Yeah my vaccination day for my first dose di PPV Kompleks Sukan Balik Pulau
August 10, 2021Salam dan Hai semua 🙋
Entry lepas Lia ada update dah dapat temujanji vaksin untuk dose pertama 👩
Finally, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, 5 Ogos 2021, My Vaccination Day 💉❗ 12.30 pm Lia kena ada di Kompleks Sukan Balik Pulau, mestilah bangun awal haritu off day nak prepare kan semua. Nervous sikit bila first day.
Yang penting sebelum vaksin kena makan dulu. So I took my simple breakfast untuk lapik perut. Memandangkan perjalananan ke sana hanya lebih kurang 25 minit, pukul 11 lebih Lia dah siap. Atleast ada 30 minit awal di PPV.
Vaksin OOTD
Memandangkan ramai yang bersiap sakan bila vaksin sebab lama tak keluar pakai cantik-cantik. Mana taknya lama berkurung di rumah nak keluar pi mana lagi. Semuanya terhad. Ada juga yang pakai simple-simple. Janji sopan & dapat vaksin sudah.
I choose simple outfit yang mudah, selesa, sopan & sesuai. So Lia pakai cardigan ➕ singlet ➕ black pant ➕ handbag . Senang bila nak cucuk terus selak lengan baju jer. Kalau pakai longsleeve susah pula nak sinting baju kan.
Jangan lupa bawa pen & juga hand sanitizer ya❗ Bawa pen sendiri tak payah nak berkongsi. Pakai hand sanitizer untuk memastikan kebersihan setiap kali anda berada di dalam PPV.
Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 ataupun PPV Kompleks Sukan Balik Pulau ini terletak di 141, Jln Sungai Nipah 6, Kampung Permatang Tengah, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang. Perjalanan pun dalam 25 minit sahaja. Walaupun rasa macam jauh bila sebut Balik Pulau, jalan bersimpang berbukit, tapi sebenarnya dekat je bila habis je lalu jalan bukit, ambik kiri, straight je, ambik kanan dah jumpa lokasi ini.

Selepas vaksin, Lia terus drive balik rumah & makan lunch. Kesan masih awal tak rasa lagi. Selepas 6 jam macam tu bila nak tidur malam, tangan kebas & sakit sebelah kiri. Tangan yang kena suntikan. Badan pula rasa panas tapi bukan demam. Takada rasa lapar cuma sakit tangan sampai dua hari. Hari ketiga dah pulih. Memang macam tu kut kesan untuk penerima vaksin Pfizer.
Sekian sahaja perkongsian vaksin untuk dos pertama sebagai perkongsian & memori. Anda bagaimana pula❓ Macam mana dengan anda ❓
Stay safe everyone ❗
Thanks for reading my blog entry 💏 Really appreciate.
Fb🔌 fb.me/claracancer
Fb📲 pages fb.me/liahasty
IG📸 instagr.com/liahasty
Tweet 🐦 twitter.com/liahasty
YouTube 🎥 youtube.com/liahasty
0 inspiration