Salam & Hai semua 🙋
Sempena bulan April tahun 2022 ataupun bulan Ramadan 1443 Hijrah akan datang, Lia akan berkongsikan mengenai bufet sekitar hotel di Pulau Pinang.
Entry kali ini Lia nak berkongsikan lokasi makan malam untuk berbuka di salah sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang. Lokasi bufet ramadan tersebut di Mercure Hotel Penang Beach beralamat di 505, Jalan Tanjung Bungah, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Nikmati Bufet Retro Ramadan di Ombak Mercure Penang Beach
SOP diamalkan seperti biasa jangan lupa untuk sentiasa memakai mask, scan apps MySejahtera, jaga jarak fizikal, aplikasi hand sanitizer setiap kali masuk ke hotel ini. Untuk beratur mengambil makanan pula, tetamu diwajibkan memakai sarung tangan plastik yang disediakan dan juga pakai mask. Hanya dibenarkan dibuka ketika menjamu selera di meja masing-masing sahaja.
KEMBARA NOSTALGIA RETRO RAMADAN DI OMBAK❗
👉 Dari 6hb April 2022 – 1hb Mei 2022, 7pm
👉 RM88 nett (dewasa) & RM50 nett (kanak-kanak usia 6 – 12 tahun)
👉 20% diskaun untuk tempahan awal Early Bird bookings sebelum 5hb April 2022. Jom nikmati sesi iftar menarik ini bersama keluarga dan teman-teman.
Untuk tempahan, sila hubungi 604-371 8706 atau di talian utama 604-371 8888.
PROMOSI RAMADAN & RAYA
☑ DULANG TAKEAWAY
📎 Semarakkan kemeriahan bulan Ramadan dengan Dulang Takeaway untuk dinikmati dalam suasana selesa di rumah pada harga RM88 nett. Pilihan hidangan utama dari dapur Ombak termasuk manisan untuk santapan bersama keluarga atau taulan di kediaman.
📎 Sesuai untuk pemberian sempena Syawal nanti, Mercure menampilkan bakul hadiah istimewa bernilai RM68 nett yang mengandungi snek tempatan serta biskut raya pilihan. Tempahan bermula 3hb April 2022 untuk pengambilan mulai 20hb April 2022 hingga 1hb May 2022.
☑ SAHUR SELECTION
☑ 1 + 1 RAMADAN ROOM DEAL
☑ BALIK KAMPUNG ROOM DEAL
Hidangan aneka selera tradisi dan klasik, resipi turun-temurun sajian sepanjang bulan untuk sesi berbuka puasa oleh barisan Chef dari dapur Melayu Ombak.
Mercure Hotel Penang Beach menjemput anda untuk menikmati jamuan iftar dengan lebih 100 menu istimewa dari dapur Ombak. Rasai bufet berbuka puasa bertemakan Retro Ramadan yang merangkumi sajian kegemaran ramai serta santapan pilihan termasuk hidangan panggang hinggalah manisan menarik berlatarkan pelbagai dekorasi mengimbau nostalgia lama.
Anda boleh bersantap dengan penuh bergaya berlatarkan alunan ombak pantai sambil menikmati sajian dari aneka warung termasuk murtabak Mercure, rojak, kuey teow goreng, laksa, ais kacang, cendol, bermacan jenis bubur termasuk bubur lambuk yang sinonim dengan bulan Ramadan. Hamparan sajian tradisi ini dihasilkan setiap oleh team Chef Halim, Chef Jamal dan Chef Hairie serta sokongan oleh Chef Eksekutif menyajikan hidangan tempatan.
Selain bersantap pelbagai pilihan menu, mengimbau kenangan Ramadan, pengalaman tetamu Ombak akan turut diwarnai dengan suasana meriah konsep Retro. Selain itu, restoran yang berdepan dengan laut ini akan turut mendendangkan muzik klasik dari era 50-an ke era 90-an.
📌Ulam Raja, Timun,Bendi, Petai,
Jantung Pisang, Kacang Botol,
Daun Pegaga, Jering, Tomato, Kobis
Sambal Sambal Melayu
📌Sambal Belachan, Sambal Tempoyak
Sambal Mangga, Sambal Kicap Pedas
Budu, Cencaluk, Air Asam
Keropok Keping
📌Keropok Ikan, Keropok Sayur, Keropok Udang
Aneka Jeruk
📌Jeruk Betik, Jeruk Manga Muda, Jeruk Kendodong, Jeruk Bawang Putih, Jeruk Cermai, Jeruk Jambu Batu, Jeruk Asam kelubi, Jeruk Buah Pala
Warung Rojak Buah
📌Kambing Panggang, Daging Panggang, Ayam Panggang, Sosej Panggang
📌Sos Cendawan, Sos Lada Hitam, Air Asam, Sos Pudina
Warung Murtabak Ayam
Warung Asam Laksa
Warung Piza
Warung Bubur Lambuk
Warung Koay Teow Goreng
Warung Ais Kacang & Cendol
Selera Utama
📌Terung Bakar Bersambal
Warung Bubur
📌Bubur Gandum
Warung Pemanis Mulut
📌Aneka Kek
📌Puding Roti
📌Sago Gula Melaka
Warung Buah– Buahan
📌Ais Anggur, Ais Bandung, Ais Cincau, Ais Sirap Selasih, Teh Tarik
Harga Bufet Retro Ramadan di Ombak Mercure Penang Beach
Untuk tempahan, sila hubungi atau whatapp di +604 371 8888 🤙
Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:
🏨 Mercure Hotel Penang Beach
📫 505, Jalan Tanjung Bungah, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
📞 Tel : 04-371 8888
📎 Instagram : www.instagram.com/mercurepenangbeach/?hl=en
0 Comments