Makanan Vietnam Halal Sedap di Restoran Saigon Bowl Penang

November 15, 2022

  Salam dan Hai semua 🙋

Makanan Vietnam Halal Sedap di Restoran Saigon Bowl Penang

Tak tahu nak makan apa dah kat Penang 😐 ❓❗ Bosan dah makan nasi kandar, tomyam dan lain-lain. Jom sis nak ajak korang makan menu berbeza kali iaitu makanan vietnam halal di Saigon Bowl.



Sebelum ini, sis pernah travel ke Ho Chi Minh City, dari situlah sis pernah mencuba beberapa makanan negara ini. Kadang-kadang craving juga nak makanan Vietnam, kebanyakkan restoran tak Halal. Susah nak cari Halal, nasib baik jumpa restoran Saigon Bowl. Terubat rindu❗


Untuk warga Pulau Pinang, anda boleh mencuba makanan Vietnam halal, Saigon Bowl beralamat di 20A&B, Whiteaways Arcade,Lebuh Pantai, 10300, Pulau Pinang.

Mengenai Restoran Saigon Bowl

✔️ 💯Certified Halal by JAKIM
✔️ Awesome Pho Made With Love
✔️ Vegetarian Options Available
✔️ Broth Made Fresh Daily
✔️ Imported Halal Aussie Beef
✔️ Free-Range Chicken

Our Bowl Goal

👉15 Minutes Serving Time
👉Tasty Vietnamese Food Affordable To All
👉Introduce Vietnamese Culture to all
👉Cater to All with Various Pho Options

Untuk anda yang ingin kelainan dari menu, ataupun pernah travel ke Vietnam sebelum ini, craving sangat dengan makanan negara ini boleh singgah makan di restoran Saigon Bowl ini.

Restoran Saigon Bowl  ini menyediakan menu masakan & makanan dari negara Vietnam untuk memenuhi citarasa & tekak rakyat Malaysia. Bahan & kandungan juga berkualiti diimport yang semestinya Halal.

🔗Halal Guarantee
Restoran Saigon Bowl ini disahkan Halal oleh JAKIM dengan bahan berkualiti, segar & premium. Daging Lembu Australia yang diimport kami disahkan Halal & kami hanya menggunakan ayam kampung. Kuah berperisa kami dibuat segar setiap hari.


🔗100% Imported Aussie Beef
Hanya potongan premium dan terbaik daripada pembekal daging Halal Australia untuk pengalaman yang tidak boleh dilupakan

🔗Free Range Chicken
Manjakan diri dengan ayam yang lebih kurus dan enak yang menjalani kehidupan yang lebih bahagia dan sihat menjelajah ladang dan ladang

🔗Fresh Seafood
Udang segar, sotong, kupang, kerang cukur dan bebola ikan kami memastikan pengalaman yang lazat, air garam dan Insta-worthy!

Sebab tu lah bila makan kat sini rasa macam fresh sangat daging & seafood, sebab barang yang digunakan semua berkualiti. Bila makan pun rasa puad hati & sedap.

Menu menarik di Saigon Bowl Penang


Restoran Saigon Bowl ini menyediakan pelbagai menu, antaranya : Pho Noodles (Beef, Chicken, Seafood & Vegetarian), Steamboat Pot, Rice, Kid's Meal, Snacks, Beverages, & Dessert

Steamboat Pot

📌Steamboat Pot

Craving makanan panas dan berkuah❓ Cubalah Steamboat Pot kami untuk pilihan solo dan keluarga.
Sis pilih Beef Personal Pot & pilhan kuah  Spicy Lemongrass Chicken Broth.


Ada pilihan kuah yang lain seperti di bawah.Choice of Broth:
1. Signature Chicken Broth
2. Signature Beef Broth
3. Vegetarian Broth

Signature Menu 👍

Harga : RM 32.90

Pho Noodles

📌Pho Chicken Breast with Chicken Broth


Nikmati dada ayam lembut Halal dan fotastik yang dihidangkan dalam sup ayam yang berperisa, dengan mi pilihan anda. Dihiasi dengan taugeh, daun pudina, hirisan cili, selasih Thai, ketumbar dan hirisan limau nipis.

Ingredients: 
Chicken Broth, Flat Rice Noodles (Kuey Teow), Chicken Breast, Bean Sprouts, Mint, Chili Slices, Thai Basil, Cilantro, Lime

Signature Menu 👍

Harga : RM 12.90

Snacks

📌Saigon Bowl Platter

2x Fresh Spring Roll, 2x Crispy Spring Roll, 2x Sugarcane Shrimp Cake, 2x Mayonnaise Prawn Crisp, 2x Pan-Fried Lemongrass Tofu
Harga : RM 19.90

Beverage

📌Hot Vietnamese Coffee
Served with milk.


Signature Menu 👍

Harga : RM 9.00

📌Iced Vietnamese Coffee
Served with milk.


Signature Menu 👍

Harga : RM 9.00

Dessert

📌Vanilla Pudding with Palm Sugar
(Recommended)


Signature Menu 👍

Harga : RM 6.90



Sumpah, makan di sini memang sedap & berbaloi. Berpadanan dengan harga & sangat berbaloi.




Dekorasi Restoran Saigon Bowl



Restoran mula beroperasi operasi pada tahun 2017 yang lepas.









Nampak dari luar restoran ini agak kecil, tetapi bila masuk agak luas, dengan sususan kerusi & meja yang tersusun. Dekorasi dan susunan kerusi meja sangat tersusun, sesuai juga untuk makan untuk 2, 4 & 6 orang. 




Dekorasi dalam restoran ini agak minimalis, simple & menarik berunsurkan ciri-ciri negara Vietnam dimana banyak topi sawah Vietnam yang dijadikan hiasan di sini. Malah, beberapa teko Kopi Drip Pot turut dipamerkan serta dijual untuk tetamu.



Saigon Bowl 

📍 Alamat : 20A&B, Whiteaways Arcade, Lebuh Pantai, 10300 Georgetown, Penang

☎️ Contact : +604 228 0682

📧 Email : info@saigonbowl.my

⌚ Waktu Operasi : Buka setiap hari 12 PM – 10 PM


Untuk maklumat lanjut mengenai Saigon Bowl, sila kunjungi :
📎 Laman web : https://saigonbowl.my/

#saigonbowl #ilovehalalpho

You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community