Makan Sambil Mandi Sungai di La Cottage Cafe & Chalet, Kampar, Perak
August 23, 2020Salam dan Hai semua,
Selalunya Lia banyak berkongsi makanan menarik di sekitar Pulau Pinang. Kali ini nak berkongsi pula salah satu port menarik makan di Perak. Pada bulan Julai yang lepas, Lia ada staycation di sekitar Ipoh dan menginap The Haven Ipoh, Tambun bersama kawan-kawan yang lain Nazrul, Eintan Nurfuzie, Criz Lai, & Tan See Wah.
Makan Sambil Mandi Sungai di La Cottage Cafe & Chalet, Kampar, Perak
Kami berlima ingin mencuba sesuatu yang menarik untuk makan tengah hari. Mula-mula nak makan tempat yang beraircond dan selesa. Lepas tu terus nak ubah angin nak cuba konsep makan dalam sungai. Criz Lai terus recommend nak makan di La Cottage Cafe & Chalet & terus buat booking. Rasanya sudah ramai restoran yang buat konsep makan dalam sungai di Malaysia. Tetapi kalau anda berdekatan dengan area Kampar boleh cuba makan di La Cottage Cafe & Chalet.
Perjalanan dari Tambun Ipoh ke La Cottage Cafe & Chalet lebih kurang 40 minit. Sepanjang perjalanan sempat berenti sekejap di gerai tepi jalan makan durian, maklumlah ada antara kami yang hantu durian. Sempat juga borong petai bawa balik. Nak tapau juga durian makan di kafe nanti tapi tak ada bawa tupperware. Walaupun hantu durian kami tak sanggup bau durian kuat dalam kereta tau 😂 So kami decide makan kat situ je & teruskan perjalanan.
La Cottage Cafe & Chalet, Kampar, Perak
Bila sampai kawasan parking di dalam La Cottage Cafe & Chalet ini sangat terhad. Hanya beberapa biji kereta sahaja yang boleh parking di dalam kawasan. Tempat ini mudah dicari hanya berdasarkan kepada google map ataupun waze dah boleh jumpa.Hanya perlu google nama sahaja. Memandu keluar dari exit tol Ipoh Selatan dan masuk ke exit tol Gopeng.
Kami sampai kemudian kena parking rapat di bahu jalan. Dari atas flyover dah boleh nampak La Cottage Cafe & Chalet dari kawasan atas. Boleh nampak pengunjung tengah menjamu selera & ada yang bermandi-manda. Terus excited lapar nak makan + bestnya nak mandi sungai.😍
Kami pun berjalan kaki dari kawasan bahu jalan menuju ke La Cottage Cafe & Chalet. Anda akan nampak sepanjang jalan masuk dipenuhi dengan pokok kelapa sawit di kiri & kanan. Di setiap pokok digantung banner setiap jenis pakej makan yang ada di sini.
Ada susunan meja kerusi tempat duduk di bahagian atas dan juga bahagian bawah iaitu duduk makan kaki sambil rendam dalam sungai. Kalau boleh kena booking awal sehari kalau anda nak makan di meja bawah di dalam sungai ini. La Cottage Cafe & Chalet selalunya dipenuhi dengan kedatangan pengunjung bersama keluarga, trip konvoi motor dan juga datang bersama kawan-kawan.
La Cottage Cafe & Chalet ada menyediakan beberapa buah chatlet untuk pengunjung datang menginap di sini. Tetapi jika pengunjung yang nak datang makan balik hari macam kami berlima boleh saja. Jangan risau ada kemudahan tandas yang disediakan untuk bertukar pakaian & juga surau untuk solat.
Di sini ingin pengunjung merasakan sendiri pengalaman menjamu selera sambil makan di dalam sungai berdekatan. Jika anda sudah membuat tempahan terus datang di sini dan mereka sudah menyediakan meja makan untuk anda. Kemudian makanan mula perlahan-lahan di hantar ke meja anda.

1 inspiration
lamaaaaaa dah teringin nak makan dlm sungai cengginiiii
ReplyDeletebilalah nak kesampaian