Produk Kebersihan Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding untuk Mengurangkan Penyebaran Penyakit HFMD
July 18, 2022Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding untuk Mengurangkan Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
SHAH ALAM, 27 Jun, 2022 – Sementera Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) mengalami penurunan di Malaysia dengan 106,477 kes dilaporkan sehingga 18 Jun 2022, ia masih meningkat kira-kira 39 kali ganda berbanding 2,710 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, menurut laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia.
Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) adalah penyakit yang biasanya dijangkiti oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun👶, namun orang dewasa dan kanak-kanak yang umur lebih tinggi juga akan menghadapi risiko.
HFMD amat mudah merebak, dan pusat penjagaan kanak-kanak👦👧 adalah tempat yang paling mudah untuk menjangkiti HFMD disebabkan oleh latihan ke tandas🚽, penukaran lampin serta kanak-kanak sering memasukkan tangan mereka ke dalam mulut.
Apakah yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa👨👩 untuk melindungi si kecil👶❓
Dalam memerangi HFMD bersama-sama ibu bapa Malaysia, Antabax, jenama penjagaan diri antibakteria Halal yang terkemuka di Malaysia bekerjasama dengan R.E.A.L Kids, rangkaian tadika yang dikendali oleh pemilik terbesar di negara ini dengan 45 pusat dan 3,600 pelajar di seluruh negara melengkapkan pelajar, guru dan kakitangan dengan set penjagaan Antabax bagi kelengkapan kebersihan diri, dan bahan pendidikan kreatif untuk meningkatkan kefahaman berkaitan hal yang boleh dan tidak boleh tentang HFMD.
“Sebagai jenama terkemuka dalam kebersihan dan sanitasi untuk pengguna, Antabax komited dalam menyediakan pendidikan dan akses berterusan untuk meningkatkan tabiat serta bersama-sama mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan bersih. Penjagaan diri dan kebersihan yang baik terutamanya kebersihan tangan boleh membantu mencegah penularan HFMD. Melalui penyelesaian produk Antabax, kami percaya bahawa ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendidik kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat permbersihan tangan sebelum dan selepas makan, serta sebelum dan selepas ke tandas, selepas aktiviti berkumpulan atau menyentuh permukaan yang kurang bersih, dan elakkan berkongsi atau menyentuh kanak-kanak lain, berkongsi botol air, makanan atau mainan. Sediakan cecair pembasmi kuman dan tunjukkan cara penggunaan kepada anak anda, dan juga masa bila menggunakannya! Kami selamat dengan tangan yang bersih,” ujar Chua Su Fee, Pengurus Pemasaran dari Antabax. Beliau seterusnya berkata aktiviti ini hanyalah permulaan komitmen jangka panjang Antabax untuk terus menyumbang dan membawa impak positif kepada keluarga Malaysia.
0 inspiration