Azuki Bar, aiskrim Jepun terkenal yang halal dari JONETZ by DON DON DONKI

October 01, 2021

PELANCARAN BARU ! 

JENAMA AISKRIM JEPUN TERKENAL KINI DIPERAKUI HALAL !

ONJONETZ oleh DON DON DONKI menjadi gedung pertama yang melancarkan perubahan ini di dunia〜

Kuala LumpurJONETZ by DON DON DONKI mengumumkan pelancaran Azuki Bar, jenama aiskrim Jepun terkenal yang disahkan halal kini boleh didapati di gedungnya di LOT 10, Kuala Lumpur. Di samping itu,JONETZ by DON DON DONKI adalah gedung runcit pertama yang melancarkan jenama ini di dunia.

Azuki Bar, ais krim tradisional Jepun yang digemari ramai diperbuat daripada kacang merah Azuki oleh konfeksi terkenal, Imuraya Group dengan jualan lebih daripada 292 juta batang di seluruh dunia pada tahun 2020. Pencuci mulut asli Jepun ini kini diperbuat daripada bahan-bahan yang diperakui halal, yang diluluskan oleh JAKIM dan akan dilancarkan sebagai aiskrim halal pertama yang disahkan Halal di Malaysia. Dihasilkan sesuai dengan selera rakyat Malaysia; Azuki Bar dibuat khusus menggunakan resipi asli Jepun dengan bahan-bahan yang dipilih dengan teliti. Ia juga mempunyai tekstur yang tidak mudah cair, membolehkan pelanggan menikmati ais krim ini lebih lama.


Azuki Bar dijual pada harga RM4.50 dan boleh didapati dalam tiga perisa yang lazat - Kacang Merah, Matcha dan Susu. Menggunakan bahan-bahan terbaik, varian kacang merah adalah klasik, menawarkan rasa Jepun yang asli. Perisa Matcha adalah kegemaran ramai dan disaluti Uji matcha premium dari Kyoto dengan inti kacang merah Azuki yang lazat. Manakala perisa Susu adalah kombinasi sempurna susu berkrim yang diadun bersama kacang merah Azuki.

Bersempena dengan pelancaran jenama ini, JONETZ by DON DON DONKI  mengadakan tawaran masa terhad di mana pelanggan boleh menikmati promosi "beli 1, percuma 2" dari 30 September hingga 3 Oktober di gedung ini.

Pada pelancaran JONETZ by DON DON DONKI  pada bulan Mac 2021, Presiden, Pan Pacific Retail Management (Malaysia), Satoshi Machida, berjanji kepada rakyat Malaysia bahawa gedung ini akan memperluas rangkaian produknya yang mesra Muslim untuk membolehkan pelanggan berbelanja tanpa was-was. Pada masa ini, bahagian daging yang mengkhususkan daging lembu dan wagyu Jepun telah diperakui halal.

MAKLUMAT GEDUNG

📍 Nama:
JONETZ by DON DON DONKI 

📍 Waktu Perniagaan:
8 00 pagi hingga 10 malam dengan garis panduan SOP yang ketat.

📍 Alamat:
G8-G11, F8-F18 and S8-S16, Ground, First and Second Floor, Lot 10 Shopping Centre, 50, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia

📍 Pengangkutan:
Laluan KL Monorail Stesen Bukit Bintang, MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang

📍 Keluasan ruang jualan:
23,476 kaki persegi

📍 Struktur Bangunan: 
Gedung terletak di tingkat 1 hingga 3 

📍 Produk:
Makanan, (Hasil, Ikan, Daging Lembu, Delikatesen), Kosmetik, Barangan Am, Barangan Sukan, Permainan, Barangan Haiwan Peliharaan dan lain-lain.


Lot 10 adalah pusat beli-belah terunggul di Kuala Lumpur dengan fesyen, makanan dan gaya hidup untuk menawarkan keseronokan dan kreativiti  kepada penduduk tempatan dan pelancong untuk BERTEMU. BERLIBUR #LOVELOT10

Memperluaskan eksport produk pertanian Jepun

PPIH Group telah mewujudkan perkongsian "Pan Pacific International Club (PPIC)" yang bertujuan untuk memperluaskan eksport produk pertanian Jepun bersama-sama dengan pengeluar. Ahli PPIC boleh berdagang secara langsung dengan kumpulan PPIH dan/atau bertemu dengan kerap yang akan menyumbang kepada sumber jualan konsisten dan/atau harga yang stabil yang tidak terjejas oleh cuaca dan sebarang perubahan persekitaran yang lain.

Gedung PPIH Group di luar negara (Setakat 30 September 2021)

Amerika Syarikat 65 gedung, Singapura 10 gedung, Thailand 2 gedung, Hong Kong 8 gedung dan Taiwan 1 gedung, Malaysia 1 gedung, Macau 1 gedung.

Laman web rangkaian PPIH Group 👉 https://ppih.co.jp/en/search/

Tentang Pan Pacific International Holdings Group (dahulunya Don Quijote Group)

PPIH Group adalah rangkaian runcit diskaun Jepun yang terkenal. Ia mempunyai lebih 400 gedung "Donki" di Jepun, 28 buah di Hawai dan 37 buah di California. Kumpulan PPIH kini berkembang ke Asia Tenggara sebagai 'DON DON DONKI'. Ia menjalankan aktiviti perniagaan berdasarkan tiga teras iaitu kemudahan, diskaun dan hiburan, dengan falsafah korporat "keperluan pelanggan menjadi keutamaan". Ia dikendalikan oleh Asia-Pacific Pan Pacific Retail Management.


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community