Salam dan Hai semua,
Berita mengejutkan semalam dapat tahu kawan baik masa part time event dahulu meninggal dunia. Baru beberapa hari masuk hospital, disebabkan jangkitan kuman dalam paru-paru, merebak ke hati dan buah pinggang. Sebelum jantung dah stop, bila CPR balik tapi terus drop. Lepas tu koma dan meninggal. Inipun Lia dapat info dari kawan-kawan.
Masa beberapa tahun lepas, Lia memang aktif sangat dengan jadi part time crew event. Event apa ? Event basikal, team bulding, extremes games & macam-macam lagi. Masuk dalam gua bawa team building, jaga secretariat untuk event basikal, jaga atlit buat video shoot, dan lain-lain lagi. Memang kenangan lah bila ingat balik.
Lia join jadi part time crew kebanyakkan luar Penang. Kat Ipoh kadang pi sampai KL ada juga pi sampai Sendayan, Negeri Sembilan, ada juga sampai Johor & Singapore. Mostly banyak Ipoh lah. So saja nak drive kuar dari Penang nak campur & kenal kawan-kawan baru. Masa kat Ipoh join jadi jadi crew XCamp dan kenal lah dengan kawan yang lain dan terbentuk satu family baru #XCampFamily
Masa join event tu kena lah Azman ni kami panggil dia Man saja. Dia ni memang budak Ipoh. Mula-mula nampak dia sombong dekat gaya dia macam berlagak. Tapi lepas kenal terus ngam. Lepas tu kalau event apa-apa sahaja nak satu team, tak satu team pun mesti nak panggil dia. Maklumlah dia ni ada motor, rajin jadi runner krew perempuan beli makan lah, hantar barang lah. Banyak kerja event kami ada sekali. Takpun dia nanti rajin mai kat table secretariat mai menyibuk duk tanya itu ini.
Sejak 2019 event pun makin berkurang, lepas tu dengan ekonomi pun tak okay sangat. Event pun tak banyak so jarang dah join jadi krew ni. Lepas tu mula aktif gila dengan blog. Sebelum tu kerja + event crew + blog, aktifnya kan. Memang pulun habis 😋😅 Okay dah kelaut, lepas 2019 dah kurang event dah jarang jumpa semua kawan-kawan #XCampFamily. So mula berjauhan dengan semua.
Kami hanya berkomen di social media, facebook, instagram, & group whatapp. Biasalah kan hidup ni kita akan ada life masing-masing dan mulai lah dah jauh & lost contact.
Beberapa harini kan asyik teringat dekat arwah Man tengok ada kawan duk update kata dia sakit. Rupanya petanda dia pergi buat selamanya 😓😖
Terima kasih Man yang pernah jadi sahabat & kawan baik aku dulu. Hang kawan laki yang muka ganas tapi memang baik tak ambik kesempatan. Walaupun hang ada motor saja, tetapi hang rajin cari duit sendiri. Hang suka upload gambar dengan kawan-kawan kat facebook & instagram. Banyak juga gambar kita bersama 😓 Lepas tu hang suka upload gambar dengan mak kesayangan hang, nampak sangat hang sayang mak hang.
Pemergian hang memang satu perkara yang menyedihkan. Walaupun kita dah tak rapat macam dulu. Last contact hang kat whatapp masa jemput hang mai kenduri kahwin. Sorry dah tak contact aku sibuk jadi wife orang dah.
Dulu masa aku sorang kat XCamp hang mai teman aku. Masa aku down time event, hang lah mai cakap bagi aku cool. Hang pun tak pernah berkira. Aku tau ramai orang rindu teh ais hang buat kan.
Tengok hang meninggal, ramai kawan hang pi tengok. Ramai yang angkat jenazah bawa ke kubur. Semoga doa kami semua sampai dekat hang. Hang meninggal dalam umur muda, tapi tuhan dah tetapkan ajal hang. Masa aku buat entry ini aku memang sedih sangat. Orang baik tuhan ambil dulu. Semoga hang ditempatkan dikalangan orang beriman.
Selamat pergi selamanya kawan baik Azman
Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah
😢😪ðŸ˜ðŸ˜°
0 Comments