Jom nikmati Seafood Galore Buffet Dinner di The Light Hotel Pulau Pinang
October 27, 2021Salam dan Hai semua,
Setelah berbulan-bulan tak merasa makan hidangan bufet di hotel, memang terasa rindu bukan makan dengan pilihan hidangan yang banyak. Mana taknya kita dah lama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Sekarang kerajaan dah umumkan boleh rentas negeri dan Malaysia sudah masuk ke fasa endemik.
The Light Hotel Pulau Pinang tak lepaskan peluang menjalankan bufet dengan menyediakan pelbagai jenis makanan untuk tetamu yang berkunjung ke sini. Hotel ini telah mulakan bufet pada 18 Oktober yang lepas dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Mesti lagi ada yang risau untuk menjamu selera secara bufet di hotel bukan❓
Jangan risau The Light Hotel Pulau Pinang menetapkan para tetamu yang datang wajib lengkap dua dos vaksinasi. Untuk kanak-kanak di bawah umur, ibubapa mereka juga wajib lengkap vaksinasi. The Light Hotel Pulau Pinang juga mengehadkan pelanggan dalam satu masa dimana hanya boleh memuatkan 80 orang sahaja dalam satu masa. Dimana kapasiti restoran ini pada asalnya boleh muat 200 orang disebabkan ada jarak fizikal 1 meter setiap meja.
Seperti biasa, jangan lupa untuk sentiasa memakai mask, scan apps MySejahtera, jaga jarak fizikal, aplikasi hand sanitizer setiap kali masuk ke hotel ini. Untuk beratur mengambil makanan pula, tetamu diwajibkan memakai sarung tangan plastik yang disediakan dan juga pakai mask. Jarak juga ditetapkan untuk para tetamu beratur berpandukan sticker yang ada di lantai. Mask dan sarung tangan hanya dibenarkan dibuka ketika menjamu selera di meja masing-masing sahaja.
Sajian & Menu yang disajikan sempena 'Seafood Galore Buffet Dinner' di The Light Hotel Pulau Pinang
The Light Hotel Pulau Pinang menyediakan pelbagai menu pilihan bermula dari Salad & Appetiser, Soup, Selection of Breads, Seafood on Ice, Carving- Grill Station, Live Action, Main Dish, Dessert & Minuman.







Harga bufet 'Seafood Galore Buffet Dinner' di The Light Hotel Pulau Pinang
0 inspiration