Manjakan diri The Spacation, Double Tree Resort by Hilton Penang

October 19, 2020

 Salam dan Hai semua, 

Rasanya lama betul Lia tak manjakan diri di spa selepas PKP yang lepas. Kemudian dah masuk bekerja dan mula sibuk, mula dah sakit-sakit badan semua kan. Memang nak juga cari masa untuk urut badan yang lenguh ni. Tapi biasanya hari minggu sahaja yang free memandangkan weekday sibuk bekerja. Bila tiba hari minggu nak tempah spa dah mula penuh dengan booking orang lain 😑

Lepas dah tercari-cari spa barulah dapat spa yang sesuai yang boleh pergi lepas balik kerja. Lagipun spa ini tutup pukul 11 malam, memang lepas kerja boleh singgah dan manjakan diri. Spa yang Lia maksudkan tu ialah The Spacation, Double Tree Resort by Hilton Penang.

The Spacation ini terletak di dalam hotel Double Tree Resort by Hilton Penang berlamat di 56, Jalan Lowyat, Puncak Ria, 11100 Batu Feringgi, Pulau Pinang. The Spacation beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 malam.

Anyway The Spacation ini terbuka untuk outsider juga bukan hanya untuk yang menetap di dalam hotel sahaja. Anda hanya perlu buat tempahan awal, bila sampai di sana inform kakitangan spa & mereka akan menunggu anda di lobi untuk pickup anda terus ke spa. 

Untuk parkir kereta anda, jangan risau sini anda kemudahan parkir multilevel yang selamat dan teratur. Anda perlu bayar RM 5.00 per entry sahaja.

The Spacation bukan sahaja sesuai untuk datang berseorangan tetapi boleh datang bersama pasangan dan juga kanak-kanak. Pelbagai pakej spa yang disediakan seperti massage, body treatment, facial, nails & kids spa.

Dekorasi di The The Spacation, Double Tree Resort by Hilton Penang

Memandangkan kita masih dalam dalam tempoh PKP, juga turut menjalanan prosedur operasi standard (SOP) kepada semua tetamu yang datang. Suhu akan diambil & juga perlu scan aplikasi MySejahtera. Jarak fizikal juga diamalkan & kakitangan di sini memakai mask, face shield & juga sarung tangan ketikan menjalankan kerja.

Ruangan kaunter & Ruangan Menunggu

Bila masuk ke kaunter, dapat rasa perasaan cool & relax dengan suasana yang tenang dan lagu yang slow. Memang bertepatan dengan mood tetamu yang datang. Perasaan penat bekerja pun hilang bila masuk ke sini. Mana taknya dekorasi dan warna coklat, lampu yang deem dan juga hiasan dinding dipenuhi batik juga memenuhi tema dan mainkan peranan spa ini.

Selepas membuat pemerikasaan suhu badan, anda perlu mengisi ruangan peribadi anda terlebih dahulu di borang disediakan. Semasa isi borang, anda boleh isikan jenis massage jenis macam mana yang anda perlukan, medium ataupun hard, bahagian mana yang sangat sensitif dan juga bahagian mana yang hendak diurut.

First time Lia isi borang sebelum macam ini sebelum buat massage. For me sangat bagus sebab kakitangan spa dah tahu lebih awal apa yang kita inginkan. Takperlu nak bagitahu ketika dalam proses massage. 

Sebelum dipanggil masuk kedalam, anda perlu menunggu dahulu di sofa yang ada berdekatan kaunter.

Area Manicure, Pedicure & Foot Reflexology


Dari kaunter sebelah kiri anda akan nampak dua sofa yang mengadap tingkap betul-betul view laut. Memang rasa tenang bila buat manicure ataupun pedicure dengan suasana yang lawa macam ini. Inilah kelebihan The SpacationDouble Tree Resort by Hilton Penang.

Ada dua buah sofa di sini mengadap laut untuk rawatan Manicure, Pedicure & Foot Reflexology

Massage Room

The Spacation ada beberapa bilik untuk satu orang untuk privacy dan juga untuk dua orang yang datang bersama pasangan ataupun kawan-kawan.

📌Single room 

📌Couple room

Apa yang menarik mengenai bilik massage ini kesemuanya mengadap view laut. Memang rasa tenang bila massage sambil tengok pemandangan.

Setiap bilik menyediakan kemudahan sinki basuh tangan, tuala kecil, tandas dan juga almari untuk menyimpan pakaian.

 

Pengalaman Massage di The Spacation, Double Tree Resort by Hilton Penang

Antara semua pakej yang disediakan , Lia berkesempatan mencuba Traditional Malay Massage di . Massage ini lebih kurang 1 jam. Disebabkan Lia datang berseorangan lepas kerja, terus masuk ke bilik yang ada katil untuk 1 orang.

Bila masuk dalam bilik ini terus rasa suasana tenang sahaja, dengan kemudahan lengkap yang disediakan sambil melihat panorama laut. Terus rasa stress kerja hilang & tak sabar nak massage. Di atas katil sudah tersedia tuala untuk persalinan dan disposable underwear untuk anda menukar pakaian sementara.

Anda juga boleh menyimpan pakaian dan barangan peribadi anda di dalam almari yang disediakan. 

 

Anda juga boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti hair dryer, sikat, getah & sepit rambut, dan juga selipar. 

Selepas menukar pakaian, kakitangan di sini akan datang untuk melayani anda. Sebelum massage anda perlu meniarap untuk urutan bahagian belakang. Setengah jam kemudian, tukar kedudukan ke baring untuk urutan bahagian hadapan pula. Urutan selama satu jam ini memang berbaloi dapat menghilangkan rasa sakit badan dan lengah. Minyak akan disapukan sepanjang proses untuk memudahkan proses urut badan. Memang boleh tertidur sepanjang proses. Disebabkan Lia ada alami sakit badan sebelum ini, sebab tu Lia request massage yang level medium. Selesai sahaja massage memang rasa badan akan sedikit ringan & sakit badan pun berkurangan. Kakitangan di sini juga berpesan selepas satu jam baru boleh mandi.

Kakitangan juga memakai kakitangan lengkap seperti face mask, face shield dan juga sarung tangan ketika massage. Jadi anda tak perlu risau untuk massage di spa ini.

Traditional Malay Massage

Urutan Tradisional Melayu berdasarkan amalan urut yang dimalkan kampung. Terapi penyembuhan ini yang telah bertahan selama beberapa generasi di Malaysia berkesan untuk merehatkan otot dan minda, meningkatkan peredaran darah dan merangsang saraf. Urutan ini merangkumi peregangan, dan tekanan yang dikenakan pada sebahagian besar badan.

Pakej-pakej di The Spacation

The Spacation ada menyediakan pelbagai jenis pakej selain Traditional Malay Massage, antaranya seperti berikut :

Spa Packages
☑ Sejuk Badan
☑ Buang Angin
☑ Manja-Manja
☑ Raja & Ratu Sehari
☑ Spa & Sampler
☑ A Day in Paradise
☑ Local Favorite

Massages
☑ Traditional Malay Massage
☑ Herbal Hot Compress Massage
☑ Hot Stone Massage
☑ Foot Reflexology
☑ Back Massage
☑ Neck, Shoulder & Head Massage

Body Treatment
☑ Body Scrub
☑ Body Wrap
☑ Hair Creme Bath

Facial
☑ Mini Facial
☑ Aromatherapy Facial
☑ Calming Facial
☑ Jade & Pearl Facial
☑ Anti Aging Facial

Nails
☑ Express Manicure / Pedicure
☑ Basic Manicure / Pedicure
☑ Spa Manicure / Pedicure
☑ Foot / Hand Treatment

Kids Spa
☑ Tropical Body Scrub
☑ Chocolate Body Mask
☑ Kids Facial
☑ Body Massage
☑ Glitter Hands & Nail Feet Polish
☑ Foot Massage

Produk keluaran The Spacation


The Spacation ada juga mengeluarkan 2 produk iaitu Herbal Neck Pillow & juga Lavender Eye Pillow.

Herbal Neck Pillow

Herbal Neck Pillow diperbuat daripada rempah-rempah seperti Cengkih, Kayu Manis dan Wheatberries. Herbal Neck Pillow sesuai untuk digunakan setelah kepenatan sepanjang hari.

Kelebihannya :

1. Relieve muscle tension/ stiffness/ Shoulder pain 
• Most of us hold stress in the muscle that extends down each side of their neck and across the shoulders, the warmth of microwaveable neck wraps and the scent released by spices do wonders to relieve stress and muscle strain.

2. Stimulate blood circulation
• It helps regulate circulation from the spices that infuse with the heat.

3. Period Cramps
• It has proven to relieve cramps.

Kaedah Penggunaan :
Anda hanya perlu masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro untuk memanaskan selama kira-kira 2 hingga 3 minit bergantung pada seberapa panas yang disukai.

Info:
Penutup boleh dicuci kerana tujuan kebersihan. Kandungan dalaman bantal mesti sentiasa kering. Jangan mencuci bantal yang mengandungi ramuan.


Lia berkesempatan mencuba Herbal Neck Pillow selepas selesai Traditional Malay Massage. Memang bau macam herba tapi sedap bau dia guna bahan semualajadi. Bila letak kat leher rasa hilang semua lengah & sakit. Cara pun mudah sahaja hanya masukkan dalam microwave, panaskan beberapa minit dan siap. Anda pun boleh beli Herbal Neck Pillow ini untuk keperluan & boleh hilangkan sakit period pain.

Spa Guidelines

Reservations
Advances reservation sangat dialu-alukan di sini. Anda bolah hubungi talian +604 892 8066 ataupun ext 3666 untuk tetamu hotel yang menginap di sini. Anda boleh juga email di enquires@thespacation.com atau lawat laman web www.thespacation.com untuk tempahan & pertanyaan.

Arrival Times
Anda perlu sampai awal 10 minit untuk temujanji anda di spa. Jika sampai awal anda boleh nikmati pengalaman sepanjang di spa. Ingat jika anda lanbat memang tiada extension time.

Cancellation policy
3 jam awal diperlukan jika anda mahu membatalkan temujanji anda. 50% daripada harga rawatan akan dikenakan jika anda membatalkan kurang dari 3 jam.

Gift Certificates
Gift Certificates boleh didapati untuk pembelian. Sila hubungi kaunter The Spacation untuk maklumat lanjut.

Privates events & Sparties
Spa ini juga boleh ditempah untuk private events & sparties.

The Spacation Promotion


Anda juga boleh dapatkan promosi berbaloi ini di The Spacation.

Lia dah cuba massage di sini. Anda bila lagi ❓ 







Jika anda bercuti di Double Tree Resort by Hilton Penang, jangan lupa untuk nikmati perkhdmatan massage yang disediakan oleh The Spacation.

Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi 011-1051 5789🤙

The Spacation
Double Tree Resort by Hilton Penang

📪 DoubleTree Resort by Hilton Penang
56, Jalan Low Yat, Puncak Ria 11100 Batu Feringghi, Penang, Malaysia.

Waktu Operasi : 10.00am hingga 11.00pm setiap hari

📞 Tel : +604-8928066
📱 Tel : +6011- 10515789
💌 Email : enquries@thespacation.com

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:
📎 Laman web : http://thespacation.com/
📎 Facebook : https://www.facebook.com/thespacation
📎 Instagram : https://www.instagram.com/thespacation/?hl=en

You Might Also Like

1 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community