Footlink Moisturising Cream, Krim untuk kulit sensitif dari Footlink Penang

July 18, 2017

 Salam dan Hai semua,


 Kali ini Lia akan review produk kedua yang Lia terima dari Footlink Penang. Produk pertama yang review sebelum ni ialah Lady's Socks untuk wanita. Terima kasih sekali lagi atas Footlink Penang atas kepercayaan terhadap Lia untuk review produk ini.


Footlink Moisturising Cream mempunyai produk krim pelembap tangan dan kaki yang tahan lama sepanjang hari. 



Footlink Moisturising Cream dirumuskan secara khusus untuk menenangkan kulit kering anda secara kronik. Setelah digunakan, kulit anda terasa lembut dan licin. Ia tidak berminyak dan tidak menjengkelkan, menjadikan anda berasa lebih selesa dalam kulit anda sendiri.


Colour FREE 
Fragrance FREE
Lanolin FREE
Mineral oil FREE 
Paraben FREE 
SD-Alcohol FREE 
SLS & Harsh Detergents FREE 

Lia mengamalkan penggunaan sebab ada masalah kulit sensitif dan kering dari kecil. Jika hendak memakai krim atau losen biasa mesti kulit akan alergi dan berhari-hari. Kadang-kadang terpaksa pergi klinik jumpa doktor. Kulit sensitif seperti Lia perlu memakai krim yang khas untuk kulit sensitif dan FREE Fragrance. Selepas beberapa minggu Lia mencuba, kulit tiada lagi alergi dan kulit sentiasa lembap. Tiada kesan gatal lagi. 

Harga Footlink Moisturising Cream : RM25.00/pc


• Penghidratan ringan untuk menambah kulit sensitif dan normal.
• Cepat bertindak, tahan lama, dan formula ringan membantu mengekalkan kulit yang sihat.
• Bahan khas terbukti mengikat air ke kulit dan membantu mencegah kehilangan lembapan.
• Dirumuskan dengan gabungan unik tiga bahan pelembab utama, krim mewah ini sesuai untuk kegunaan harian.

Amaran

Untuk kegunaan luar sahaja. Jauhi dari kanak-kanak. Jangan sapu pada kulit pecah atau kulit berdarah atau luka terbuka. Elakkan terkena mata.




Cara Penggunaan

Urutkan krim perlahan-lahan ke kulit (tangan atau kaki) setiap hari dan malam. Sapukan di kawasan kering, kasar atau tempat yang bermasalah apabila diperlukan. Gunakan krim secara kerap.



Mentega Koko yang MELEMBAP
Aloe Vera yang MELEMBUT
Vitamin E yang MEMBAIKI



Selepas pemakaian di kaki, boleh disarungkan Footlink Lady's Socks jika hendak stokin yang selesa. Untuk maklumat lanjut mengenai Footlink Lady's Socks , boleh rujuk entry Lia yang lepas. Klik sini.



Selain Footlink Moisturising Cream Footlink Lady's Socks, Footlink juga mempunyai koleksi kasut kesihatan untuk melindungi sendi dan otot & sesuai untuk semua golongan.







Untuk mendapatkan Footlink Moisturising Creamboleh terus ke cawangan Footlink Penang di Pulau Tikus. 

Alamat : 37 Unit B, Ground Floor, Jalan Cantonment, 10250 Pulau Tikus, Penang

No Tel : 604 - 2273 363 / +6012 - 5537 678

Waktu Operasi : Setiap hari, 11 pagi hingga 8.00 malam
(Weekdays : Masa yang sesuai untuk datang di antara 5.30petang hingga 8.00 malam mudah untuk mendapatkan parkir)
(Weekend : 11 pagi hingga 8.00 malam)




Selamat mencuba!

Terima kasih

Regards,
Lia Hasty

You Might Also Like

15 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community