Hari Raya Haji Takeaway dari Shangri-La's Rasa Sayang Resort and Spa

July 28, 2020

Salam & Hai semua,

Pejam celik kita dah masuk Raya Haji lah 😮 Cepatnya masa berlalu baru je terasa Raya Puasa kan. Anyway apa pun kita tetap meraikan sambutan Hari Raya Haji dalam suasana sederhana dan perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Anda juga sebagai frontliner yang perlu menjaga diri anda, family dan orang tersayang.

Okay taknak bebel panjang, kalau setiap kali raya tak kisah lah Raya Puasa ataupun Raya Haji kita mesti merindukan hidangan hari raya bukan. Sebab bila ada hidangan rendang ataupun nasi briyani adalah hidangan sinonim rakyat Malaysia apabila Hari Raya. Sambutan Hari Raya Haji selalunya disambut 4 hari dan agak singkat berbanding raya puasa. Mungkin ada segelintir yang tak dapat bercuti panjang & perlu bekerja ketika Raya Haji.

www.liahasty.com


Shangri-La's Rasa Sayang Resort and Spa juga tidak ketinggalan menyediakan hidangan Hari Raya Haji Takeaway sempena sambutan Hari Raya Haji akan datang. Mungkin anda risau mengenai social distancing, orang ramai ataupun ingin menikmatinya di rumah. Anda boleh tempah sahaja kemudian pick-up antara 12 hingga 6pm di Rasa Sayang Resort Garden Wing Lobby. 

www.liahasty.com
Hari Raya Haji Takeaway
Shangri-La's Rasa Sayang Resort and Spa

Hidangan sempena hari Raya Haji ini menyediakan nasi briyani 🍚 didalam buah kelapa + acar timun 🥒+ Raitar + bawang merah jeruk + papadom. Kemudian anda boleh memilih 3 pilihan lauk bersamat set, antaranya :

🍗 Ayam Masak Merah @ RM 80 nett
🐑 Lamb Masala @ RM 98 nett
🍖Beef Rendang @ RM 98 nett
(Sesuai untuk 2 orang 👩‍❤️‍👨)

📆 bermula dari 27 hingga 31 Julai 2020
📞 Untuk tempahan, call atau whatapp 019 4090460
✍️ tempahan dibuat dari 10 am hingga 6 pm (24 jam sebelum)
🏃‍♂️ pick-up antara 12 hingga 6pm di Rasa Sayang Resort Garden Wing Lobby

www.liahasty.com

Antara 3 hidangan ini Lia telah mencuba set Lamb Masala berharga RM98 nett. Lama tak makan kambing + nasi briyani so jadi teringin sangat. Jom Lia nak kongsikan gambar menu yang telah cuba untuk tatapan semua 😁😂

Makanan dibungkus dalam paper bag cantik & ekslusif. Makanan di dalam juga dimasukkan tupperware dengan kemas & ada juga di'wrap'kan dengan aluminium foil. Pembungkusan ini agak berat sedikit tapi hati-hati bila angkat.

www.liahasty.com
Okay ini lah hidangan yang telah di unboxing. Patutlah berat sikit bila angkat tadi 😜😅 Ada buah kelapa rupanya risau takut jatuh tadi. Nampak sedap kan memang berbaloi dimakan untuk 2 orang.

Jom Lia tunjukkan satu persatu hidangan yang ada dalam menu set Lamb Masala 👇

www.liahasty.com
📌Coconut Nasi Briyani
Nasi briyani dimasukkan dalam buah kelapa. Memang unik hidangan kali ini. Apa yang ditunjukkan dalam poster, bila sampai pun sama juga. First time juga Lia receive nasi briyani dalam buah kelapa ni. So excivted sikit 😀

www.liahasty.com
 📌 Kuah Masala
Pada mulanya Lia ingat kuah masalah ada daging kambing di dalamnya. Rupanya takde hanya kuah semata-mata. So kuah kita tambah atas nasi untuk penambah rasa.

www.liahasty.com
Eh eh jangan risau daging kambing ada. Rupanya korang kena korek kedalam nasi skit. Ada 2 ketul daging kambing dalam timbunan nasi.

www.liahasty.com
📌Acar Timun
Nasi briyani wajib makan ada dengan acar timun.

www.liahasty.com
📌Bawang merah jeruk + Raitar
Menu penambah rasa makan bersama daging kambing

www.liahasty.com
📌Papadom
Tak lengkap pula kalu takde papadom boleh kunyah rangup bersama nasi briyani.

www.liahasty.com
Lia dah cuba hidangan menu Hari Raya Haji Takeaway dari Shangri-La's Rasa Sayang Resort and Spa. Anda bila lagi❓
Tempahlah sekarang untuk mencuba❗


Shangri-La's Rasa Sayang Resort and Spa

📍Alamat : Jalan Batu Ferringhi, Batu Feringgi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

📞Tel : 04-888 8888

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community