Ombak Special Set Menu hanya RM28.00 di Mercure Hotel Pulau Pinang
December 09, 2020Salam dan Hai semua,
Apa khabar semua❓ Semoga semua sihat ya. Jangan lupa jaga diri sepanjang pandemik Covid-19 & sentiasa patuh SOP yang ditetapkan.
Korang bosan tak tahu nak makan apa ❓
Jom Lia nak bawa korang semua cuba makan set hanya RM28 sahaja ❗ Korang dapat salad, sup, main dish, minuman & juga dessert. Macam tak percaya sahaja kan 😱😱😱
Jom menjamu selera bersama keluarga ataupun orang tersayang dengan Ombak Special Set Menu dengan hanya RM28 di Mercure Hotel Penang Beach.
Mercure Hotel Penang Beach mesti ramai yang mengenalinya, adalah salah satu hotel terkemuka di area Tanjung Bungah. Hotelnya yang strategik di tepi jalan dan mudah untuk dicari. Kalau anda sukakan makan dengan suasana panorama pantai dan laut, memang sesuai makan di sini. Anda juga boleh bersantai di tepi pantai dimana pantai sangat dekat dengan hotel ini. Anda jangan risau untuk makan di sini, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Kini anda boleh mencuba hidangan set OMBAK SET MENU untuk bulan Disember di 📍 Restoran Ombak pada setiap hari untuk waktu makan tengah hari ataupun makan malam. Set ini berharga 💰 RM 28.00 per person. Set ini telah dijalankan pada bulan lepas dengan 4 menu lain, dan pada bulan Disember telah tukar 4 menu baru untuk sepanjang bulan ini.




Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi 04-3718706🤙
0 inspiration