Ayam Brand Kongsi Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Lebih Berkhasiat

 Ayam Brand Kongsi Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Lebih Berkhasiat

Santan ialah makanan utama dalam kalangan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan dan Raya untuk rasanya yang begitu nostalgia, lemak berkrim dan sihat untuk dihidang dalam apa jua juadah masakan.

Ayam Brand ™ memahami kesukaran rakyat Malaysia yang rindu akan rasa kuih pada zaman kanak-kanak dulu namun amat sibuk dengan gaya kerja, dan risau dengan masalah kesihatan yang bakal dihadapi melalui pengambilan makanan yang tidak sihat. Sesetengahnya pula tidak sempat untuk menyediakan juadah sahur dan buka puasa. Kelapa segar umum diketahui sangat bagus tetapi proses mengekstrak santan sememangnya mengambil masa yang begitu lama.

Ayam Brand ™ telah pun menyediakan santan kelapa yang enak, sihat dan mudah untuk didapatkan sejak beberapa dekad yang lalu. Santan Ayam Brand™ diperah dengan bersih daripada kelapa-kelapa matang yang terpilih. Ia kemudian disimpan di dalam pek-pek tetra yang mudah, menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT). Santan ini setaraf santan yang diperah menggunakan tangan, tetapi lebih mudah kerana anda tidak perlu membersihkannya selepas itu.




Anda boleh menggunakan Santan Ayam Brand™, Santan Trim Ayam Brand™ (45% kurang lemak) atau Santan Super Light Ayam Brand™ (hanya mengandungi 5% lemak) bergantung kepada citarasa anda.

Mengenai Ayam Brand


Ayam Brand, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 128 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study.


Bersempena dengan bulan Ramadan dan Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, Ayam Brand ™ telah memperkenalkan Santan Ayam Brand™ 200ml dengan pek mudah dibuka Edisi Terhad supaya anda boleh menggunakan hanya ketika perlu, tutup penutup dan sejukkan selebihnya untuk digunakan kemudian hari. Pek baharu tetapi resipi santan yang sama.

Sekiranya anda gemar berkunjung ke bazar Ramadan, anda pasti sedar bahawa juadah nostalgia kegemaran anda tidak selalunya mudah untuk didapatkan. Pencipta resipi Ayam Brand ™ telah memperkenalkan lima resipi tradisional menggunakan santan yang boleh anda cuba di rumah. Resipi ini telah diolah dengan teliti bagi mengikut kesesuaian kelengkapan dapur di rumah serta kurang kandungan gula dan lemak melalui kerjasama dengan pakar pemakanan.

Kuih-muih tradisional seperti kuih Akok dari Pantai Timur, kuih Tako yang juga dikenali sebagai kuih Limas dari Selatan, Bubur Pulut Hitam dari Utara, kuih Seri Muka Labu Kuning dari Kelantan dan sagu gula Melaka pasti mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak di kampung halaman. Kesemua kuih ini merupakan hidangan nostalgia yang mempunyai rasa lemak berkrim, diperbuat daripada Santan Ayam Brand™.

1. Kuih Akok yang Mudah dan Pantas

Anda hanya memerlukan acuan mufin dan ketuhar sahaja❗ Didihkan gula Melaka bersama daun pandan yang telah dihiris nipis sehingga gula Melaka larut dan berbau wangi. Alihkan periuk dari dapur dan masukkan Santan Ayam Brand™ secara perlahan ke dalam periuk. Biarkan campuran tersebut sejuk. Sementara itu, panaskan ketuhar, dan sapukan minyak ke dalam acuan mufin. Masukkan telur dan tepung yang telah diayak ke dalam periuk yang mengandungi campuran santan dan gula Melaka dan kacau sehingga sebati. Tuang adunan tersebut ke dalam acuan mufin. Bakar selama 25 minit atau sehingga warna permukaan kuih menjadi perang.

Tips Sihat:

Anda boleh mengurangkan gula Melaka tetapi rasa karamel akan berkurangan. Jangan digantikan dengan gula putih kerana ia akan menjejaskan rasa kuih Akok tersebut. Jika anda ingin kuih yang mengandungi kadar lemak yang rendah, gunakan Santan Super Light Ayam Brand™ yang hanya mengandungi 5% lemak.

2. Kuih Tako (juga dikenali sebagai Kuih Limas)

Kuih Tako atau kuih Limas adalah sama seperti kuih Tepung Pelita tetapi mengandungi elemen manis atau rangup. Kemungkinan besar kuih ini sukar didapati di bazar-bazar Ramadan kerana memerlukan langkah tambahan iaitu penambahan elemen manis atau rangup tersebut. Mari kita lihat resipi mudah daripada Ayam Brand ™ yang menggunakan jagung manis dan sengkuang Cina sebagai inti rahsia untuk tekstur dan serat.

Langkah pertama ialah untuk membuat 30 kelongsong kuih tako menggunakan daun pandan. Ini merupakan aktiviti yang menyeronokkan bagi kanak-kanak yang ingin membantu. Seterusnya, sediakan lapisan bawah dengan mencampurkan tepung kacang hijau, gula, garam dan air. Masak adunan tersebut di atas api yang sederhana sehingga pekat, dan padamkan api. Letakkan sengkuang Cina ke dalam setiap kelongsong dan tuang adunan ke dalamnya. Biarkan sejuk.

Untuk lapisan atas, campurkan santan, tepung kacang hijau dan air ke dalam periuk yang lain, dan kacau sehingga pekat. Tuang aduan lapisan atas ke dalam kelongsong dan hiaskan dengan sesudu kecil jagung manis. Simpan di dalam peti sejuk. Sesuai untuk Sahur!

Tip Sihat:

Sukatan gula untuk resipi ini telah dikurangkan supaya ia tidak terlalu manis. Tepung kacang hijau, Jagung Manis Ayam Brand™ dan sengkuang Cina menambahkan serat dan vitamin. Apabila dimakan pada waktu Sahur dalam keadaan sejuk, ia mampu membekalkan tenaga yang mencukupi sepanjang hari.

3. Bubur Pulut Hitam

Bubur pulut hitam adalah juadah enak, menyihatkan dan mudah disediakan. Anda boleh membuatkannya mengikuti citarasa anda. Masakkan pulut hitam, daun pandan dan air di dalam periuk yang bertutup di atas api perlahan. Reneh adunan tersebut selama sejam atau sehingga pulut hitam telah lembut. Pada masa yang sama, panaskan santan, garam dan gula secukup rasa. Untuk menghidangkannya, kaut bubur pulut hitam ke dalam mangkuk and tuang campuran santan ke atasnya.

Tip:

Jika anda memiliki periuk tekanan, anda boleh mengurangkan masa penyediaan juadah ini. Anda juga boleh memanaskan campuran santan di dalam ketuhar mikro selain daripada menggunakan dapur. Kita boleh juga memakai alat-alat elektrik yang lain untuk memasak. Anda juga boleh menyediakan hidangan ini dalam kuantiti besar supaya boleh disimpan dalam peti sejuk dan dipanaskan untuk dinikmati semasa buka puasa atau sahur pada hari lain.

4. Kuih Seri Muka Labu

Kuih Seri Muka yang dikenali dengan lapisan bawah pulut yang berlemak dan lapisan atas kastard pandan hijau mudah didapati di mana-mana. Namun, kuih Seri Muka Labu agak sukar ditemui di bazar-bazar Ramadan kerana ia biasanya dibuat hanya untuk suka-suka.

Resipi untuk lapisan bawah pulut boleh didapati di laman web Ayam Brand ™. Untuk kastard labu, gaul telur, santan, isi labu yang telah direbus dan dilenyekkan, gula dan tepung sehingga sebati. Gunakan teknik double boil untuk menghasilkan kastard yang halus dan licin.

Tekan pulut ke dalam acuan sehingga padat supaya boleh mengekalkan bentuknya apabila dipotong nanti. Gunakan penapis untuk menuangkan kastard labu ke atas pulut tadi. Kukus di atas api sederhana. Pastikan kuih tersebut sudah sejuk sebelum dipotong secara tradisi dalam bentuk berlian.

Tip Sihat:

Guna periuk nasi elektrik untuk menyediakan lapisan bawah. Memandangkan isi labu manis secara semula jadi, anda boleh mengurangkan sukatan gula mengikut cita rasa. Telur adalah sumber protein manakala labu dan santan menambahkan serat, vitamin dan perisa untuk menghasilkan juadah berbuka puasa yang enak.

5. Sagu Gula Melaka

Ini merupakan salah satu juadah yang diminati ramai namun versi komersilnya kerap menghampakan atas sebab kekurangan sagu dan santan, manakala gula Melaka tidak wangi dan tidak mempunyai tekstur karamel. Setelah anda mencuba resipi mudah ini, anda pasti tidak akan kembali ke bazar untuk membeli sagu gula Melaka lagi.

Renehkan sagu di dalam periuk yang mengandungi air panas selama 30 minit dan kacau dengan kerap supaya sagu tidak melekat di periuk. Sementara menunggu sagu masak, panaskan santan bersama air dan garam. Biarkan sejuk. Potong gula Melaka menjadi bentuk dadu dan panaskan sehingga terbit bau wangi.

Untuk menghidangkannya, letak sagu di dalam mangkuk dan tuang santan dan gula Melaka yang telah dicairkan.

Tip Sihat:

Anda boleh kurangkan gula Melaka dan gula perang. Untuk rasa lebih enak,panaskan gula Melaka sehingga ia menjadi karamel.

Begitulah caranya kami membangkitkan nostalgia❗ 

Lia juga sempat mencuba satu resepi dengan pek Santan Ayam Brand™. dan Jom tengok apa menu yang dimasak.

Agar-agar Jagung Three Layer

Lapisan 1:

1 paket serbuk agar-agar
4 sudu kecil Ayam Brand Sweet Cup Corn
4 sudu gula 
400ml air

Campur kesemua bahan kering dan kemudian masukkan air. Masukkan juga 4 sudu kecil Ayam Brand Sweet Cup Corn, masak sehingga mendidih dan biarkan seketika. Tuangkan dalam bekas acuan agar-agar, biarkan sejuk seketika dan seterusnya buat lapisan yang ke-2.

Lapisan 2:
1 paket serbuk agar-agar
200 ml Ayam Brand UHT Klasik Santan Kelapa
4 sudu gula
secubit garam
200ml air

Campur kesemua bahan kering dan kemudian masukkan air. Kemudian masukkan santan, masak sehingga mendidih, masukkan secubit garam dan biarkan sejuk seketika. Tuangkan kedalam atas lapisan yang pertama tadi setelah hampir setengah mengeras. Biarkan sejuk seketika dan seterusnya buat lapisan yang ke-3.

Lapisan 3:
1 paket serbuk agar-agar
1 tin 200 gram Ayam Brand Sweet Cup Corn
4 sudu gula 
200ml air

Blender halus 1 tin 200 gram Ayam Brand Sweet Cup Corn dengan air. Campur kesemua bahan kering dan kemudian bahan yang diblend tadi. Masak sehingga mendidih dan dan biarkan sejuk seketika. Tuangkan kedalam atas lapisan yang kedua tadi setelah hampir setengah mengeras. Boleh masukkan dalam peti sejuk.

Setelah keras dan sejuk, keluarkan dari bekas acuan agar-agar dan boleh siap potong untuk dihidang.

Jadi, apa tunggu lagi❓

Jom cuba Santan Ayam Brand™ pek mudah buka 200ml untuk Ramadan dan Hari Raya tahun ni❗ Jangan lupa sertai pertandingan Ayam Brand ™ Masak dan Menang. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu ambil gambar masakan anda yang dibuat menggunakan Santan Ayam Brand™ dan muat naik ke akaun Facebook atau Instagram anda dengan hashtag #santanayambrand. Anda berpeluang memenangi hadiah lumayan all-in-one cooker Innochef yang bernilai sehingga RM17,200❗ Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ayambrand.com.my/masakdanmenang


Ayam Brand Masak dan Menang

Cara

1. Muatnaik gambar dan resipi masakan yang menggunakan produk Ayam Brand ke Instagram atau Facebook anda (pengguna)

2. Gunakan hashtag #santanayambrand dah jangan lupa tag @ayambrandmy di IG atau Ayam Brand Malaysia di Facebook

Hadiah

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:

Jangan lupa untuk follow 👇👇👇

Blog 💻 liahasty.com
Fb📲 pages fb.me/liahasty


Post a Comment

0 Comments