MEDIHEAL Tension Flex Soothing & Hydra Sheet Mask

May 21, 2021

Salam & Hai semua 🙋

MEDIHEAL Tension Flex Soothing & Hydra Sheet Mask

Lia memang penggemar face sheet mask dari dulu lagi. For me sangat mudah dipakai just keluarkan sheet mask dan aplikasi ke wajah. Lagi satu sheet mask lagi mudah menyerap ke kulit wajah. Sudah menjadi rutin mingguan untuk pakai 2 atau 3 kali. Kalau pakai jenis serbuk nak bancuh kemudian kena bilas wajah selepas guna, amatnyalah merenyahkan.

Nak kongsikan dengan korang semua salah satu my favorite brand sheet mask iaitu Mediheal. Sebelum ini Lia pernah mencuba Bubble Sheet Mask dari Mediheal Whitening & Soothing Bubble Tox Serum & kali ini nak mencuba MEDIHEAL Tension Flex.

MEDIHEAL Tension Flex Soothing & Hydra Sheet Mask

Mask MEDIHEAL Tension Flex didatangkan dalam dua jenis :

📌MEDIHEAL Tension Flex Soothing Mask
📌MEDIHEAL Tension Flex Hydra Mask

KELEBIHAN PRODUK

Bagaimana Tension Flex Soothing Mask sesuai dengan semua jenis bentuk wajah ❓

Ia adalah potongan 54 'V' pada sheet mask

Apa itu potongan 54 'V'

💕 Membolehkannya meregangkan sheet mask pada pelbagai bentuk wajah
💕 Membantu sheet mask melekat pada kulit
💕 Memberikan kesan tightening (ketegangan) semasa sheet mask mengering
💕 Mendapatkan kontur wajah V-line yang sempurna
💕 Tidak ada cangkuk telinga yang menyebabkan ketidakselesaan

MEDIHEAL Tension Flex Soothing & Hydra Sheet Mask

MEDIHEAL Tension Flex Soothing Mask

✔ Calming
✔ Lifting
✔ Tightening

Keterangan Produk

MEDIHEAL Tension Flex Soothing Mask hadir dalam dua bahagian dan peregangan untuk memberikan yang sempurna.

Ekstrak Pokok Teh dan Ekstrak Daun Centella Asiatica dan Centella Asiatica tulen memberikan manfaat menenangkan kulit.

Kompleks fermentasi yang dipatenkan yang terdiri daripada Barli fermentasi, Jus Pear, dan Kedelai, memberikan manfaat menenangkan tambahan.

MEDIHEAL Tension Flex Hydra Mask

✔ Hydrating
✔ Moisturizing
✔ Replenishing

Keterangan Produk

MEDIHEAL Tension Flex Hydra Mask hadir dalam dua bahagian dan peregangan untuk memberikan yang sempurna.

Lapan bentuk Asid Hyaluronik dan empat jenis Ceramides melembapkan kulit dan menguatkan penghalang.

Kompleks RiFerm® yang dipatenkan yang terdiri daripada Yeast dan Rice Ferment Filtrate memberikan sifat pelembab yang unggul.

PEMBUNGKUSAN PRODUK

Sheet mask MEDIHEAL Tension Flex dibungkus dalam bahan jenis plastik jenis mudah untuk dikoyakkan apabila hendak digunakan.

 Disekelilingnya produk dilabelkan nama produk, keterangan produk, cara penggunaan, bahan dan kandungan, alamat dikilangkan, dan berat produk dalam bahasa Inggeris & Korea.

BENTUK PRODUK

MEDIHEAL Tension Flex Soothing & Hydra Sheet Mask

Sheet mask MEDIHEAL Tension Flex dalam bentuk lembaran atau kepingan basah dan lembap. Bentuk ini sangat unik dimana ada potongan 54 'V' di bahagian bawah untuk mendapatkan kontur wajah V-line yang sempurna.

TEKSTUR PRODUK

Tekstur sheet mask MEDIHEAL Tension Flex ini dalam bentuk cecair berwarna putih, ringan, tidak melekit, cepat meresap dan mudah diaplikasi.

CARA PENGGUNAAN

MEDIHEAL Tension Flex Soothing & Hydra Sheet Mask

1. Setelah cleansing dan toning, aplikasi sheet mask.
2. Tarik mask ke atas agar melekat keseluruhan wajah, larasakan agar sesuai dengan mata, hidung, dan mulut, regangkan mask dengan perlahan dan lembut jika perlu.
3. Berehat sebentar selama 10-20 minit, kemudian tanggalkan.  Sapukan cecair yang ada secara perlahan sehingga meresap sepenuhnya.

AMARAN

1) Sekiranya anda mengalami gejala seperti kemerahan, bengkak, atau gatal semasa penggunaan atau dari pendedahan cahaya matahari langsung setelah penggunaan, tangguhkan penggunaan dan berjumpa doktor.
2) Jangan gunakan pada luka atau kawasan lain pada kerengsaan kulit.
3) Penyimpanan dan pengendalian
a) Jauhkan dari jangkauan kanak-kanak.
b) Jauhkan dari cahaya matahari langsung.
4) Jauhkan dari mata.
* Gunakan dengan berhati-hati jika kulit alah atau sensitif terhadap pembalut pelekat atau mampatan basah.
* Gunakan segera sebelum produk kering. Ditujukan untuk penggunaan sekali sahaja.

Harga : RM 16.90

WHERE TO BUY

MEDIHEAL Tension Flex Soothing & Hydra Sheet Mask

Anda boleh dapatkan produk ini farmasi Guardian berdekatan anda sekarang ❗ Ataupun boleh membeli secara atas talian DI SINI


Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :

 
#medihealmalaysia #jawline # #vline #vshape #54vcuts #noearhooksmask #hyunbin #medihealtensionflex #vlineface#hyunbin #flexwithhyunbin 

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community