Salam dan Hai semua π
Masalah Covid-19 masih belum reda ya dah hampir 2 tahun. Kadangkala rasa umur ni dihabisi dengan masalah Covid-19, kuaratin & duduk rumah. Tetapi masih ada hikmah sebab sempat juga melansungkan perkahwinan walaupun dugaan melanda sepanjang tahun ini.
Sepanjang covid melanda juga dari tahun lepas, syukur alhamdulilah π juga dijauhkan dengan penyakit Covid-19 ini. Virus ini tak melekat pada diri dan juga family. Tetapi kes semakin melonjak, kadang tak sangka kawan baik kita pun boleh kena. Baru-baru ini baru sahaja dapat merasa kerja di office setelah sekian lama berkurung dan bosan Work From Home, dikhabarkan pula dengan seorang berita salah seorang officemate disyaki positif Covid-19.
Datang office pada hari Jumaat, dah demam lepas tu Ahad baru lah semua orang dapat tahu. Mula lah kelam kabut, huru-hara semua terjadi. Kalutlah semua takut positif kan. Mana taknya virus ni memang menghantui otak & jiwa bila ada orang terdekat kena. Dapat panggilan dari HR dorang arrangekan appointment hari Rabu. Okay Selasa nak raya Haji π
Bila dapat tahu rasa macam runsing, hati tak tenang, jiwa tak tenteram. Lia dapat tahu pun lepas teman husband pergi cucuk vaksin di Balik Pulau. Then fikir aku nak raya Haji ni then lepas raya baru lah nak buat Swab Test. Walaupun raya duduk di rumah, raya tetap raya kan.
Masa raya pun sibuk nak siapkan report, sebab ada meeting online. Dalam masa yang sama serabut siapkan hidangan raya, otak pula nonstop fikir pasal kes positif Covid-19 di office. OMG serabutnya πMulia terfikir kalau positif macam mana nak buat. Kalau negatif ok lah kan selamat.
Takpe kita raya dulu tinggalkan kejap hati yang gundah gulana ni kan π Makan ketupat dengan rendang ayam + daging dulu. Esok tu appointment pukul 9 pagi di Klinik O2, Summerton berdekatan dengan Queensbay Mall. Kali ini Lia buat PCR swab test. Anyway ada dua jenis test untuk check penyakit Covid-19 ini, PCR & RTK.
Klinik O2, Summerton, Pesiaran Bayan Indah |
Untuk makluman anda, RT-PCR dan RTK-Ag (antigen) adalah dua jenis ujian yang berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mengetahui seseorang itu dijangkiti penyakit atau tidak.
RT-PCR (Real-time reverse transcription-polymerase chain reaction)
Dengan melakukan ujian jenis ini, kita boleh mengesan virus yang ada dalam badan pesakit. Jika individu didapati positif, ia bermaksud individu tersebut telah dijangkiti virus. Masa yang di ambil untuk mendapatkan keputusan melalui ujian ini adalah 2-5 jam. Sampel biasanya diambil dengan menggunakan kaedah nasopharyngeal swab.
RTK-Ag
Rapid test kit antigen (RTK-Ag) digunakan untuk mengesan antigen di dalam badan. Antigen adalah suatu bahan asing bagi badan yang akan membangkitkan sistem imuniti untuk menghasilkan antibodi. Ujian ini juga boleh mengesan virus namun tidak setepat dan tidak sesensitif RTPCR. Positif ujian RTK-Ag bermaksud pesakit tersebut mempunyai penyakit. Untuk memperoleh keputusan dariapda ujian ini hanya memerlukan masa lebih kurang 45 minit.
Info dari https://www.doctoroncall.com.my/
Anyway memang first time buat swab test, pergi klinik ada ruang sebelah untuk swab test. Register dahulu nama & bayar online pakai debit card je. Staff yang register pun dah siap pakai fullset PPE. So senang je kita tap saja debit card. No touch. Then dipanggil masuk dalam satu bilik, akan ada sorang staff nurse dengan PPE akan buat swab test. Memang nice nurse tu explain satu persatu.
PCR Test ini akan ada satu cotton buds panjang jolok dalam hidung & dalam mulut. Akan rasa tak selesa sikit lepas tu. Result tunggu 48 jam baru dapat tahu. Klinik akan whatappkan result. Tapi tak sampai 48 jam esok tu terus dapat SMS & check my sejahtera pun dah update terus result negatif.
Syukur... Alhamdulilah
Bila dengar negatif, rasa leganya. Mana taknya takut juga kalau kita ada positif, tapi tak ada gejala. Risau juga kalau kita boleh spread dekat orang terdekat dan juga orang lain tanpa kita tahu.
Mungkin ada orang yang dah berkali-kali buat test. Lia memang kali pertama agak takut sedikit. tapi inilah pengalaman yang nak dikongsi & disemat dalam blog peribadi Lia.
Anyway kita masih belum menang. Tak perlu nak salahkan sesiapa mengenai hal ini. Penyakit ini datang mengejut & amat sukar nak handle. Tak perlu nak salahkan kerajaan, nak tuding jari ke mana-mana pihak. Kita sama-sama membanteras virus ini dengan ikut segala SOP yang disediakan.
Stay safe everyone ❗
Thanks for reading my blog entry π Really appreciate.
Fbπ fb.me/claracancer
Fbπ² pages fb.me/liahasty
IGπΈ instagr.com/liahasty
Tweet π¦ twitter.com/liahasty
YouTube π₯ youtube.com/liahasty
0 Comments