Salam dan Hai semua 👋🙋
Entry kali ini, sis Lia nak berkongsikan salah satu restoran/kafe yang dibuka semula Chili's Cafe & Grill Penang di Central Gurney, G Hotel.
Sebelum ini sudah ada dibuka tetapi sudah ditutup beberapa tahun. Selepas G Hotel Gurney telah melakukan renovation dah kini Chili's Cafe & Grill Penang kembali di kawasan yang sama tetapi lokasi yang berbeza. Jangan risau tak susah nak cari sebab anda hanya perlu berjalan sedikit di level G Central Gurney, G Hotel.
Chili's Cafe & Grill Penang kini menampilkan menu yang pelbagai dengan konsep yang lebih menarik. Sis memang penggemar restoran ini sebab menu di sini sedap, selalu hangout makan dengan kawan-kawan. Bila tiba-tiba tak ada rasa sedih & rindu pula makan di sini.
Mengenai Restoran Chili's Cafe & Grill
Kalau sebut mengenai Chili's , rasanya namanya tak asing lagi. Chili's sudah menapak selama 40 tahun. Chili's telah mengalu-alukan tetamu dengan keperibadian yang hebat dan menyajikan masa yang baik, setiap masa. Suasana kami yang menyeronokkan dan bertenaga adalah tempat yang sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul dan menikmati hidangan yang lazat. Menu telah berkembang selama bertahun-tahun untuk memasukkan campuran tersendiri perisa Amerika dan antarabangsa yang diilhamkan Barat Daya, klasik dan antarabangsa. Anda masih boleh menikmati burger yang lazat, bir sejuk dan margarita yang menjadikan kami terkenal, atau anda boleh memilih untuk menikmati hidangan kegemaran Amerika yang lebih hebat dan berani seperti Beef Ribs, Sizzling Fajitas dan Boneless Buffalo Wings.
Hari ini Chili's mempunyai lebih 1,600 lokasi di 31 negara dan dua wilayah AS. Banyak yang telah berubah sejak awal kami sebagai kedai hamburger di Dallas, Texas. Sepanjang perjalanan, kami telah memberi makan kepada sekumpulan tetamu, menganjurkan banyak parti dan berkongsi ketawa. Tiada apa-apa yang menyatukan orang ramai seperti hidangan bersama dan di Chili's, setiap meja mempunyai cerita.
Dekorasi Cafe Chili's Cafe & Grill Penang
Dekorasi Chili's Cafe & Grill Penang berkonsepkan open space & casual lebih menarik dari dahulu.
Entrace masuk hadapan Chili's Cafe & Grill Penang.
Sajian & Menu di Chili's Cafe & Grille Penang
Food Menu
Chili's Cafe & Grill Penang memang ada banyak menu yang disediakan seperti Appetizers, Salad, Soups & Chili, Vegetarian, Big Mouth Burgers, Hand-helds, Quesadillas, Tacos, Sizzling Fajitas, Chicken, Pastas, Seafood, Steaks, Beef Ribs, Dessert & Side Dishes.
Kali sis akan food recommendation apa menu yang sis cuba kat sana 👌
Appetizers
📌Southwestern Eggrolls @ RM 21.95
Tortilla tepung rangup, ayam, kacang hitam, jagung, keju Monterey Jack, lada merah, bayam. Dihidangkan dengan sos avocado.
Szilling Fajitas
📌 Classic Trio Fajitas
Beef @ RM49.95
COMBINE ANY 2 RM52.95
COMBINE ANY 3 RM65.95
Daging kambing yang lembut, dipanggang dengan sempurna. Dihidangkan bersama jagung rebus dan kentang goreng kerinting yang rangup.
Seafood
Dessert
Drinks & Beverage
📌Virgin Classic Mojito @ RM 12.95
Fruits Juice
📌Mango Fruit Juice @ RM 13.95
Milkshake
📌Chocolate Milk Shake
📌Vanilla Milk Shake
0 Comments