Sidang Media Rockin Arena Penang Lagenda Rock Tanahair Search

October 31, 2022

SEARCH KONSERT ROCKIN’ ARENA TOUR 2022/23 DI PULAU PINANG 


Pada 26 Oktober 2022 yang lepas, sis Lia dapat jemputan ke Sidang Media Rockin Arena Penang bertempat di Spice Cafe, Setia Spice Convention Centre, Bayan Lepas Pulau Pinang. Satu jemputan sangat bermakna bersama kumpulan Lagenda Rock TanahairSearch di mana dapat berjumpa & bersemuka. Sebelum ini hanya melihat kaca televisyen & mendengar lagu mereka di radio dan saluan lain.

Sudah sekian lama tak ada konsert diadakan di sini selepas Covid 19 menjelma hampir 2 tahun. Kini Lagenda Rock Tanahair, Search kini kembali mengegarkan Setia Spice Arena Pulau Pinang dalam satu konsert istimewa Rockin’ Arena Penang Live N Louder yang bakal berlangsung pada 24 Disember 2022.


Nama kumpulan tidak perlu Search diperkenalkan lagi dimana kumpulan ini sudah cukup popular dikalangan rakyat Malaysia. Kebanyakkannya peminat muzik rock akan selalu mengidolakan kumpulan ini sebagai Search idola mereka malah turut menyanyikan lagu mereka. Bahkan juga kumpulan Search sudah bertahun lama bertapak dalam arena muzik tanah air kita.

Kejayaan Konsert Search Rockin’ On Rooftop dibumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur, 11 Jun lalu memberi inspirasi dan tarikan buat Search Rock Station dan Suria Travel dengan kerjasama Northwind Intellec Sdn Bhd untuk menganjurkan konsert berskala besar di Pulau Pinang.

 
Lebih membanggakan Rockin’ Arena Penang Live N Louder turut dibantu Home of Champions, 57 Studio, Persatuan Anak Seni Pulau Pinang, Suria Rock Stations (SRS), CODA, Mercikkk.Com, Firefly dan Setia Spice selaku rakan kerjasama.

 Sekalung perhargaan buat Pejabat Exco Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan (PETACH) mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas sokongan yang diberikan untuk penganjuran konsert ini. 

Bagi Datuk Ismail Hj Jusoh selaku orang kuat Rockin’ Arena Penang memberitahu konsert bertaraf antarabangsa ini dibawa sebagai satu medium jaringan dan tarikan buat Pulau Pinang sebagai ‘Destinasi Live Concert’ di Asia. 



“Saya amat berbangga kerana dapat membawa Search ke Pulau Pinang dan pastinya kehadiran Denden Gonjalez (penyanyi), Noordin (gitar), Kid (gitar), Yan (bass) dan Minn (dram) serta pemain keyboard undangan, Firdaus menarik kehadiran peminat musik rock tanahair khususnya di Wilayah Utara.

Kita mensasarkan lebih 10,000 penonton akan hadir dan sesuatu yang istimewa akan diberikan buat peminat setia Search yang setia menyokong dari dulu hingga kini,” katanya ketika sidang media di Setia Spice Arena di sini hari ini. 



Ismail berkata, perhargaan ini diberikan kepada Firefly selaku Penerbangan Rasmi apabila turut mempromosikan Konsert Rockin’ Arena Penang dengan menawarkan pakej istimewa termasuk tiket penerbangan dan tiket konsert.

Search juga dijangka memainkan 20 hingga 22 lagu dalam konsert ini nanti dan pastinya kejayaan Konsert Rockin On RoofTop di Kuala Lumpur akan berulang di Pulau Pinang pula sebelum meneruskan siri konsert di Aeon Mall, Bandar Dato Onn, Johor Bahru pada 28 Januari 2022. 

Search juga bakal mengadakan konsert di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah namun ia masih dalam perbincangan dan pemilihan tarikh yang sesuai dan perkhabaran baik buat peminat Search di Bandung, Indonesia pada Febuari tahun depan.

Majlis bermula pada pukul 7 petang dengan ketibaan media, dif kehormat dan tetamu jemputan yang perlu berdaftar kedatangan dahulu di meja kaunter. Setengah jam kemudian ketibaan kumpulan lagenda rock tanah air Search.


Disusuli pula ketibaan YB Yeoh Soon Him, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Pelancongan & Ekonomi Kreatif (PETACE). Ucapan dimulakan dengan YBhg Dato' Ismail Haji Jusoh, merupakan Pengerusi Penganjur. Ucapan seterusnya di sampaikan oleh YB Yeoh Soon Him.

Sidang media bermula dengan sesi soal jawab media & tetamu kehormat bersama kumpulan Search.



Selepas sesi sidang media, Pelancaran Rasmi Search Rock & Roll Hall of Fame. Ada sedikit acara gimik petikan gitar Search & juga sesi tandatangan.


Kemudian sesi bergambar bersama kumpulan Search .

Kami blogger Penang juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar kumpulan Search .

Harga tiket :

Tiket Biasa - RM148 & RM198
 
Tiket premium -  RM268 & RM398 
(barangan merchandise Search, T-Shirt akan diberikan)

Tiket VIP BOX - RM 798 
(pakej merchandise, meet and greet dan post event bersama Search disediakan)


  
Tiket mula dijual pada minggu ini. 

Untuk pembelian dalam talian boleh www.fenomenasearch.com 

& untuk pembelian secara fizikal boleh didapati:

Kuala Lumpur
📍 Search Rock Station di Kompleks Campbell

Pulau Pinang
📍 Suria Travel di Kompleks Bukit Jambul
📍 The Pokok Cafe di Georgetown
📍 Northwind Intellec di Setia Spice Arena di Bayan Lepas
📍 Ruas Record Store di Georgetown
📍 D’Loovi’s di Georgetown
📍 Asiawash Autospa di Bayan Lepas

Kedah
📍 Mamu Lepak House di Kulim Kedah
📍 Monrods Restaurant di kulim  Kedah

Ipoh
Eventually Resources 

Jom dapatkan segera tiket Lagenda Rock TanahairSearch yang akan berlangsung di Disember nanti❗


You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community