✨GRAND OPENING DR KO DERMACEUTICAL DI GURNEY PLAZA PENANG✨
Pada 5 Disember 2021 yang lepas, Lia dapat jemputan ke Grand Opening Dr Ko Dermaceutical yang telah telah buka cawangan yang ke -4 di mall terkemuka di Gurney Plaza, Pulau Pinang. Ini juga adalah cawangan yang pertama di Utara Malaysia.
Acara bermula seawal jam 12.00 tengah hari dengan upacara perasmian & juga tarian naga. Suasana meriah dengan bunyi peralatan muzik tarian naga disaksikan para pengunjung, kakitangan dan juga orang awam yang lalu lalang. Terdapat juga sumbangan bunga ucapan tahniah di luar kedai.
Sesi bergambar bersama founder Dr Ko, para doktor dan juga kakitangan terlatih. Tak lupa juga kakitangan marketing yang banyak membantu mempromosi Dr Ko Skin Specialist & Dr Ko Dermaceutical. Thanks juga kepada Farah yang banyak membantu Lia sepanjang rawatan Dr Ko.
Sebelum ini Lia hanya membeli secara atas talian di laman web drkoskincare.com ataupun akan beli selepas rawatan kulit wajah di klinik Dr Ko Skin Specialist cawangan Juru. Sekarang tak payah susah lagi sambil shopping tengok wayang di mall Gurney Plaza, boleh singgah beli produk Dr Ko Dermaceutical
Sesiapa yang berminat nak beli rangkaian produk Dr Ko Dermaceutical boleh singgah di unit 170-03-57, Tingkat 3, Gurney Plaza (bersebelahan dengan Brands Outlet). Kawasan yang sangar strategik & boleh lihat signboard terpampang berwarna biru.
Anda masuk menjejaki kaki ke cawangan Dr Ko Dermaceutical Gurney Plaza, anda akan lihat dekorasi kedai yang teratur dan kemas. Produk semua disusun rapi mengikut kategori. Anda akan disambut mesra dengan kakitangan terlatih di sini.
Untuk pengetahuan anda, produk Dr Ko Dermaceutical dibahagikan kepada beberapa kategori :
👉Dermax Clinicare
👉KO Dermacare
👉Kiss Mineral
👉3 series
👉Supplement
Kategori ini juga bersesuaian mengikut jenis & masalah kulit seperti normal, dry skin, kombinasi, oily skin, jerawat, sensitif, dull & aging.
Tak tahu nak pilih produk mana yang sesuai dengan wajah ❓
Anda jangan risau kt sini ada kakitangan 👩🎓 terlatih mengenai produk mereka. Hanya tunjuk wajah anda & bagitau masalah kulit anda, mereka boleh nasihatkan anda produk mana yang sesuai & perlu ambil dengan kulit wajah anda.
Kalau macam Lia masalah kulit kombinasi dry skin & oily skin. Pastu tak cukup tidur ada dark circle sikit. Pastu sebab meningkat usia ada pigmentasi sedikit. So ada staff yang nasihatkan beberapa produk yang sesuai dengan kulit wajah Lia.
Sekarang anda beli produk Dr Ko Dermaceutical juga anda boleh dapat membership card 💳 dimana anda boleh purchase next produk dengan 5% off, collect point and redeem RM10 untuk setiap 100 point 🎫 & birthday privilege 🎁 jika pembelian RM250 ke atas akan dapat rawatan GSP / Silkpeel bernilai RM480 dn voucher diskaun RM50🎟️
So tunggu apa lagi, jom beli produk Dr Ko Dermaceutical sekarang❗ Mana tau anda dapat packaging produk anda dalam kotak cantik sempena Krimas.
Boleh kunjungi cawangan di alamat berikut :
Dr Ko Dermaceutical
📮 Alamat : Gurney Plaza, 170-03-57, Persiaran Gurney, 10250 George Town, Pulau Pinang
⌚Waktu Operasi : 10 pagi hingga 10 malam
🚩Buka setiap hari
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman web & media sosial :
Dr Ko Dermaceutical
📎 Laman web : https://drkoskincare.com/
📎 Facebook : www.facebook.com/drkodermaceutical/
📎 Instagram : @drkodermaceutical
Dr Ko Skin Specialist
📎 Laman web : www.koskinspecialist.com/
📎 Facebook : www.facebook.com/koskinspecialist/
📎 Instagram : @drkoskinspecialist
#drkodermaceutical #klinikdrko #drkopenang #drkospecialist #drkotreatment #liahastydotcom #penangblogger #lifestyleblogger
0 Comments