MAJLIS PELANCARAN LOGO MUSLIM-FRIENDLY

September 06, 2020

MAJLIS PELANCARAN LOGO MUSLIM-FRIENDLY 

Islamic Tourism Centre (ITC), merupakan salah satu dari 13 agensi di bawah 
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia telah memperkenalkan
Muslim-friendly Accommodation Recognition (MFAR). Pengiktirafan ini merupakan 
yang pertama di dunia yang diberi pengiktirafan dari badan agensi kerajaan. 
Pelaksanaan MFAR bukan sekadar menetapkan standard akan tetapi memberi 
peluang untuk lebih jauh memasuki pasaran pelancong Muslim dan non-Muslim. 

Konsep 'mesra Muslim' telah mulai mendapat daya tarikan di beberapa negara di 
dunia. Konsep ini memfokuskan pada kepentingan memenuhi keperluan dan
kemudahan bagi pelancong Muslim oleh pengusaha hotel seperti kebersihan, 
kemudahan tandas, makanan halal dan pengalaman rohani yang dapat 
ditawarkan oleh hotel.

Bagi memastikan inisiatif ini terus memberikan momentum yang berterusan kepada 
industri perhotelan negara, majlis pelancaran logo ini akan disempurnakan oleh YB 
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Logo 
tersebut akan memberi penjenamaan kepada hotel dan juga memberi keyakinan 
dan keselesaan kepada pelancong Muslim.

Sehubungan dengan itu, pihak ITC dengan segala takzimnya ingin MENJEMPUT PIHAK 
TUAN/PUAN UNTUK HADIR DAN JUGA LIPUTAN SEMASA PROGRAM PELANCARAN. Satu sidang media akan diadakan selepas pelancaran logo.

ATURCARA PROGRAM
📆 Tarikh : 3 September 2020, Khamis
⌚ Masa : 1.30pm (Pendaftaran)
📌 Tempat: Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA 

MENGENAI ISLAMIC TOURISM CENTRE

Islamic Tourism Centre (ITC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian 
Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang ditugaskan untuk membangunkan 
sektor pelancongan Islam Malaysia dalam kapasiti penyelidikan, risikan pasaran, 
latihan, pembangunan industri dan pertukaran maklumat.

ITC juga menjadi pakar rujuk berkaitan pelancongan Islam kepada kementerian, 
pemegang taruh dan juga penggiat industri.
Menyedari potensi global pelancongan Islam, ITC sentiasa mengadakan hubungan 
dengan pihak berkepentingan dan penggiat industri untuk memastikan bahawa 
Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan pelancongan Islam dan 
menggunakan pelancongan mesra Muslim sebagai kaedah untuk mempromosikan 
muhibah di kalangan umat manusia.

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community