THE COFFEE BEAN & TEA LEAF® MALAYSIA SERIKAN MUSIM CUTI INI DENGAN BIBIT KEBERSAMAAN DAN CINTA “LATTE”
Menu keraian dan juadah musim cuti menanti anda di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia menjelang hujung tahun ini❗
Kuala Lumpur, 30 November 2022 – The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia mengalu-alukan musim cuti ini dengan pelbagai sajian keraian yang baharu dan juga tersayang. Sebab, bukankah makanan dan minuman serba istimewa yang dinikmati bersama insan kesayangan adalah cara yang terbaik untuk menyambut suatu keraian❓
“Kebanyakan kita meluangkan sebahagian besar daripada masa dan juga tahun kita bagi tanggungjawab harian,” sebut Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran & Inovasi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. “Dan dengan menjelangnya musim cuti hujung tahun, The Coffee Bean & Tea Leaf® ingin mengajak anda semua untuk berehat sejenak sambil meraikan bibit kebersamaan dengan insan yang disayangi. Biar melalui juadah musim cuti kami yang anda biasa nikmati, atau aneka minuman kami yang baharu, kami berharap seperti kafe kami yang dapat mengukir senyuman pada wajah anda, tahun 2023 juga dapat melakukan yang sama❗”
Sis juga sempat sertai 'Cookies Decorating', biskut disediakan bersama gula icing & bahan-bahan perhiasan. Tetamu boleh deko cookies dengan design kegemaran mengikut kreativiti masing-masing. Selepas selesai deco, anda diberikan plastik dan kotak bungkusan untuk membawa balik cookies anda. Anda juga boleh wrap di dalam plastik & hadiah biskut anda kepada rakan & orang tersayang.
Sis juga mencuba minuman Double Chocolate Peppermint Ice Blended® (my favorite drink) dan juga beberapa makanan yang disajikan sempena event ini.
Thanks for the goodies bag, sis dapat Cinnamon Cookies & juga red tumblr dari The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.
Ok jom sis nak ajak korang semua cuba menu minuman & makanan istimewa yang ada di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia sempena musim cuti ini.
Makanan dan Minuman di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia
Barisan minuman keraian daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia bagi musim ini berpaksikan ramuan coklat dan pudina, yang mendatangkan kemesraan dan “kebersamaan dalam setiap cawan”.
Malah, biar sesiapapun anda, pasti ada sesuatu yang dapat menggamit citarasa anda❗
Bagi penggemar latte, setiap cawan disajikan dengan kasih sayang, “a latte love”. Pilihan yang disediakan meliputi :
💕 Macadamia White Chocolate Latte (panas/berais) (kecil RM 17.90, biasa RM 18.90)
💕 Double Chocolate Peppermint Latte (panas/berais) (kecil RM 17.90, biasa RM 18.90)
💕 Gibraltar Peppermint Latte (panas/berais) (biasa RM 15.80)
Para peminat minuman Ice Blended® kami juga pasti akan rambang mata setelah menyaksikan sajian minuman pencuci mulut kami – ia terdiri daripada :
💕
Macadamia White Chocolate Ice Blended® (kecil RM 18.90, biasa RM 19.90)
💕Double Chocolate Peppermint Ice Blended® (kecil RM 18.90, biasa RM 19.90).
💕Pure Macadamia White Chocolate Ice Blended® (kecil RM 18.90, biasa RM 19.90)
Tidak lupa juga para penggemar Cold Brew kami, sempena musim cuti ini, jangan lepaskan peluang untuk menikmati :
💕
Peppermint Cream Cold Brew (kecil RM 14.50, biasa RM 15.50).
💕Macadamia White Chocolate Cold Brew Latte (kecil RM 14.50, biasa RM 15.50)
Akhir sekali, untuk menyempurnakan musim yang diisi keseronokan ini, kami persembahkan secawan koko yang menggiurkan – hadir dalam bentuk Double Chocolate Peppermint Cocoa (panas/berais) (biasa RM 18.90). Sajian kopi Holiday Blend kami juga kini kembali (kecil RM 9.50, biasa RM 10.50) dan akan dihidangkan secara percuma bersama All-Day Breakfast Set kami❗
Selain itu, anda pun boleh lengkapkan pengalaman keraian anda dengan aneka juadah bertemakan musim cuti hujung tahun ini❗ Winter Berry dan Starry Starry Night merupakan manisan bercoklat yang hadir dengan sentuhan buah beri. Sementara itu, santapan yang diberi nama Warm Winter Log, Happy Holiday Log dan Snowy Holiday bukan sahaja cantik untuk dilihat (dan dimuat naik ke Instagram anda) tapi juga lazat dimakan❗ Jingle Berry Swirl dan Panettone Frost pula boleh dihidangkan bersama sajian lengkap anda, atau dibawa bersama untuk dinikmati di mana-mana! Untuk si cilik (termasuk yang berjiwa muda), Lil’ Mr Snow dan Jolly Breadman juga kini kembali❗ Akhir sekali, jangan lepaskan peluang untuk menyingkap nostalgia dengan hidangan Grandpa’s Chicken Sandwich dan Grandma's Smoked Duck Salad.
Lembaran Fakta The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia – Menu Musim Cuti 2022
Starry Starry Night
Starry Starry Nights persembahkan coklat dan raspberi untuk mewarnai detik romantik anda❗
Disediakan dalam bentuk sebiji tart (RM159.00/1.4 kg) dan potongan (RM15.90/potong).
Warm Winter Log
Perkenalkan Warm Winter Log❗
Sebuah kek yang meriah dengan ramuan kacang berangan dan segalanya yang enak-enak belaka.
Disediakan dalam bentuk sebiji kek (RM159.00/0.7 kg) dan potongan (RM15.90/potong).
Happy Holiday Log
Waktu untuk hidangan kek “balak” kami yang ikonik telah tiba; ia berintikan coklat mousse dan coklat ganace untuk menjadikan sesi keramaian anda lebih menarik.
Disediakan dalam bentuk sebiji kek (RM159.00/1.0 kg) dan potongan (RM15.90/potong).
Winter Berry
Amati musim sejuk dengan deria rasa anda. Kek ini diperbuat daripada coklat putih dan ‘fudge’ yang menyelubungi jeli strawberi dan kranberi, disempurnakan dengan butir-butir gumi yang kenyal.
Disediakan dalam bentuk sebiji kek (RM159.00/1.8 kg) dan potongan (RM15.90/potong), serta saiz kecil (RM65.00/0.6 kg).
Lil' Mr Snow
Hadiahkan Lil' Mr Snow kepada insan kesayangan anda untuk mengukir senyuman pada wajah mereka❗
Setiap satu berharga RM9.90.
Jolly Breadman
Juadah untuk si cilik dan mereka yang berjiwa muda❗
Biskut halia Jolly Breadman hadir dengan butang bajunya yang diperbuat daripada bebola manisan, manakala coklat gelap dan putih untuk senyumannya❗
Setiap satu berharga RM8.50.
Snowy Holiday
Singkap musim salju dengan rumah biskut halia kami yang dikraf menggunakan tangan.
Biarkan setiap suapan membawa anda ke satu perjalanan yang enak.
Setiap satu berharga RM230.00 (2.0 kg).
Jingle Berry Swirl
Manjakan diri anda dengan juadah Jingle Berry Swirl❗
Beramuankan kranberi dan badam, hidangan ini akan menyuntik keceriaan pada hari anda!
Setiap satu berharga RM9.50.
Panettone Frost
Persembahkan roti tradisional Itali sempena detik yang istimewa ini. Berintikan kismis, kranberi, dan kulit oren.
Setiap satu berharga RM7.50.
Grandpa's Chicken Sandwich
Bagi para peminat sandwic, kami tidak lupakan anda❗
Santapan ini menampilkan ayam salai, timun, tomato, dan limpahan sos kranberi dalam sekeping ban.
Setiap satu berharga RM22.00.
Grandma's Smoked Duck Salad
Sempena musim cuti ini, kami persembahkan hidangan dada itik salai beralaskan salad mesklun, lalu disempurnakan dengan sos mustard madu kami yang popular, dan secubit jeli kranberi.
Setiap satu berharga RM28.00.
Korang semua apa lagi, dah nampak semua menarik yang ada di sini bukan ❓
Apa lagi pergilah cuba sekarang ❗
Pergilah ke cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia terdekat sekarang ❗
Selamat Mencuba 😀
Mengenai The Coffee Bean & Tea Leaf®
Jenama The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia ialah pemanggang global terkemuka
dan peruncit kopi dan teh khusus dan dikreditkan secara meluas untuk memacu kualiti
dan inovasi tinggi kepada industri kopi dan teh. Syarikat mendapatkan bahan dan perisa terbaik dari
seluruh dunia dan menggabungkan kopi dan teh dengan tangan untuk rasa yang paling segar.
Jenama The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia memulakan kegilaan minuman kopi beku
dengan ciptaan minuman The Original Ice Blended® dan juga merupakan peruncit kopi dan teh global
pertama yang menawarkan teh bru sejuk.
Syarikat itu kini mempunyai lebih daripada 1,200 lokasi runcit di seluruh dunia
dan boleh ditemui di lorong runcit serta lokasi khusus termasuk lapangan terbang dan hotel.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi
terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia,
sila kunjungi platform dalam talian kami seperti :
📎 Instagram : @coffeebeanMY
📎 TikTok : @coffeebeanMY
#coffeebeanMY
0 Comments