Manjakan diri di spa tertinggi Tower Spa dengan Panorama Menarik

January 06, 2021

 Salam & Hai semua,

Lia memang suka manjakan diri sekali sekala di spa. Maklumlah dah penat bekerja seharian apa salahnya hadiahkan diri sendiri dengan perawatan di spa. Atleast dapat merehatkan minda dan menghilangkan stress buat seketika. 

Manjakan diri di spa tertinggi Tower Spa dengan Panorama Menarik

Terdapat banyak spa di Pulau Pinang, tetapi ada spa yang menarik minat Lia kali ialah Tower Spa. Kenapa Lia kata menarik sebab ini adalah spa paling tinggi yang pernah pergi. Lepas tu dapat melihat panorama sekitar bandar Georgetown dari tingkat 67. 

Lia banyak kali pergi The Top Penang tetapi tak pernah tahu kewujudan spa ini. Jom nak kongsikan dengan korang semua pengalaman manjakan diri di Tower Spa. Sebelum itu jom kita tau serba sedikit mengenai Tower Spa.

Manjakan diri di spa tertinggi Tower Spa dengan Panorama Menarik

Mengenai Tower Spa

Manjakan diri di spa tertinggi Tower Spa dengan Panorama Menarik

Tower Spa ditubuhkan pada tahun 2016 dan terletak di tingkat 67 Menara Komtar Pulau Pinang yang ikonik. Ia adalah spa tertinggi untuk lelaki dan wanita, menawarkan rawatan yang dirancang secara unik untuk bersantai dan memanjakan diri.
 
Tower Spa adalah dunia yang serba baru yang direka untuk anda melepaskan diri dari gaya hidup bandar yang sibuk dan menikmati masa yang tenang, atau bahkan untuk "bulan madu" yang singkat dengan orang yang anda sayangi.
 
Spa bertaraf dunia dengan pemandangan Iconic Penang yang hebat, Tower Spa adalah syurga ketenangan & ketenangan

Pengalaman Manjakan diri di Tower Spa

Jika anda memandu ke sini ada banyak tempat parkir kereta disediakan di KOMTAR, Pragin Mall & 1st avenue mall. Anda boleh parking dantara 3 tempat ini dan melalui laluan disediakan ke The Top Penang. Setibanya di tingkat 5, anda perlu mendapatkan pass di kaunter dan kakitangan di sini akan bawa anda ke lif & naik tingkat 67.

Sampai je tingkat 67 akan nampak kaunter Tower Club, kakitangan di sini akan bawa anda ke dalam Tower Spa

Manjakan diri di spa tertinggi Tower Spa dengan Panorama Menarik
Pintu masuk anda akan nampak kaunter Tower Spa. Sebelum memulakan rawatan, tetamu kena munggu dahulu di ruangan Menunggu.




Semasa menunggu kakitangan melayani anda di ruangan menunggu, anda juga boleh melihat panorama sekitar bandar Georgetown.

Sebelum memulakan rawatan, anda perlu mengisi borang yang disediakan. Isikan bahagian pengenalan diri, penyakit yang anda hadapai, dan bahagian mana anda mahukan untuk mereka fokus.

Kemudian anda dibawa ke tandas untuk menukar pakaian anda. Suka sangat dekorasi & riasan dalaman tandas dengan kelengkapan kebersihan tampak mode, cozy dan eklusif.

Pilih mana-mana locker untuk menyimpan barang peribadi anda.

Di dalam locker ada menyediakan hangar, bathrope, selipar, getah rambut, sikat dan keperluan lain. Anda perlu menukar pakaian anda ke bathrope & panties disposable untuk rawatan. Jangan lupa untuk memakai shower cap & selipar yang disediakan. Simpan semua brangan peribadi anda dan ambik kunci locker yang disediakan.

Okay, I dah ready untuk rawatan spa✌

Lia telah membuat 3 rawatan di sini, antaranya :
1) Aroma scalp & shoulder therapy
2) Tower Spa Signature therapy (aromatherapy massage)
3) SeaShell energizing bath


Aroma scalp & shoulder therapy

Manjakan diri di spa tertinggi Tower Spa dengan Panorama Menarik

Rawatan pertama yang lia buat ialah Aroma scalp & shoulder therapy selama 20 minit. Lia dibawa ke sofa dengan dekorasi menarik ini. 


Di sini anda hanya perlu duduk dengan tenang dan selesa di sofa. Kakitangan di sini akan memberikan anda bau minyak pati peppermint berharga. Bila bau terus rasa tenang sahaja dengan suasana spa memutarkan lagu lembut. 

<center><iframe src="https://giphy.com/embed/gkaFzkVktzIs2EKafC" width="480" height="270" frameBorder="0" class="giphy-embed" allowFullScreen></iframe><p><a href="https://giphy.com/gifs/gkaFzkVktzIs2EKafC"></a></p>
Kemudian anda akan di massage sekitar bahu dan kepala. Walaupun rawatan ini hanya sekejap sahaja tetapi sangat sesuai untuk permulaan rawatan kerana betul-betul menyegarkan dan merehatkan minda anda.

Tower Spa Signature therapy (aromatherapy massage)

Manjakan diri di spa tertinggi Tower Spa dengan Panorama Menarik
Kemudian Lia dibawa masuk ke single room untuk rawatan Tower Spa Signature therapy (aromatherapy massage).

Ada satu ruangan sinki di bahagian tepi.

Mana tak teruja bila nampak dalam bilik ada bath tub depan mata. Lagi pula boleh nampak view bandar Georgetown juga bukan sahaja di bahagian menunggu sahaja malah dalam bilik spa. 

Rawatan Tower Spa Signature therapy (aromatherapy massage) mengambil masa selama 1 jam. Untuk rawatan ini, Lia akan meniarap dahulu untuk kakitangan massage di bahagian belakang dulu. Kemudian baring ke hadapan untuk massage di bahagian hadapan badan pula. Anda akan diurut dengan menggunakan minyak pati (essential oil) keseluruhan badan anda.

Semasa menunggu di ruangan menunggu, Lia ada mengisi ruangan untuk mereka fokus ketika urut di bahagian bahu dan belakang. So memang kakitangan banyak urut di bahagian situ. Memang badan yang keltihan & kesakitan akan hilang selepas massage. Badan akan rasa lega dan hilang sakit badan.

SeaShell energizing bath

Manjakan diri di spa tertinggi Tower Spa dengan Panorama Menarik

Selepas selesai Tower Spa Signature therapy (aromatherapy massage), rawatan terakhir pula SeaShell energizing bath selama 40 minit.

Untuk , anda perlu menukar pakiaan anda kepada pakaian (tube bra & panties) yang disediakan. 


Anda akan dilumurkan dan digosok lembut keseluruhan badan, tangan dan kaki anda dengan scrub.

Kemudian bersihkan badan anda dengan masuk kedalam bath tub seketika sambil berehat tenangkan fikiran dengan melihat panorima sekitar bandar Georgetown.


Bukan itu sahaja anda juga dapat mencuba jakuzi yang disediakan di sini. Sambil berendam sambil lemikmati pemandangan dan melihat awan.

Selepas rawatan memang rasa tenang, badan rasa segar dan minda rasa semangat.

Dah habis semua rawatan di spa awan biru, Tower Spa ❗

Sebelum balik sempat merasa sedikit pencuci mulut dan air teh dari Tower Spa.

Amacam korang tertarik tak dengan rawatan dan kemudahan yang disediakan yang ada di Tower Spa❓ 
Anda juga boleh mencuba rawatan dan manjakan diri di sini. Boleh tempah sekarang untuk menikmati sendiri.


Untuk butiran dan tempahan, sila hubungi 016-6921616 (Jess)🤙

Tower Spa
📪 Level 67, The Top Komtar, Jalan Penang, 10000 Georgetown, Penang, Malaysia
📞 Tel : 016-6921616
💌 Email : towerspapenang@gmail.com

Waktu Operasi : 11.00am hingga 8.00pm setiap hari
TUTUP pada setiap Hari Selasa


Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:



You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community