Salam dan Hai semua 👋🙋
Entry kali ini, sis Lia nak berkongsikan salah satu restoran/kafe yang menyediakan menu menarik iaitu Ayam Goreng Kee Chap yang merupakan salah satu pilihan untuk menjamu selera.
Anda seorang peminat ayam goreng kee chap❗❓
Ayam Goreng Kee Chap adalah kafe baru dimana ada menu nasi dan maggi goreng bersama ayam untuk anda cuba. Anda boleh datang berkunjung dan menikmati hidangan di sini makan bersama keluarga atau kawan-kawan.
Kafe Baru Ayam Goreng Kee Chap di Lebuh Mcnair Georgetown Penang
Mengenai Restoran Ayam Goreng Kee Chap
Ayam Goreng Kee Chap beralamat di 172, Lebuh Mcnair, Georgetown, 10300 Pulau Pinang. Untuk anda yang memandu kereta, jangan risau terdapat banyak parking lot yang ada di luar sana
Restoran Ayam Goreng Kee Chap adalah resepi warisan sejak tahun 1998
Ayam Goreng Kee Chap beroperasi setiap hari dari Isnin hingga Sabtu dengan dua sesi waktu operasi 11.00 am hingga 3.00pm dan 6.00 am hingga 10.00pm. Tutup setiap Ahad.
Dekorasi Cafe Ayam Goreng Kee Chap
Kafe ini menampilkan konsep cozy, relax dan santai. Sesuai dengan konsep dan gaya kafe ini. Entrance masuk dah boleh nampak garden seating dengan kerusi picnic. Memang gaya santai dan chill.
Ada juga tempat duduk di sepanjang walkway di bahagian luar.
Sajian & Menu di Ayam Goreng Kee Chap
Jom kita lihat beberapa menu makanan yang sis cuba :
📍 Nasi goreng Ayam Goreng Kee Chap @ RM 9.90
Set ini ada ada nasi goreng, ayam goreng kee chap, sayur, sup dan juga cili kicap & sos cos cili AGKC. Big portion, nasi banyak & ayam besar.
📍 Maggi goreng Ayam Goreng Kee Chap @ RM 9.90
Set ini ada ada maggi goreng, ayam goreng kee chap, telur mata, sayur, sup dan juga cili kicap & sos cos cili AGKC. Big portion, nasi banyak & ayam besar.
➡️ Nasi & Maggi Goreng set bersama sup hanya RM 9.90 sahaja
📍 Keropok lekor @ RM 7.90
Kerepok lekor cicah dengan sos siganture sos cili AGKC.
📍 Pisang goreng @ RM 8.90
Pisang goreng kat sini special sebab digoreng dengan Signature sous kee chap batter. Pisang goreng ini cicah dengan chocolate sauce.
Kat sini juga signature ‘Sos Cili’ dalam botol, anda boleh dapatkan RM 13 sebotol.
📍 Iced Teh Tarik | Iced Lemonade
➡️ Add on RM 3.00 lagi untuk free flow drinks 🥤🍷🧉
Jom ramai-ramai kita mencuba & support kafe baru di Ayam Goreng Kee Chap
Untuk delivery dan tempahan, sila hubungi 🤙🏻0124581427 ataupun order melalui Grab.
Selamat Mencuba❗
Ayam Goreng Kee Chap
📍 Alamat : 172, Lebuh Mcnair , Georgetown, 10300 Pulau Pinang
☎️ Contact : +6012 - 458 1427
⌚ Waktu Operasi :
Isnin hingga Sabtu - Setiap hari: 11 pagi - 3 petang & 6 petang - 10 malam
Ahad - TUTUP
Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Goreng Kee Chap, sila kunjungi :
📎 Facebook : https://www.facebook.com/people/Ayamgorengkeechap
📎 Instagram : https://www.instagram.com/ayamgorengkeechap
#AyamGorengKeeChap #NasiMinyak #MakanSantai #LebuhMcNair #FoodiePenang #MakanBest #MurahDanSedap #SupportLocal #PenangFoodHunt
0 Comments