Pusingan Akhir Mountain Dew Dew Challenge 2023 Rai Kemuncak Kemenangan Dengan Dua Pencapaian Guinness World Records

Salam dan Hai semua 🙋

 Pusingan Akhir Mountain Dew Dew Challenge 2023 Rai Kemuncak Kemenangan Dengan Dua Pencapaian Guinness World Records

Peserta akhir wilayah utara, AZ MYX, dinobatkan juara dan membawa pulang sebahagian darijumlah hadiah RM200,000.

Pusingan Akhir Mountain Dew Dew Challenge 2023 Rai Kemuncak Kemenangan Dengan Dua Pencapaian Guinness World Records

Kuala Lumpur, Disember 16, 2023 — Mountain Dew Malaysia menamatkan perjalanan menarik selama dua bulan bersama Dew Challenge dengan acara kemuncaknya yang dianjurkan oleh Geek Events di Depoh Sentul, Kuala Lumpur pada 16 Disember. Acara inovatif ini menggabungkan alam maya dan realiti dan menghimpunkan lebih daripada seribu peminat permainan dari seluruh negara untuk pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan.

Menolak Sempadan: Mountain Dew Meraih Dua Guinness World Records Terbaru

Pusingan Akhir Mountain Dew Dew Challenge 2023 Rai Kemuncak Kemenangan Dengan Dua Pencapaian Guinness World Records

Dalam satu detik bersejarah, Mountain Dew dalam satu kerjasama bersama warga komuniti gaming, dan ahli media berjaya mencapai dua Guinness World Records terbaru semasa finale Dew Challenge. Rekod tersebut adalah perkataan paintball terbesar yang dibuat menggunakan 4,715 palet paintball dan penembak paintball serentak paling ramai yang melibatkan 298 peserta. Ini menunjukkan komitmen Mountain Dew untuk menjangkaui sempadan dalam inovasi dan dunia hiburan. Hadir untuk penyerahan sijil rasmi adalah pengadil Guinness World Records, En. Kazuyoshi Kirimura.

Pertarungan Antara Wilayah Melahirkan Juara: AZ MYX Mencapai kemenangan, membawa pulang sebahagian daripada jumlah hadiah RM200,000.

Pusingan Akhir Mountain Dew Dew Challenge 2023 Rai Kemuncak Kemenangan Dengan Dua Pencapaian Guinness World Records

Pusingan akhir Dew Challenge yang menyaksikan pertarungan antara wilayah utara, selatan, tengah dan Malaysia timur, telah menampilkan persaingan sengit di kalangan ribuan peserta yang bertarung dalam talian dan juga di kejohanan paintball PUBG.

Perlawanan akhir di Kuala Lumpur menghimpunkan 16 finalis yang layak dari peringkat wilayah. Gelaran juara dicapai oleh AZ MYX dari wilayah utara diikuti oleh Sem9 Junior (Wilayah Tengah) dan Twenty2rich Guerilla (Wilayah Utara) di tempat kedua dan ketiga, masing-masing merangkul sebahagian daripada jumlah hadiah RM200,000.

Menjangkaui Dunia Permainan: Suasana Yang Meriah


Pusingan Akhir Mountain Dew Dew Challenge 2023 Rai Kemuncak Kemenangan Dengan Dua Pencapaian Guinness World Records

Berlangsung dari jam 9 pagi hingga 7 malam, perlawanan akhir Dew Challenge bukan sahaja satu pesta permainan—ia juga pengalaman yang pelbagai. Para hadirin dihiburkan dengan pelbagai aktiviti dan vendor, termasuklah Domino’s BoxKu, Uncle Bob, MBO, kejohanan mini bagiPUBG mobile, gerai khas mixology Mountain Dew dan permainan karnival yang menarik. Elemen tambahan ini menambahkan suasana perayaan pada acara tersebut dan mencipta detik-detik yang tidak dapat dilupakan untuk semua peserta.

Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd berkata, “Melalui Dew Challenge pada tahun ini, kami benar-benar boleh menguji kemampuan kami. Kami tahu bahawa kami perlu memberikan rakyat Malaysia satu pengalaman yang unik dan akan membuatkan mereka mencuba sesuatu yang luar biasa, menolak sempadan, dan menjalani kehidupan yang hebat dan bertenaga. Saya gembira untuk mengatakan bahawa kami telah berjaya mencapai tujuan kami dan ia diakhiri dengan cara yang hebat."

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada komuniti permainan, penaja, vendor dan rakan kongsi media kami kerana menjayakan acara ini. Dew Challenge sekali lagi membuktikan bahawa Mountain Dew bukan sekadar minuman; ia adalah gaya hidup yang menyatukan orang ramai melalui minat yang dikongsi dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.”

Untuk lihat gambar dan highlights daripada pusingan akhir, sila layari :

📌Laman web Dew Challenge : dewchallenge.com

📌Halaman Facebook Mountain Dew : https://www.facebook.com/MountainDewMalaysia

Nantikan butiran mengenai Dew Challenge yang seterusnya.

Tentang Mountain Dew

Mountain Dew merupakan salah satu jenama minuman ringan berkarbonat berperisa terkemuka dari PepsiCo. Dengan rasa sitrus yang unik, Mountain Dew pasti akan menggembirakan dan memuaskan dengan setiap tegukan. Selain perisa Mountain Dew asli, rangkaian Mountain Dew juga merangkumi Mountain Dew Pitch Black & Mountain Dew Blue Shock.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mountain Dew dan rangkaian produk mereka, sila layari:

👉 Laman web : www.etikaholdings.com

& saluran media sosial rasmi mereka di Facebook.

Tentang Etika

Sebagai salah satu pengedar minuman terkemuka di Malaysia, Etika Sdn Bhd ialah pembotol rasmi untuk PepsiCo di Malaysia. Etika Sdn Bhd memasarkan dan mengedarkan beberapa jenama global PepsiCo seperti Pepsi, Tropicana, Mountain Dew, Revive Isotonic, Mirinda, 7UP, Lipton Ice Tea, MUG, Gatorade, Sting dan Evervess, serta Kickapoo (tanda dagangan Monarch) dan rangkaian produk sendiri termasuk WONDA Coffee, Goodday Milk, Calpis, Dairy Champ, Hijrah, Chill Asian Drinks dan Bleu.


Post a Comment

0 Comments