent in Fashion

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community