Aktiviti Sihat bersama dengan Jonlivia Active Hotpants S5+

November 05, 2017


Salam dan Hai semua.


Penjagaan kesihatan diri dan hidup secara sihat sangat penting dalam kehidupan seharian. Di samping pemakanan yang sihat dan diet yang imbang, bersenam juga perlu dititikberatkan dan diamalkan untuk setiap orang. Bersenam adalah satu cara untuk mendapatkan fizikal yang sihat dan cergas serta meningkatkan semangat melakukan pekerjaan dengan maksimum. Bersenam sebenarnya turut membantu menjana minda dan emosi yang lebih sihat, selain membuat individu merasa lebih selesa dengan keadaan badannya.

Namun, ramai yang tidak menitikberatkan pakaian yang sesuai ketika bersenam atau bersukan. Untuk senaman pula, pakaian yang sesuai dapat membantu mengurangkan bahang panas dan rasa tidak selesa akibat peluh.

Hakikatnya, pemilihan pakaian yang sesuai ketika bersenam dan bersukan dapat membantu meningkatkan prestasi diri, sehingga membuat tubuh merasa lebih nyaman terutama ketika berpeluh dan dalam keadaan panas.

Di sini Lia ingin mengesyorkan produk Jonlivia Active Hotpants S5+ untuk aktiviti bersenam dan bersukan. Jonlivia merupakan produk pakaian yang membantu menurunkan berat badan. Terdapat beberapa produk yang dikeluarkan oleh Jonlivia dan salah satunya Jonlivia Active Hotpants S5+.

Apa itu Jonlivia Active Hotpants S5+ ?


Merupakan seluar sukan yang berfungsi membantu untuk mengawal haba badan anda dengan baik semasa anda bersenam, bersukan, berjalan dan juga aktiviti membakar lemak. Ia juga digunakan untuk membakar lebih banyak kalori dan mengekalkan air yang berlebihan dalam badan daripada kebiasaan. Bahannya diperbuat daripada 100% Neoprene Tulen dan berfungsi dengan baik.

Individu yang memakai Jonlivia Active Hotpants S5+ akan berasa seperti sauna di badan di mana peluh akan dipaksa keluar dari badan anda. Selain itu juga, Jonlivia Active Hotpants S5+  juga penyerap peluh anda! Pemakai akan membakar dan berpeluh kemudian diserap semula ke Hotpants itu sendiri. Itulah keistimewaan Jonlivia Active Hotpants S5+ berbanding jenama lain.

Jonlivia Active Hotpants S5+ mempunyai 4 lapisan :
Lapisan 1 : Fabrik luar
Lapisan 2 : Fabrik Neoheat yang berprestasi tinggi
Lapisan 3 : Fabrik dalaman
Lapisan 4 : Fabrik berudara khas

Walaupun mempunyai 4 lapisan dan material seakan nampak tebal, tapi individu yang memakainya akan tampak selesa dan padan.


Ciri-ciri Jonlivia Active Hotpants S5+

- Peluh 4 kali lebih banyak
- Poket dalaman
- Flat Lock Seam (Jahitan yang rata)
- High Rise Design
- Acticpant yang paling lembut dan elastik
- Fabrik berudara khas



Bahagian luar (Outside) Jonlivia Active Hotpants S5+

Jonlivia Active Hotpants S5+ didatang dengan seluar panjang dan berwarna hitam.

Foto menunjukkan lapisan luar bahagian hadapan dan belakang Jonlivia Active Hotpants S5+ dengan jahitan kemas berwarna kelabu.

Di bahagian pinggang, lipatan dan jahitan benang berwarna hitam sangat kemas dan teratur.

Tulisan Jonlivia Active Hotpants S5+ di bahagian kiri seluar.


Logo Jonlivia Active Hotpants S5+ di bahagian belakang di kedudukan tengah pinggang.


Bahagian dalam (Inside) Jonlivia Active Hotpants S5+

Foto menunjukkan lapisan dalam Jonlivia Active Hotpants S5+ yang berwarna kelabu.


Keterangan mengenai Jonlivia Active Hotpants S5+ di bahagian dalam.


Saiz Jonlivia Active Hotpants S5+



Jonlivia Active Hotpants S5+ didatangkan dengan pelbagai saiz dan ukuran, Antaranya XS, S, M, L, XL, 2XL, 3XL & 4XL. Pastikan anda mengukur mengikut carta saiz sebelum membeli. Pastikan saiz yang betul dan berpadanan untuk anda.


Jahitan (Flat Lock Seams) Jonlivia Active Hotpants S5+



Jahitan Jonlivia Active Hotpants S5+di dan sangat kemas, teratur, rapi dan tidak mudah pecah. Anda boleh lihat jahitan di setiap setiap penjuru, pinggul, luaran dan dalaman. Ia juga dibina untuk memberikan ketahanan tambahan. Tidak akan mendatangkan masalah dalam kekerapan pemakaian.


Menutupi bahagian atas perut Jonlivia Active Hotpants S5+




Jenama baru Jonlivia Active Hotpants S5+ membolehkan pemakai memakainya hingga ke paras perut dan pusat anda. Jadi bahagian ini tidak akan terlepas dalam proses pembakaran lemak. 


Poket dalaman Jonlivia Active Hotpants S5+


Poket rahsia di bahagian dalam hotpant ini memudahkan anda untuk menyimpan wang & kad pengenalan anda. Cara yang mudah dan berkesan untuk melindungi terhadap pencuri ketika anda melakukan aktiviti.


Arahan Penjagaan



Jonlivia Active Hotpants S5+ yang lembut, mudah meregang dan tahan lama

Jonlivia Active Hotpants S5+ membolehkan pemakainya melakukan apa-apa aktiviti seperti yoga, tarian, gim, zumba tanpa batasan di samping memberikan keselesaan dan sentiasa bersih.

Pendapat Lia mengenai Jonlivia Active Hotpants S5+



Lia sangat berpuas hati Jonlivia Active Hotpants S5+ dan sangat mengeyorkan wanita di luar sana yang mencari seluar untuk aktiviti sukan. Lia dah pakai beberapa kali ketika bersenam, ketika keluar santai bersama kawan-kawan, ketika bekerja di office dan macam-macam lagi. Pemakaian selama satu hari melebihi 8 jam sentiasa berasa selesa. Sepanjang pemakaian hotpants juga tidak berasa terlalu ketat di setiap bahagian. Bahan yang digunakan dalam hotpant ini sangat sesuai dan tidak berasa kekok untuk melakukan apa jenis aktiviti. Walaupun anda berpeluh sepanjang hari, anda tidak akan berasa basah dan tidak selesa.



 Yang menarik Jonlivia Active Hotpants S5+ boleh dipadankan dan digayakan dengan pelbagai jenis baju, kasut dan aktiviti. Poket dalaman memang sesuai bila Lia melakukan aktiviti bersenam sebab nak simpan kad pengenalan, lesen memandu, kad bank dan juga sedikit duit. 

Jonlivia Active Hotpants S5+ memang sesuai dipakai ketika melakukan aktiviti sukan.


 Malah Jonlivia Active Hotpants S5+ boleh dipakai apabila keluar lepak santai bersama keluarga ataupun rakan-rakan.

Boleh lihat video unboxing  Jonlivia Active Hotpants S5+ 

Subsribe & Comment : www.youtube.com/liahasty


Harga produk :
RM 250.00
RM 188.00


Facebook : Jonlivia
Instagram : @jonlivia

Selamat Mencuba!

#jonlivia #styleperformanceandyou #hotpants

You Might Also Like

11 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community