Salam dan Hai semua,
Siapa di sini penggemar sushi 🍣❓
Yeay kita sama yes memang suka makan sushi ataupun bento. Sekali sekala tak salah mencuba makanan Jepun ini kan. Anyway happy sangat banyak kedai sushi dah dibuka berdekatan dengan kawasan rumah di area Bayan Lepas. So tak payah nak ke area Georgetown dan bersesak-sesak dalam traffic jam, so dah jimat masa di situ kan.
Baby Sumo Sunshine Penang merupakan kedai baru dibuka di pasaraya Sunshine Square di Bayan Baru Pulau Pinang. Baby Sumo Sunshine Penang beralamat di 📪 No.1, Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru 11950, Pulau Pinang. Kalau anda tahu mengenai pasaraya legend Sunshine Square, anda akan temui lokasi kedai sushi ini. Pasaraya Sunshine Square ini memang famous di sekitar Pulau Pinang di mana dari Lia kecil sampailah sekarang masih bertahan pasaraya ini, ditambah pula dengan barangan runcit, pakaian dan lain-lain sangat berpatutan.
Anda boleh memasuki kedai sushi ini memalui dua pintu iaitu pintu utama berdekatan dengan CIMB Bank. Dari pintu utama ini anda akan nampak logo ataupun patung besar Sumo di hadapan.
Ataupun ada boleh memasuki dari pintu sebelah kiosk McDonald dan jalan terus ke hadapan. Anda akan nampak signboard Baby Sumo besar berdekatan dengan Money Changer dan kedai jam tangan.
Baby Sumo Sunshine Penang baru beroperasi hampir 3 bulan bermula bulan Julai 2020. Jangan risau untuk mencuba makan di sini kerana restoran ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Di kedua-dua pintu masuk menyediakan kod bar MySejahtera & semak suhu.
Dari pintu masuk anda akan nampak menu TOP 10 restoran sushi ini. Anda juga boleh melihat menu dihadapan kedai.
Baby Sumo Sunshine Penang menyediakan pelbagai pilihan antaranya seperti : Sashimi, Appetiser, Maki, Cunkan, Nigiri, Mentaiko, Inari, Temaki, Sushi Platter, Chawan Mushi, Ala-Carte, Nabemono, Kushi Yaki, Yakimono, Acemono, Chahan, Donburi, Teishoku, Veggie Lover, & Kids Meal.
Dekorasi di Baby Sumo Sunshine Square
Kaunter pembayaran dan penyediaan makanan.
Dekorasi restoran ini sangat terusun rapi, cozy, selesa & bersih. Susunan kerusi & meja juga teratur dan kemas. Restoran ini boleh menampung tetamu yang ramai dalam satu masa.
Untuk anda yang datang berseorangan, jangan risau sebab ada kerusi untuk tetamu yang datang berseorangan.
Untuk tetamu yang datang kuantiti ramai dalam lingkungan 5 hingga 6 orang boleh menjamu selera di kawasan yang agak privacy ini.
Untuk tetamu yang ingin kawasan yang lagi privacy boleh datang ke area VIP ini. Anda boleh menjamu selera dengan menutup langsir & berbual bersama.
Pastikan anda membuka kasut untuk masuk ke kawasan VIP ini.
Sajian & Menu di Baby Sumo Sunshine Square
Sebab rasa teruja dengan restoran sushi, Lia sudah mencuba beberapa menu yang ada. Jom kita tengok menu yang Lia makan di sini.
Kalau makan suhi tak lengkap rasanya tak ada wasabi dan juga soy sauce.
Makanan
📌Ebi Tempura Cheese Maki
Salah satu menu Maki, jika anda sukakan sushi & cheese boleh pilih menu ini sebagai sajian.
Kemudahan yang ada di Baby Sumo Sunshine Square
Baby Sumo Sunshine Penang menyediakan kemudahan untuk para tetamu yang datang berkunjung ke restoran oni. Antaranya seperti :
Anda tidak lagi perlu masuk ke tandas pasaraya untuk menggunakan tandas. Anda boleh terus masuk tandas disini & kalau berkunci boleh minta kakitangan di sini bukakan.
0 Comments