NUViT SunbloX - Minuman Perlindungan kulit luar dari sinar matahari

July 09, 2020

Salam dan Hai semua, 

www.liahasty.com

Sebelum ini Lia ada update mengenai produk Sunscreen NUViT Daily Defender dengan SPF 50+*** untuk perlindungan kulit dari terdedah dengan cahaya matahari. Sekarang Lia nak mengesyorkan pula produk minuman yang juga memberi pelindungan cahaya matahari iaitu NUViT Sunblox.

www.liahasty.com

NUViT Daily Defender + NUViT Sunblox
Produk ini perlu dipadankan bersama dimana perlu diaplikasi dan juga diamalkan bersama untuk hasil yang memberansangkan.
Jika NUViT Daily Defender memberikan perlindungan daripada luar manakala NUViT Sunblox memberikan perlindungan daripada dalam.

NUViT Sunblox bukan sahaja minuman yang memberikan perlindungan kulit dari dalam, tetapi juga bahan dan ramuan berperisa oren dan lemon di dalamnya mengandungi kolagen dan vitamin C untuk membaiki kulit & mengelakkan penuaan untuk elakkan kulit daripada rosak.

NUViT SunbloX - Minuman Perlindungan kulit luar dari sinar matahari 

NUViT Sunblox

www.liahasty.com

Bahan Utama - NutroxSunTM

NutroxSun adalah ramuan photoprotective ekslusif oral berdasarkan tumbuhan. Ia mengandungi dua bahan anti-oksidatif dan anti-radang, ekstrak Citrus dan ekstrak Rosemary. Bahan-Bahan ini menghalang penuaan foto dengan menghalang pembetukan spesies oksigen radikal (ROS) dalam kulit. Dipakai secara konsisten, NutroxSun membekalkan perlindungan cahaya matahari untuk seluruh badan.

Para relawan yang makan NutroxSun mempamerkan toleransi lebih tinggi terhadap sinaran UV dan boleh mengalami masa pendedahan yang lebih panjang di bawah matahari sebelum kesan kulit terbakar minimum atau kemerahan kulit diperhatikan. Kajian in vitro juga menunjukkan bahawa ia dapat melindungi kerosakan DNA yang disebabkan oleh UV.

Keterangan Produk

www.liahasty.com
✅ Minuman oren dan lemon berkhasiat yang mengandungi bahan-bahan dengan sifat antioksidan yang memberikan kulit perlindungan terbaik walaupun di bawah terik matahari.
✅ Bahan yang dipatenkan dari Sepanyol, NutroxSun ™ telah terbukti secara klinikal untuk membantu melindungi individu dari sinaran UV melalui sifat antioksidannya yang tinggi.
✅ Digabungkan dengan polipodium leucotomos yang terbukti dapat mengurangkan kemerahan pada kulit dan tanda-tanda kerosakan kulit ketika diambil sebelum terdedah kepada cahaya matahari.

Pertahanan Kulit Dari Dalam
NutroxSun dan Polypodium Leucotomos mengurangkan kemerahan dan kegelapan kulit setelah pendedahan matahari.

Mengurangkan penuaan kulit
NutroxSun mengimbangi penjanaan spesies oksigen reaktif yang disebabkan oleh radiasi UV yang akan menyebabkan penuangan kulit pramatang.

Mengekalkan keanjalan kulit
Kolagen meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan kerut.

Mengurangkan kerosakan kulit
Pendedahan kepada sinaran matahari boleh menyebabkan apotosis sel, kerosakan DNA dan tumor kulit. Antioksidan seperti Vitamin C, NutroxSun dan Polypodium Leucotomos boleh membantu mencegah kerosakan kulit yang disebabkan oleh UV.

Pembungkusan Produk

www.liahasty.com
Produk NUViT Sunblox ini didatangkan dengan kotak berwarna oren dan sekelilingnya dilabelkan nama produk, keterangan produk, alamat dikilangkan, bahan dan kandungan, & cara penggunaan.

Bentuk Produk

www.liahasty.com
Produk NUViT Sunblox didatangkan dalam bentuk sachet seberat 10g sebanyak 15 sachet dalam 1 kotak.

www.liahasty.com
Saiznya kecil mudah dipegang, dan disekeliling produk dilabelkan nama produk, bahan dan kandungan, & cara penggunaan.

Tekstur produk

www.liahasty.com
Tekstur produk NUViT Sunblox ini dalam bentuk serbuk berwarna putih & cepat meresap bila dibancuh bersama air.

Dos & Cara Pengambilan

www.liahasty.com
👉 Campurkan 1 sachet dengan 180ml air bersuhu bilik.
👉 Kacau sehingga dengan larut sebelum minum sekali sehari.
👉 Ambil 1 sachet setiap hari.

Bahan & Kandungan
Kolagen Ikan, Oligosakarida, Serbuk Oren, Vitamin C,
Ekstrak NutroxSun ™, Serbuk Lemon dan Ekstrak Polypodium leucotomos.

Kebaikan Nuvit SunbloX

www.liahasty.com
➽ Minuman yang enak untuk emastikan kepatuhan dan kemudahan.
➽ Sesuai untuk kegunaan harian
➽ Perlindungan yang berterusan.
➽ Meningkatkan sistem pertahanan tubuh sambil melindungi kulit.
➽ Bahan tambahan seperti kolagen dan vitamin C untuk memperbaiki aspek kulit lain.

Gentle Reminder :
Penggunaan Nuvit SunbloX dan pelindung matahari menawarkan perlindungan lengkap untuk kulit di bawah pendedahan matahari yang panjang.

Berat produk :
Berat Bersih : 10g x 15 sachet

Harga : RM80.00


www.liahasty.com

Nak tahu mengenai review produk Sunscreen NUViT Daily Defender - Perlindungan kulit luar dari sinar matahari dengan SPF 50+*** matahari ini juga, BOLEH KLIK DI SINI

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :

📎 Laman web : http://www.nuvit.com.my/

📎 Email : nuvit@yspsah.com
📎 No. Telefon : +6012 4974 288

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community