Salam & Hai semua🙋,
Semakin meningkat usia semakin perlu meningkatkan penjagaan kesihatan terutamanya wanita. Sebagai wanita kita perlu menjaga kesihatan dalaman dan juga bahagian intim wanita 'Miss V'. Kini BiO-LiFE ada mengeluarkan suplemen tambahan iaitu Proutix™ untuk kesihatan & penjagaan dalaman wanita. BiO-LiFE sememangnya pakar probiotik dan juga jenama yang sudah dikenali & tak perlu diperkenalkan lagi. Probiotik sangat membantu kesihatan dalaman lagi-lagi bahagian 'Miss V' wanita.
Setiap wanita selalunya mempunyai masalah di bahagian 'Miss V' seperti keputihan, kegatalan dan pelbagai masalah lagi yang boleh menyebabkan kita berasa tidak selesa. Perasaan seperti ini juga akan membuatkan kita tidak selesa sepanjang hari & agak sukar untuk menjalani kehidupan normal yang baik. Lia pun pernah alami situasi seperti ini. Bayangkan kita aktif sepanjang hari tetapi masalah ketidakselesaan menggangu aktiviti harian dan menyebabkan terbatas.
Sekarang baru terfikir betapa pentingnya untuk penjagaan dalaman 'Miss V' dengan mengambil suplemen tambahan yang membantu menyelesaikan masalah. Produk Proutix™ dari BiO-LiFE ini sangat membantu dan banyak manfaat probiotik terhadap kesihatan vagina wanita.
Pengenalan
Proutix™ dari BiO-LiFE merupakan suplemen probiotik untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat. Proutix™ mengandungi dua jenis strain yang telah diuji secara klinikal, Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus reuteri RC-14.
Dalam faraj wanita yang sihat, ia terdiri daripada keseimbangan bakteria bermanfaat (umumnya dikuasai oleh lactobacillus) yang membantu menjaga persekitaran vagina yang sihat dan mencegah jangkitan faraj.
Mengambil probiotik dapat membantu mengisi semula bakteria bermanfaat dan memulihkan keseimbangan mikrobiota vagina yang terganggu. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan oral Lactobacillus rhamno-sus GR-1 dan Lactobacillus reuteri RC-14 selama 4 minggu telah meningkatkan populasi lactobacillus (bakteria bermanfaat) secara signifikan dalam flora vagina. Ia dapat membantu melindungi kesihatan faraj melalui beberapa penyakit:
• Mengekalkan keasidan vagina pada pH 3.8-4.4 yang menyokong pertumbuhan bakteria bermanfaat tetapi merugikan pertumbuhan bakteria jahat
• Membentuk penghalang semula jadi terhadap bakteria jahat di permukaan dinding faraj
• Menghasilkan bahan antimikroba dan hidrogen peroksida yang membunuh bakteria jahat
BiO-LiFE Proutix mengandungi kedua-dua strain probiotik L. rhamnosus GR-1 dan L. reuteri RC-14. Ini adalah suplemen probiotik yang diformulasikan khas untuk meningkatkan kesihatan vagina wanita.

Apa itu Proutix™❓
Proutix™ merupakan suplemen probiotik yang dirumus khas untuk kesihatan wanita. Proutix™ mengandungi 2 jenis strain yang telah dikaji secara klinikal iaitu Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus reuteri RC-14 untuk membantu mengekalkan kesihatan wanita.
Berapakah dos yang disarankan❓
Ambil 1 kapsul Proutix™ setiap hari selepas makan atau seperti yang disyorkan oleh ahli farmasi atau doktor anda.
Apakah ciri-ciri Proutix™❓
đź’• Suplemen probiotik yang dirumus khas untuk kesihatan wanita.
đź’• Kedua-dua Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus reuteri RC-14 merupakan strain probiotik yang telah diuji secara klinikal.
đź’• Menggunakan pengkapsulan-mikro khas untuk melindungi kultur bakteria hidup daripada asid gastrik.
đź’• Mampu bertahan pada garam hempedu dan melangsungkan hidup sepanjang saluran gastro-usus.
đź’•Kapsul sayuran.
đź’• Halal.
đź’•5 bilion CFU kultur hidup dalam setiap kapsul.
đź’•Selamat untuk pengambilan jangka panjang.
Spesifikasi: Setiap kapsul mengandungi 2.5 bilion CFU Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan 2.5 bilion CFU Lactobacillus reuteri RC-14. Ia tidak ditambah dengan yis, derivatif susu, gandum atau kanji jagung, gluten dan bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan.
Bahan & Kandungan :
5 bilion CFU kultur hidup
(2 jenis strain Lactobacilli, Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus reuteri RC-14)
30g /1.05oz
RM 120.00

Q1: Probiotik manakah yang baik untuk mengekalkan kesihatan wanita❓
Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus reuteri RC-14 telah diuji secara klinikal dengan manfaatnya untuk mengekalkan keseimbangan mikroflora dalam tubuh badan wanita.
Q2: Adakah Proutix perlu disimpan dalam peti sejuk❓
Ya. Ini adalah untuk memastikan manfaat optimum Lactobacillus rhamnosus GR-1 dan Lactobacillus reuteri RC-14 yang membekalkan manfaat kesihatan terhadap tubuh badan semasa pengambilannya.

0 Comments