Eat-all-you-can Penang Specialities at Garden Cafe, Golden Sands Resort Penang

July 25, 2020

Salam & Hai,

Negara kita Malaysia masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020 sempena membendung penularan virus Covid 19. Sepanjang tempoh PKPP juga kita diberi sedikit kelonggaran untuk membuat aktiviti harian tetapi dalam keadaan norma baharu. Sebagai rakyat Malaysia, kita jangan lupa sentiasa amalkan pemakaian mask, hand sanitizer, jarak 1 meter, sentiasa basuh tangan serta jangan lupa tinggalkan nama & pengenalan ketika masuk mana-mana premis untuk rekod.

www.liahasty.com

Sempena PKPP ini juga Golden Sands Resort by Shangri-La, Penang teruja untuk mengumumkan satu bufet yang baru Eat-all-you-can Penang Specialities pada setiap hari Jumaat dan Sabtu di Garden Café. Promosi baru menampilkan pelbagai kepakaran Pulau Pinang yang disajikan dalam masakan yang berbeza stesen seperti Local Street Delight, Pasembur Terkenal di Pulau Pinang, Mee, Makanan Laut di AisBar & Pasta yang akan membangkitkan selera anda. So kalau makan kat sini rasa seolah-olah makan di street food ala-ala di Gurney Drive Hawker Centre gitu. 

Mesti korang risau bila Lia sebut konsep bufet bukan❓ Jangan risau Golden Sands Resort by Shangri-La, Penang sentiasa mengikut prosedur operasi standard sepanjang makan malam. Sebelum masuk ke lobi utama, pengunjung perlu scan menggunakan aplikasi my sejahtera ataupun meninggalkan nama dan scan suhu. Untuk masuk ke Garden Cafe, anda perlu disemak suhu & scan buat sekali lagi.

Garisan beratur masuk & keluar juga ditandakan sepanjang bufet, Pengunjung perlu mengikut arahan masuk dan keluar sepanjang mengambil makanan. Makanan sample dihidangkan di atas meja dan pengunjung perlu memilih hidangan apa yang anda inginkan dan kakitangan di sana akan menyediakan untuk anda. Tunggu sebentar, ambil makanan & bawa terus ke meja anda untuk dimakan. Bagus kan konsep bufet macam ni 👍 Bagi Lia boleh elak pembaziran maklumlah kalau ambil sendiri kadang tak habis. Kalau anda suka lagi makanan tu boleh pergi beratur ambil sekali lagi 😂

Sajian & Menu yang disajikan sempena Eat-all-you-can Penang Specialities di Garden Cafe, Golden Sands Resort Penang

Eat-all-you-can Penang Specialities di Garden Cafe, menyediakan menu makan malam secara bufet yang berkonsepkan seperti hawker stall dengan variasi dan pelbagai pilihan makan. Jom tengok makanan apa yang ada.

📌 Seafood on Ice


📌 Seafood Curry




📌 Bakar- Bakar Station





daging kambing (lamb), sosej, daging lembu, pomfret, mabong, ikan pari termasuk sos dan air asam

📌 Appetizer, Salad & Dressing








📌Rojak


📌Pasta





Pelbagai pilihan masakan pasta bersama sos

📌 Wanton Mee






📌 Satay




📌 Penang Char Koay Teow


📌 Hainese Chicken Rice


📌Apom Balik




📌 Dessert Corner





kiwi mousse, green tea puffs, orange velvet cakes, peach mousse in glass & orange panna cotta.

📌 Malay Kuih Platter


📌Fruit Corner


📌Ais Kacang / Cendol / Aisrim






📌Teh Tarik



 📌Minuman panas turut disediakan
Harga bufet sempena Eat-all-you-can Penang Specialities di Garden Cafe, Golden Sands Resort Penang

www.liahasty.com

Eat-all-you-can Penang Specialities 
BUY 1 GET 1 FREE
Applicable for adults diners only

💰 RM108 nett untuk Dewasa 👨👩👴👵
💰RM54 nett untuk Kanak-Kanak 👦👧

Topup RM60nett for a free-flowing soft drink, chilled juice & house wine
[kids eat free]One child below 6 years old eats FREE with one paying adult.

⌚ 6:00 petang hingga 10:00 malam
📅 Setiap hari Jumaat & Sabtu




Golden Sands Resort by Shangri-La, Penang

📍Alamat : Jalan Batu Ferringhi, Batu Feringgi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

📞Tel : 04-886 1911

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:

You Might Also Like

11 inspiration

  1. wah..meriah dengan makanan. nampak sedap jugak tu. dah lama tak pergi penang.,nanti boleh la try stay dan makan kat sini

    ReplyDelete
  2. Banyak betol menu makanan. Memang kenyang dibuatnya. Semua nampak best. Bab dessert lah suka aim.

    ReplyDelete
  3. Bayar mirah, makan apa sahaja. Tu yang best tu.. Hehehe.. Sedap semuanya maknan.. Dari berat, ringan ke dessert.. Mesti kene rasa semua ni

    ReplyDelete
  4. Banyaknya la pilihan dan warna warni makanan dia menyebabkan daku teringin! Nasib la jauh di Penang tu. Hehe

    ReplyDelete
  5. Kira murah ni sbb boleh eat as u can.. buffet kan.
    Kalau dekat, mmg mat Drat try juga ni

    ReplyDelete
  6. Semuanya menyelerakan! Ala dah lama tak dapat makan buffet. Rindu giler! Terutamanya masakan western dan manisan. Fuhh sedapnya.

    ReplyDelete
  7. Mavam2 ada dan snya nampak menarik.. akk mmg peminat makanan western

    ReplyDelete
  8. wahh.. bila nampak je perkataan eat all you can.. terus bersinar2 mata haha. nampak sedap ya semuanya. haish, tak sabar nak balik penang. :)

    ReplyDelete
  9. Bufet macam ni memang bagus utk mereka yg kuat makan sbb bole rasa semua serba sikit... klu yg perut kecil dan makan sikit kan rugi kan hihi...

    ReplyDelete
  10. So many choices indeed this looks delicious and appetizing for sure. :)

    ReplyDelete
  11. Now you make me miss Penang food so much, my all-time favourite is Asam Laksa.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community