ASCOTT MELANCARKAN SKY RESIDENCE PRAI, PANGSAPURI SERVIS PERTAMA DI PULAU PINANG

November 11, 2021

 ASCOTT MELANCARKAN SKY RESIDENCE PRAI, PANGSAPURI SERVIS PERTAMA DI PULAU PINANG.

Promosi pembukaan bermula dari RM169 semalam untuk ahli Ascott Star Rewards.

ASCOTT MELANCARKAN SKY RESIDENCE PRAI, PANGSAPURI SERVIS PERTAMA DI PULAU PINANG

Pulau Pinang, 10 November 2021 – Unit perniagaan penginapan milik penuh CapitaLand Investment, The Ascott Limited (Ascott) melancarkan pangsapuri servis pertamanya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang iaitu Sky Residence Prai. Ia juga merupakan hartanah operasi ke-9 di Malaysia yang menawarkan hospitaliti bertaraf dunia kepada tetamu domestik dan antarabangsa. Pembukaan Sky Residence Prai mengukuhkan lagi kedudukan Ascott di Malaysia yang kini memiliki lebih 6,700 unit di 26 hartanah di 11 ibu kota.

ASCOTT MELANCARKAN SKY RESIDENCE PRAI, PANGSAPURI SERVIS PERTAMA DI PULAU PINANG.
📌Lobby

Sky Residence Prai terletak dalam jarak berjalan kaki ke Icon City serta Juru Sentral dan berdekatan dengan kebanyakan perusahaan tempatan dan antarabangsa memberikan kemudahan akses rangkaian lebuh raya termasuk lebuh raya Utara Selatan dan Lebuhraya Butterworth-Kulim. Selain itu, perkhidmatan ulang-alik percuma di sekitar Bukit Mertajam juga disediakan untuk para tetamu.

ASCOTT MELANCARKAN SKY RESIDENCE PRAI, PANGSAPURI SERVIS PERTAMA DI PULAU PINANG.

📌Lounge

Encik Mondi Mecja selaku Country General Manager bagi Ascott Malaysia, berkata: “Sky Residence Prai merupakan pangsapuri servis antarabangsa yang pertama dan satu-satunya di Pulau Pinang, direka bagi memenuhi keperluan ahli perniagaan dan pelancong. Ascott baru-baru ini telah dianugerahkan gelaran ‘Leading Serviced Apartment Brand’ di Asia dan Malaysia di bawah World Travel Awards 2021 memberi penghormatan kepada reputasi jenama kami yang kukuh berserta kecemerlangan operasi. Dalam tempoh enam tahun yang akan datang, Ascott merancang untuk membuka 15 hartanah lain seperti di Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Pulau Pinang, Melaka, Miri dan Kota Kinabalu. Ini termasuk Ascott Gurney Penang, Ascott Star KLCC Kuala Lumpur dan hartanah coliving Ascott pertama di Malaysia iaitu lyf Raja Chulan Kuala Lumpur yang dijadualkan pembukaannya dalam tahun 2022. Kami sangat mengalualukan para tetamu untuk datang dan merasai perkhidmatan terbaik dari Ascott.

ASCOTT MELANCARKAN SKY RESIDENCE PRAI, PANGSAPURI SERVIS PERTAMA DI PULAU PINANG.

ASCOTT MELANCARKAN SKY RESIDENCE PRAI, PANGSAPURI SERVIS PERTAMA DI PULAU PINANG.

📌Living Room

Sky Residence Prai menawarkan 168 unit kontemporari dari studio hingga pangsapuri dua bilik tidur. Pangsapuri serba lengkap ini mempunyai ruang dalaman yang moden, luas dan selesa. Di Sky Residence Prai, tetamu mencapai gaya hidup yang seimbang dimana ia menyediakan ruang kediaman yang sesuai untuk bekerja dan berehat dalam menjalani rutin harian.

ASCOTT MELANCARKAN SKY RESIDENCE PRAI, PANGSAPURI SERVIS PERTAMA DI PULAU PINANG.

📌Master Bedroom

Tempat penginapan ini juga menawarkan pelbagai kemudahan tempat rekreasi bagi penghuni pangsapuri berehat dan menyegarkan diri seperti lounge, gazebo, kolam renang infiniti, jakuzi dan ruang bersenam di aras 8 dan 39 bagi penghuni pangsapuri.

ASCOTT MELANCARKAN SKY RESIDENCE PRAI, PANGSAPURI SERVIS PERTAMA DI PULAU PINANG.

📌Bathroom

Selain Sky Residence Prai, Ascott turut mengendalikan Ascott Kuala Lumpur, Ascott Sentral Kuala Lumpur, Somerset Kuala Lumpur, Somerset Damansara Uptown Petaling Jaya, Somerset Medini Iskandar Puteri, Citadines DPulze Cyberjaya, Citadines Uplands Kuching dan FOX Lite Hotel DPulze Cyberjaya.

Kadar promosi pembukaan bermula dari RM169 semalam untuk ahli Ascott Star Rewards.

Bagi meraikan pembukaan Sky Residence Prai, dapatkan keahlian program kesetiaan Ascott Star Rewards (ASR) secara percuma. Harga bagi Studio Premier bermula daripada RM169 semalam. Promosi bermula dari sekarang hingga 31 Mac 2022. Tetamu boleh mendaftar untuk keahlian ASR di sini. Untuk pertanyaan dan tempahan, sila layari www.discoverasr.com, hubungi 604 566 2388 atau emel reservation.penang@the-ascott.com

Mengenai The Ascott Limited

Ascott Limited (Ascott) merupakan sebuah syarikat Singapura yang telah berkembang menjadi salah satu pengendali pemilik penginapan antarabangsa terkemuka. Portfolio Ascott merangkumi lebih 200 bandar merentasi lebih 30 negara di Asia Pasifik, Asia Tengah, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Syarikat.

Ascott mempunyai lebih daripada 73,000 unit yang telah beroperasi dan lebih 54,000 unit sedang dibangunkan, menjadikan jumlah keseluruhan lebih daripada 127,000 unit di 790 hartanah.

Jenama pangsapuri servis, coliving dan hotel termasuk Ascott The Residence, The Crest Collection, Somerset, Quest, Citadines, lyf, Préférence, Vertu, Harris, Citadines Connect, Fox, Yello, Fox Lite dan POP❗

Ascott Star Rewards menawarkan faedah eksklusif kepada ahlinya apabila tempahan dibuat terus melalui Ascott untuk penginapan yang mengambil bahagian dalam program kesetiaan.

Ascott, anak syarikat milik penuh CapitaLand Investment, mempelopori pangsapuri servis kelas antarabangsa yang pertama di Asia Pasifik dengan pembukaan The Ascott Singapore pada tahun 1984. Kini, syarikat tersebut mencapai rekod prestasi selama lebih 30 tahun dan memenangi anugerah yang mendapat pengiktirafan di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.discoverasr.com


🚩Anda juga boleh membaca entry blogpost yang lain untuk entry Sky Residence Prai, di sini 👇



Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi :

Sky Residence Prai

📪 G-01, Menara Sentral, Jalan Juru Sentral, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Per
Tel: +60 4 566 2388
Email: enquiry.penang@the-ascott.com

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community