Syawal & Raya 2021 yang hambar

 Salam & Hai semua,

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Syawal 1442H

Rasanya tak lambat nak wish Selamat Hari Raya untuk pembaca blog dan juga pada semua kaum muslimin di luar sana. Alhamdulilah kali ni kita diberi kesempatan untuk menyambut bulan Ramadan dan Syawal sekali. Tapi kita masih beraya dalam norma baru dimana kes Covid masih belum hilang.

Tahun ini memang ingat dapat beraya bersama family di Pulau Pinang walaupun tak dapat rentas negeri pulang ke kampung, Pokok Sena Kedah. Tetapi seminggu sebelum Syawal menjelma dikhabarkan dengan Pulau Pinang beberapa daerah dan mukim akan dikenakan PKP terus rasa hmmm macam nak beraya dengan family. Beberapa hari kemudian terus diumukan satu negara PKP.

Mula-mula memang rasa marah + geram + sakit hati. Tertanya tanya kenapa nak bagitau last minute. Sebab banyak preparation dah buat, dah tempah kuih raya, dah beli barang mentah ayam & daging, beli barang memasak, dah tukar duit raya + dah beli baju raya. Kalau umum awal memang takkan spent duit banyak just spent ala kadar ikut keperluan. Sebab rasa ada harapan nak raya tahun ni lagi best dari tahun lepas.

Tetapi apapun bari hati reda memandangkan kes covid kembali datang dengan kes meningkat. Ini juga salah satu faktor nak mengurangkan kes positif yang mencanak naik. Diharapkan juga kes ini dapat menurun dan hilang di muka bumi ini. Dan kita semua boleh hidup normal seperti biasa balik.

Syawal kali ni memang rasa macam sedikit hambar dari tahun lepas. Sebab tak boleh rentas negeri satu hal, rentas daerah pun tak boleh. Rasa frust sikit sebab tak dapat solat raya di masjid sebab ada limit. Tahun ni juga rasa malas nak iron baju raya sehari sebelum. Raya kali ni juga bersiap lambat pakai baju raya. Tetapi menu raya macam kuih raya, rendang ayam & daging, ketupat palas tetap ada bagi mood raya tu sampai.

Walaupun raya tahun ni tak best #ootdraya tu wajib

Raya tahun 2021 ini beraya dengan suami di rumah. Dan kami visit beberapa saudara suami yang dekat dengan rumah sahaja. Baju raya wajib kena pakai sebab yang tu kan sunat memakai baju bersih dan baru ketika raya. Walaupun raya tak best tahun ni tapi tetap kena cantik bergaya. Kita sebagai umat Islam kena meraikan Raya atau Syawal sebab kemenangan kita puasa selama sebulan.

Dalam group whatapp family semua sibuk sent gambar beraya masing. Masa kenduri 2 bulan lepas memang family pakai tema biru muda. & baju tu juga akan pakai masa raya nanti. Sebab kami semua berharap dapat beraya bersama dengan warna baju yang sama.

Walaupun kami berjauhan kami ada video call & whatapp. So gambar-gambar semua Lia combine sebagai Kenangan Raya Tahun 2021 ini.

Raya tahun ini memang berbeza tetapi Lia harapkan kita semua bersemangat kuat untuk tempuhi semua ini dan sama mencegah penyakit Covid-19.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR BATIN

Post a Comment

0 Comments