Salam & Hai semua🙋
8 Mei 2022, sis Lia berkesempatan Big Bad Wolf Books mengunjung pada hari terakhir event The Big Bad Box Sale 📦📚 di Lotus’s Tanjung Pinang, Pulau Pinang. Maklumat event ini berlansung seanjang minggu raya, & sibuk beraya di kampung, bila dah pulang ke Penang baru ada masa nak pergi.
Sebelum ini tak ada event disebabkan pandemik & hanya membeli buku secara atas talian. Tahun ini dapat sambutan hangat oleh penduduk Pulau Pinang. Sampai Ke Lotus Tanjung Pinang, di tempat parkir kereta di groudn floor dah boleh nampak event Big Bad Wolf Books sedang berlansung.
Jualan ‘The Big Bad Box Sale – Midnight Madness’ telah dibuka selama 14 jam dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam di tempat letak kereta Lotus Tanjung Pinang di Tanjung Tokong selama 11 hari bermula dari 28 Mei hingga 8 Mei, 2022.
Memang jimat sebab semalam sis grab kotak saiz "kecil" hanya RM99.90 sempena The Big Bad Box Sale 📦📚. Beli satu box pastu susun & sumbat buku mana berkenan semuat yang boleh. Kalau kotak bersaiz besar dengan harga RM119.90 sahaja.
Selepas dapatkan kotak di kaunter juruwang, pelanggan boleh terus tolak troli membeli-belah dan disambut oleh lautan buku pelbagai judul daripada buku kanak-kanak, fiksyen dan bukan fiksyen untuk semua peringkat umur untuk dibawa pulang.
Selesai habis pilih buku, dah penuh satu kotak terus pergi kaunter Checkout, ada staff yang akan tolong seal kotak kita.
Banyak sangat pilihan buku yang ada. Sampai confuse nak pilih mana satu. Boleh rambang mata macam ni. Berjam-jam nak pilih buku pun. Sis grab a few buku masakan, agama, quote & buku kanak-kanak untuk anak buah.
Harap Big Bad Wolf Books akan datang lagi ke Penang pada masa akan datang✌️
Big Bad Wolf Books
0 Comments