TOP Perkenal Detergen Premium dengan Teknologi 5D Colour ProTech
November 08, 2022TOP Perkenal Detergen Premium dengan Teknologi 5D Colour ProTech untuk Pengalaman Cucian yang Lebih Bersih, Terang, Menyerlahkan Warna dan Melindungi Pakaian
Menjalin kerjasama dengan Kloth Cares & Kolej Antarabangsa INTI Subang untuk Kitar Semula (Upcycle) Sumbangan Pakaian Demi Manfaat Komuniti Kurang Bernasib Baik
Kuala Lumpur, 1 November, 2022 – Kehidupan masyarakat kian kembali normal dengan peralihan negara ke arah fasa endemik. Jimatkan masa serta dapatkan kesenangan dan ketenangan minda apabila mencuci pakaian anda bersama rangkaian TOP Colour Signature yang terdiri daripada serbuk detergen premium Super Colour dan cecair detergen premium Colour Protect dengan teknologi terkini 5D Colour ProTech.
Kini anda boleh mencuci kesemua item pakaian sekali gus, tanpa perlu mengasingkan sama ada ia berwarna terang, gelap, warna-warni, putih, baju baru atau lama, dengan penuh yakin tanpa perlu risau akan warna pakaian luntur. pakaian berwarna terang anda kekal berseri dan pakaian berwarna gelap pula kekal gelap. Rangkaian detergen baharu TOP ini juga mencegah fabrik daripada kelihatan kusam, memastikan ia kelihatan baharu dengan lebih lama, seterusnya menggalakkan gaya hidup yang lebih lestari.
Bagaimanakah Teknologi 5D ProTech Berfungsi?
TOP, jenama detergen No 1 di Malaysia dan satu jenama inovatif yang mengutamakan pengguna oleh Lion Corporation Japan, telah mempertingkatkan cara pencucian pakaian di negara ini menerusi usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan serta penghasilan inovasi terbaharu yang memberi manfaat kepada kehidupan pengguna. Ia turut dikenali kerana merintis konsep kehidupan bersih menyeluruh menerusi inovasi-inovasi berterusan dalam bidang teknologi detergen.
Rangkaian TOP Colour Signature baharu dirumuskan denagan Teknologi 5D Colour ProTech oleh Lion Corp yang memberikan lima manfaat warna pada pakaian. Ia memastikan pakaian berwarna gelap kekal gelap dan pakaian berwarna terang kekal berseri melalui penyingkiran klorin dalam air cucian. Detergen baharu ini juga menjadikan warna pakaian asal menyerlah dengan menanggalkan kotoran degil serta mencegah pakaian menjadi berbulu disebabkan geseran dengan mengekalkan kelicinan permukaan fabrik. Di samping itu, ia juga mencegah fabrik menjadi cepat lusuh, agar pakaian kekal baharu lebih lama. Teknologi pencegahan kelunturan warna mencegah warna turun merebak ke pakaian lain juga memberikan ketenangan minda kepada pengguna.
Kesemua detergen TOP, termasuk rangkaian Colour Signature, dikuasai oleh Advanced Micro-Clean Tech bersama Anti-Microbial Tech oleh Lion Japan yang menyediakan teknologi detergen generasi baharu yang berkesan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (termasuk virus COVID-19, Influenza A dan Coxsackie) serta bakteria. Formulasi pelbagai teknologi yang dirumus khas ini merangkumi fungsi anti-bau hapak; anti-debu hama dan anti-sebum. Teknologi Bolder Scent TOP denaan wangian unik yang terbukti mampu mencegah bau yang tidak menyenangkan jdi samping menceriakan mood anda.
Kombinasi sempurna Teknologi 5D Colour ProTech dan Advanced Micro-Clean Tech dalam rangkaian serbuk dan cecair detergen TOP Colour Signature akan mempertingkatkan pengalaman cucian pakaian anda, menjimatan masa dan mengurangkan usaha serta memberikan ketenangan minda, pada masa sama melindungi dan memelihara fabrik anda agar tahan lebih lama. Tentunya rangkaian ini membantu rakyat Malaysia yang berbilang kaum untuk terus bersemangat meraikan Hari-Hari Warna-Warni serta keinginan untuk menjadi lebih mesra alam.
Seiring dengan peningkatan kesedaran umum terhadap kepentingan penjagaan alam, memperkenalkan pek eko isian semula bagi detergen cecair premiunya termasuk TOP Colour Protect (3.2kg), TOP Stain Buster (3.4kg) dan TOP Silky Miracle (3.2kg). Pek isian semula eko ini menampilkan rekaan yang canggih dan nipis, membolehkan ia mudah dibawa dan disimpan walaupun dalam ruang yang terhad. Ia didatangkan dengan muncung penutup skrew bagi penggunaan yang mudah dan mengelakkan tumpah. Paling utama, pek isian semula ini memberikan pengurangan penggunaan plastik sebanyak 80% berbanding botol-botol detergen klasik. Ia juga boleh dikitar semula dan mengurangkan jejak karbon jenama TOP erta pengguna. Cubalah pek eko TOP mesra alam yang turut menawarkan lebih nilai pada pembelian berbanding pembungkusan biasa.


0 inspiration