Hotel baru di Pulau Pinang, OZO Georgetown Penang

November 26, 2020

 Salam & Hai semua,🙋 

The 1st OZO Hotel in Malaysia 

Untuk semua warga Pulau Pinang dan juga rakyat Malaysia, Ada hotel baru OZO Georgetown Penang telah dibuka di area Georgtown pada 21 September 2020 yang lepas. Hotel ini beralamat di 166 Jalan Argyll, George Town, Pulau Pinang.Hotel ini juga berjarak lebih kurang dari 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

OZO Georgetown Penang dari ONYX Hospitality Group terletak betul-betul di pinggir zon Warisan Dunia UNESCO, dengan akses yang mudah dan senang ke rumah kedai bersejarah, jalan kaki lima yang berwarna-warni dan gerai makanan jalanan tanpa henti yang terkenal.

Nearby Attractions
📌Georgetown UNESCO World Heritage City / 600 m / 10 minutes
📌KOMTAR Penang Mall and The Rainbow Skywalk and Observatory Deck / 1 km / 15 minutes
📌Penang Hill / 7 km / 20 minutes
📌Kek Lok Si Temple / 8 km / 25 minutes
📌Batu Feringghi / 15 km / 30 minutes
📌Snake Temple / 17 km / 25 minutes
📌ESCAPE Theme Park / 20 km / 40 minutes
📌Entopia by Penang Butterfly Farm / 20 km / 40 minutes

OZO Georgetown Penang adalah satu-satunya hotel di pulau ini dengan penthouse sky lobby. Ketibaan para tetamu akan disambut dengan pemandangan indah dari bandar lama yang berdekatan dan mercu tanda Pulau Pinang sekitar dari tingkat 20. 

Semua kemudahan yang ada di hotel ini terletak di tingkat paling atas sehingga setiap orang mendapat akses ke pemandangan terbaik. Ini termasuklah kolam renang infiniti, gimnasium dan sky bar ON22 yang terletak di tingkat 22, restoran EAT di tingkat 21 dan ruang santai dan perpustakaan di tingkat 20 di mana para tetamu boleh berehat, bergaul dengan rakan atau merancang laluan berjalan kaki dengan stesen kerja iMac.

Kemudahan di OZO Georgetown Penang

Antara kemudahan yang ada di OZO Georgetown Penang :

📍SPLASH Swimming Pool
Morning exercise or evening swim, SPLASH swimming pool dengan pemandangan panorama yang menakjubkan adalah suasana 'tepat'.

Location: 22nd floor

📍 TONE Fitness Centre
Keluarkan peluh di gim yang dilengkapi dengan mesin latihan kardio dan strength training.

Location: 22nd floor

📍 CONNECT

Have a chat, an informal meeting atau melayari internet di CONNECT.

Jenis Bilik di OZO Georgetown Penang

OZO Georgetown Penang terdiri daripada 141 bilik dan suite di lima kategori berbeza sepanjang 22 tingkat ini. Antara jenis bilik yang disediakan :

👉 Sleep
👉 Dream
👉 Sleep Family
👉 OZO Suite
👉 OZO Family Suites




Hotel ini menawarkan ruang dalaman yang praktikal namun bergaya, penggunaan ruang yang inovatif, dan pemandangan panorama Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town dan Selat Melaka, serta sky bar dengan kolam infiniti yang dirancang untuk menyegarkan badan dan minda. 

Semua bilik dan suite dilengkapi dengan katil DreamMaster berkualiti tinggi dan pemandangan kejiranan yang menakjubkan serta reka bentuk bilik OZO yang istimewa dengan dinding mural yang menonjolkan daya tarikan bangunan warisan yang terpelihara dengan baik di jalan-jalan berdekatan.


Ini adalah waktu untuk tetamu check in & check out :

At a Glance
 Check-in time: 15:00 
Check-out time: 12:00

Untuk meraikan pembukaan hotel ini secara rasmi, OZO Georgetown Penang menawarkan harga perkenalan khas bermula dari RM 160+ setiap bilik untuk harga bilik sahaja dan RM 200+ setiap bilik dengan sarapan setiap hari untuk dua orang. Tawaran ini sah untuk tempahan yang dibuat pada 31 Disember 2020 untuk tempoh penginapan sehingga 30 Jun 2021. 

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila lawati www.ozohotels.com/penang-malaysia

Restoran di OZO Georgetown Penang

📍 EAT



Breakfast with a view❗ Terletak di tingkat 21 dan menghadap ke kota, restoran EAT sepanjang hari kami menyajikan sarapan dan menu a-la-carte sepanjang hari.

Serves: Local and international dishes
Opening hours: 06:30 to 20:00

📍ON 22 Bar & Lounge
ON 22 Bar & Lounge (Opening early 2021)
Drinks with an awesome view of the city and ocean❗ Towering over Georgetown, ON 22 sky bar dengan makanan ringan dan minuman adalah tempat yang ideal untuk duduk dan bersantai.

Serves: Drinks and nibbles
Opening hours: 17:00 to 01:00

Di OZO Georgetown Penang,  langkah penegahan diambil untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan juga kakitangan mereka. Standard kebersihan dan keselamatan operasi yang dipertingkatkan sebagai sebahagian daripada inisiatif baru "ONYX Clean" yang memberi kesan pada setiap langkah perjalanan para tamu dari ketibaan hingga keberangkatan. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai inisiatif "ONYX Clean", sila lawati www.onyx-hospitality.com/onyxclean

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :
📪166 Jalan Argyll, George Town, Penang 10050 Malaysia
Tel: +604 226 3737
Fax: +604 226 2488

📎 Laman web : https://www.ozohotels.com/penang-malaysia
📎 Facebook : https://www.facebook.com/OZOGeorgeTownPenang
📎 Instagram : https://www.instagram.com/ozogeorgetownpenang/

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community