AirAsia lancar Pas Tanpa Had Baharu untuk memacu pelancongan domestik

AirAsia lancar Pas Tanpa Had Baharu untuk memacu pelancongan domestik

www.liahasty.com

Hanya RM399 untuk menebus penerbangan tanpa had ke 16 destinasi di seluruh Malaysia

www.liahasty.com

SEPANG, 10 Jun 2020 - Berikutan pengumuman kebenaran perjalanan domestik di Malaysia pada hari ini, AirAsia akan melancarkan Pas Tanpa Had baharu untuk memacu pelancongan domestik Malaysia bagi menyokong usaha kerajaan.

www.liahasty.com

Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia yang ditawarkan dengan harga RM399 bersih, tersedia untuk semua Ahli AirAsia BIG di Malaysia di airasia.com/deals atau aplikasi mudah alih AirAsia (di bawah pautan Deals) dari 11 Jun 2020 (1000h GMT + 8) hingga 13 Jun 2020 (2359h GMT + 8). Beli sekarang dan buatlah perjalanan pada bila-bila masa bermula 25 Jun 2020 hingga 31 Mac 2021.

www.liahasty.com

Pas ini boleh ditebus untuk penerbangan ke 16 destinasi menarik di Malaysia iaitu Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Kami menyambut baik pembukaan semula perjalanan domestik menerusi pengumuman Perintah Pemulihan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh kerajaan pada awal minggu ini, dengan insentif seperti pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga bulan Disember 2021.”

www.liahasty.com

“Ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita haruslah bekerjasama untuk memacu semula industri pelancongan negara. Kami juga berharap untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam industri pelancongan daripada pengusaha hotel kepada ejen pelancongan untuk mencapai objektif ini. Bagi AirAsia, Pas Tanpa Had ini adalah tawaran utama kami untuk para tetamu menebus penerbangan tanpa had dalam rangkaian domestik kami ke 16 destinasi.

www.liahasty.com

Dengan melakukan perjalanan domestik, kita semua bukan sahaja dapat menyokong masyarakat setempat, malah boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Dalam membuat perjalanan, kami meminta kerjasama daripada semua tetamu kami untuk mengamalkan kebersihan diri yang tinggi dan memakai pelitup muka.

www.liahasty.com

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara membeli dan merancang perjalanan anda dengan Pas Tanpa Had AirAsia, sila rujuk panduan ini.

www.liahasty.com
Penerbangan yang ditebus dengan Pas Tanpa Had tertakluk kepada cukai dan yuran kerajaan, perkhidmatan tambahan dan caj-caj lain yang berkenaan. Tempahan penerbangan mestilah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum waktu perlepasan, serta terdapat tempoh embargo dan terma dan syarat lain yang dikenakan.

www.liahasty.com

Di AirAsia, kesihatan dan kesejahteraan para tetamu adalah keutamaan kami. Selain mematuhi nasihat dan peraturan daripada kerajaan tempatan dan pihak berkuasa kesihatan, AirAsia juga telah telah melaksanakan prosedur tanpa sentuhan sepanjang perjalanan dan langkah-langkah keselamatan baharu, serta kemudahan untuk mereka yang berisiko untuk memastikan keselamatan untuk semua.

www.liahasty.com

Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di
👉 Twitter (twitter.com/AirAsia)
👉 Facebook (facebook.com/AirAsia)
👉 Instagram (instagram.com/AirAsia)

Post a Comment

0 Comments