Jenama homegrown TAPAULAH kini di Georgetown Pulau Pinang
July 01, 2021Salam dan Hai semua 🙋
TAPAULAH MELANCARKAN LAMAN WEB & NEW LUNCHBOX SERIES
Pada bulan Jun 2021 yang lepas, jenama makanan Homegrown TAPAULAH telah melancarkan laman webnya sendiri 💻 dan Lunchbox series yang memaparkan lebih dari 20 jenis kotak makan tengah hari untuk pilihan para pelanggan mengikut menu kegemaran masing-masing.
Laman web 💻 baru TAPAULAH kini disiarkan di tapaulah.com.my Pelanggan akan dapat membeli semua produk TAPAULAH kegemaran mereka dari ready to eat meals 🍲 hingga makanan sejuk beku (frozen food), cooking pastes, dan banyak lagi. TAPAULAH kini menawarkan promo eksklusif diskaun 20% di seluruh laman web untuk first-time users (pengguna yang pertama kali membeli) menggunakan kod promosi "Welcome20" di https://bit.ly/tapaulah. Pelanggan boleh menantikan promosi dan menu eksklusif di laman web baru TAPAULAH.
Setiap hidangan TAPAULAH Lunchbox series dilengkapi dengan hidangan utama, sayur-sayuran, dan side of the day, sehingga pelanggan akan selalu menerima sesuatu yang berbeza, yang dibuat dari bahan-bahan segar. Harga untuk TAPAULAH Lunchbox sangat berpatutan kerana makanan lengkap ini berharga dari RM 9.90, RM 10.90 dan RM 11.90 untuk setiap satu. Harga bersesuaian dengan rakyat Malaysia yang sukar ketika menghadapi cabaran semasa pandemik, TAPAULAH mensasarkan untuk menjadi lebih inklusif dan dapat diakses oleh semua orang.

"We aim to make TAPAULAH a household name, serving only the best, using only the freshest and carefully selected quality ingredients in our products at very reasonable prices," kata Puan Sri Datin Seri Dato 'Jean Koh, Chief Operating Officer, COO of Only World Group.

0 inspiration