Kafe Unik dan Kreatif Cafe Takdak Nama, Bayan Lepas Penang

October 15, 2022

   Salam dan Hai semua 👋🙋

Entry kali ini, sis Lia nak berkongsikan salah satu restoran/kafe unik dan kreatif Cafe Takdak Nama yang merupakan salah satu pilihan untuk menjamu selera. 

Kafe Unik dan Kreatif Cafe Takdak Nama, Bayan Lepas Penang

 Boring dah nak dinner menu nasi, nak try makan western pulak ❗❓ Jom sis nak ajak makan western di salah satu kafe yang sangat unik & kreatif - Cafe Takdak Nama cawangan Bayan Lepas Pulau Pinang.

Kafe Unik dan Kreatif Cafe Takdak Nama, Bayan Lepas Penang

Cafe Takdak Nama beralamat di  No. 2A, Persiaran Mahsuri 2, Bandar Sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Untuk anda yang memandu kereta, jangan risau terdapat banyak parking lot MBPP yang ada di luar sana. 

Kafe Unik dan Kreatif Cafe Takdak Nama, Bayan Lepas Penang

Cafe Takdak Nama ini sangat sesuai untuk  yang ingin menjamu selera bersama pasangan, orang tersayang, keluarga, kawan-kawan & juga rakan sepejabat. Sangat sesuai untuk sambutan hari jadi, dan sebagainya.

Cafe Takdak Nama beroperasi setiap hari dan hanya tutup pada setiap hari Isnin. Waktu operasi bermula pada 5.00 petang hingga 12.00 malam.

Dekorasi Cafe Takdak Nama

Dekorasi Cafe Takdak Nama ini sangat unik & kreatif, kenapa ❓ 

Kafe Unik dan Kreatif Cafe Takdak Nama, Bayan Lepas Penang

Kafe Unik dan Kreatif Cafe Takdak Nama, Bayan Lepas Penang

Kafe Unik dan Kreatif Cafe Takdak Nama, Bayan Lepas Penang

Kafe ni ada tempat duduk bertingkat bahagian atas & bawah. Double decker seater. Kalau makan berdua atau berempat boleh duduk kat sini. Nak makan kat atas atau bawah pun boleh.



Kalau datang ramai 6 orang ke atas boleh duduk meja lain di bahagian bawah.

Cafe Takdak Nama sangat bersih dan selesa untuk para pengunjung yang datang di sini. Walaupun saiz restoran tampak kecil tetapi dapat menampung pelanggan 30 hingga 40 orang dalam satu masa. 

Kafe Unik dan Kreatif Cafe Takdak Nama, Bayan Lepas Penang

Kafe Unik dan Kreatif Cafe Takdak Nama, Bayan Lepas Penang



Kafe ini berkonsepkan kafe minimalis estetik, simple & menarik. Dekorasi dan susunan perabot bersesuaian dan berpadanan di dalam restoran ini. Tidak nampak begitu sarat dan padat berpadanan dengan konsep. 


Meja di luar kafe juga turut disediakan.

Sajian & Menu di Cafe Takdak Nama

Memang banyak menu yang ada kat sini, antaranya- Appetiser🍞, Pasta, Poultry, Meat 🥓, Fish , Add On, Burger & Drink 🍻 Bukan sahaja kafe ada kelainan, nama menu makanan pun unik & kreatif.

Kafe Unik dan Kreatif Cafe Takdak Nama, Bayan Lepas Penang
Sis dah cuba beberapa menu menarik kat sini, antaranya : 

Appetiser
Kafe Unik dan Kreatif Cafe Takdak Nama, Bayan Lepas Penang
📌 Chicken Wings 3 pcs 🍗

Pasta
Kafe Unik dan Kreatif Cafe Takdak Nama, Bayan Lepas Penang
📌 Pomodoro Mussel Pasta 🍝

Burger
Kafe Unik dan Kreatif Cafe Takdak Nama, Bayan Lepas Penang
📌 Grill Chicken Burger 🍔

Meat
Kafe Unik dan Kreatif Cafe Takdak Nama, Bayan Lepas Penang
📌 Fried Lamb Buttermilk 🍖

Drink
Kafe Unik dan Kreatif Cafe Takdak Nama, Bayan Lepas Penang
📌 No Name Ice milk 🥛

Kafe Unik dan Kreatif Cafe Takdak Nama, Bayan Lepas Penang
📌 Straw Hat Berry Mocktails 🥤

Makan kat sini portion pun besar & yang penting sedap & kenyang❗ Harga pun berbaloi 💰
Hangpa boleh pi try kat cawangan terdekat Cafe Takdak Nama. Untuk orang Penang boleh pi try cawangan Bayan Lepas Pulau Pinang

Selamat Mencuba❗

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi:

📫 Cafe Takdak Nama
📎 Facebook : https://www.facebook.com/cafetakdaknama/
📎 Instagram : https://instagram.com/cafetakdaknama

#cafetakdaknama #cafetakdaknamapenang

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community