Pink Christmas Party The Butterfly Project X Althea 2018

December 23, 2018

Salam dan Hai semua,

Wah dah sampai penghujung tahun 2018. Cepatnya masa berlalu dan Lia dah hampir 2 tahun bersama The Butterfly Project. Walaupun masih junior dalam group ini, Lia sempat juga join beberapa aktiviti yang dianjurkan bersama beautiful butterflies yang lain. Bulan Disember memang best ada cuti sempena hari krimas. Tapi lagi best bila dapat terpilih bersama 30 orang blogger yang lain menyertai Butterfly X Althea Christmas Party 2018 pada 8 Disember yang lalu.

Butterfly X Althea Christmas Party 2018 bertemakan Pink Christmas (of course my favorite colour) bertempat di ChubbeeCloud, Uptown PJ Damansara. Acara bermula pukul 2.30 petang hingga 5 petang berlangsung lebih kurang 3 jam. Lia punya excited tersampai awal pukul 2.00 dah terpacak kat sana.

Party Tema Pink Christmas

Tema Pink Christmas kali untuk party kali memang Lia happy sebab warna favorite semestinya PINK. Then terfikir apa yang nak dipadankan dengan tema krimas yang masuk dan padan dengan warna PINK supaya nampak tak terlalu pelik. Makeup apa yang sesuai dan mesti kena match dengan Xmas headgear.


Untuk tema kali ini, Lia padankan peplum top berwarna PINK bersama Santa printing christmas skirt berwarna HIJAU, high heels dan juga sequin christmas headband.

Cabaran menarik sempena Pink Christmas Party


Selepas semua 30 butterflies berkumpul, seperti biasa attendance akan diambil dan diberikan satu kad untuk siapkan 3 aktiviti dan untuk redeem XMas Gift dari Althea dan juga makanan dan minuman. Seperti biasa, Mamasan Tammy akan explain what to do at the party dan hadiah yang bakal blogger akan bawa balik.

First of all big applause to Mamasan Tammy sebab sering mencetuskan idea yang menarik dengan tema menarik pada setiap kali event atau pun party. Lia memang suka acara sebegini sebab rasa tertarik dengan tema, seronok mencari baju ikut tema dan have fun bersama butterflies yang lain Setiap kali event The Butterfly Project Lia akan berjumpa dengan blogger baru dan juga yang lama.


Untuk redeem XMas Gift, blogger atau butterflies kena siapkan task yang diberikan. Setelah complete kesemua task dan upload di instagram bersama hashtag yang diberikan. Barulah boleh redeem Xmas Gift masing-masing. Antaranya task yang diberikan :

1) X-Mas Insta Corner
2) Surprise Gift
3) Magical Candy Cart

X-Mas Insta Corner


Kafe ChubbeeCloud sememangnya Instagrammable dengan dekorasi dan hiasan di dalamnya. Yang menjadi trademark di dalam kafe ini semestinya bath tub dengan pokok krimas merah, bantal-bantal lukisan dan juga teddy bear di penjuru kafe yang menjadi tumpuan ramai. Party ini bertambah menarik dengan hiasan belon gergasi dan XMas Box limited edition dari Althea.


Cabaran pertama ialah X-Mas Insta Corner di mana bergambar di ruangan Instagrammable. Yang ini memang Lia dah aim dari mula jejak kaki kafe ini. Rasa sayang tak bergambar kat sini. Thanks to photographer of the day, Eros Si. Gambar-gambar semua super awesome!

Surprise Gift


Cabaran kedua memang best sebab dapat Personalised Surprise Gift. Butterflies kena mengisi satu online form dan kemudian redeem Surprise Gift  iaitu dua cute marshamallow dengan gambar Althea dan juga gambar muka sendiri serta 1 pale1 eyeshadow. Rasa sayang nak makan marshmallow muka sendiri yang di Personalised. Okay untuk Personalised Surprise Gift Marshmallow ini dari ChubbeeCloud

Magical Candy Cart


Kalau party The Butterfly Project tak sah kalau takde Dessert Table. Why I suka sangat dengan dessert table sebab a lot of cute dessert & ada banyak sangat pilihan. I tak boleh tengok sebab I pencinta dessert. Dessert Table yang super duper cute & awesome ini dari Ask Joey.


Lia suka sangat dengan dekorasi dessert table yang berkonsepkan memang kena dengan tema.  Hidangan dessert memang memukau dan memikat selera seperti mini cakes, cupcakes brownie popsicles, macarons, tart dan banyak lagi. 

Cabaran terakhir butterflies ialah Magical Candy Cart kami kena bergambar hadapan dessert table dan upload di instagram masing-masing. Bergambar secara kreatif mengikut citarasa masing-masing.

Game Machine


Ada lagi satu games dari 'claw machine' berwarna PINK di sudut belakang kafe. Setiap orang diberikan 5 koin untuk 1 game. Lia memang fail main claw machine bila dekat mall. Memang takkan dapat teddybear yang dah target. Tetapi kat sini bernasib baik sebab 2nd time I dapat transparent ball. So I dalam ball ada satu card & I dapat redeem (1) Althea Milk Peel.

Photobooth


Kegemaran ramai sampai beratur panjang semestinya bergambar di photobooth dari Tagbooth. Banyak props disediakan memang anda hanya pilih yang mana satu anda suka.


Gambar yang lepas snap boleh decorate dengan 'Althea Christmas Sticker' mengikut kreativiti sendiri. Then gambar uolss akan di print on the spot. Boleh simpan buat kenangan dan yang paling best ada sticker boleh tampal kat mana-mana.

Food and Drinks of The Day

Dah penat buat semua aktiviti dengan main games, rasa lapar & dahaga pula. Butterflies boleh redeem Xmas Treat di ChubeeCloud Counter. Kami kena pilih Cold Brew Tea flavour Rose atau Green Tea dan juga Xmas Beverage dalam 3 pilihan iaitu Magical Christmas, Boba Brown & Hot Marshmallow Bath. 

Lia memilih Magical Mericon Milkshake dan Rose Cold Brew Tea. Setiap Xmas Beverage didatangkan sekali dengan Xmas Toasts. Xmas Toasts merupakan roti bakar dan isi dalamnya Boba (bubble yang selalunya ada dalam minuman milk tea) dan juga Kimchi (makanan korea sayur masin yang dijeruk). First time juga Lia makan roti bakar berintikan dua bahan ini. Pada mulanya rasa agak unik dan kemudian rasa sedap dimakan. Boba rasa kenyal dalam mulut bila gigit dengan roti. Itulah keistimewaan kafe ini dan merupakan hidangan signature di sini.


Lia memang jatuh hati dengan minuman Magical Mericon Milkshake di ChubeeCloud. Patutlah salah satu hidangan utama pengunjung kat sini. Rasa tak terlalu manis, sedap & just nice. Memang sayang nak minum dengan hiasan cute di atasnya seperti cereal dan juga marshmallow.

Kafe ChubeeCloud di Damansara Uptown


Kafe ChubeeCloud merupakan lokasi untuk acara kali ini yang terletak di Damansara Uptown.
ChubeeCloud merupakan kafe yang menyediakan makanan ringan dan pencuci mulut serta minuman handcrafted dan juga anda boleh menempah personalised gift seperti marshmallow di sini. Nak buat birthday celebration kat sini pun boleh.


Senarai menu makanan dan minuman yang ada di ChubbeCloud. Anda boleh mencuba menu yang dipaparkan di sini atau pun boleh cuba menu yang Lia kongsikan.

Terima kasih untuk kafe ChubbeCloud yang menyediakan lokasi menarik, makanan dan minuman yang lazat dan hadiah yang menarik untuk kenangan kepada Butterflies. Untuk penggemar kafe hunting di luar sana, memang Lia syorkan kafe ini untuk anda cuba sendiri.

Produk baru dari Althea


Kalau masuk dari pintu hadapan, akan nampak sebelah kiri ada produk-produk Althea bersusun di atas meja.


Tahniah Althea telah mengembangkan sayapnya dengan mengeluarkan rangkaian produknya yang tersendiri. Lia memang peminat No 1 Althea dan pengguna hampir kesemua produk-produk Althea. Dulu produk Althea kebanyakannya skincare dan sekarang more to makeup. Tak sabar nak tunggu produk terbaru dari Althea lagi!

Ketika Butterfly X Althea Christmas Party 2018 juga kami diperkenalkan dengan produk baru dari Althea iaitu Althea Flawless Creamy Concealer. Terdapat 4 shade kesemuanya #01 Vanilla (Pink beige #21), #02 Ginger (Warm ivory #21), #03 Honey (Warm peach #23-#25), #04 Mocha (Deeper yellow #30). Concealer ini memang pigmented untuk cover wajah supaya kelihatan natural secara semulajadi. Bahannya mengandungi Aquaxyl untuk mengekalkan kulit licin dan lembap. Anda boleh gunakan formula ini untuk highlighting dan contouring.

Althea Flawless Creamy Concealer ada buat SALE BUY 1 FREE 1. Berbaloi bukan jangan lupa dapatkan segera!

Best Dressed Pink Christmas Themed



Acara kemuncak Butterfly X Althea Christmas Party 2018 ialah the Top 3 best dressed akan membawa pulang holographic bag yang dipenuhi dengan Althea Exclusive products + Althea Credits. Tak pernah duga dan jangka I'm the one of the Top 3. Sebab rasa simple sangat dan ramai lagi Butterflies lain yang cantik. Congratulations juga kepada Ayu Jean dan Cindy Tong. I love Cindy Tong makeup memang betul-betul tema krimas, kreatif dan sangat kemas.


What inside my holographic bag?

Kesemua barang dalam ini produk dari Althea dan sememangnya semua my favorite product! I dapat set Althea Bare Essentials, Althea Petal Velvet Powder Pink Lavender & Tranlucent, Mirror & Althea Milk Peel. Kebetulan set Althea BE dah nak habis dekat rumah, ada rezeki dapat lagi. Memang I pakai semua produk Althea di rumah dan bila travel ke mana-mana.

Redeem Xmas Gift From Althea



Sudah settle kesemua task yang diberikan, semua butterflies boleh redeem XMas Gift from Althea. Memang best sebab dapat XMas Box Limited Edition berwarna biru dan tema sempena krimas. Jarang ada kotak biru kecuali ada perayaan sahaja dan selalunya kotak Pink.


What inside my XMas Box?


Dapat juga Extra Extra Extra Gift lagi buat koleksi dalam makeup box.

Pretty Butterflies with Pink Christmas Themed

Bergambar kenangan bersama 30 orang butterflies/blogger dan juga kakitangan The Butterfly Project di kafe ChubeeCloud.


Memori kenangan bersama butterflies yang lain.

Thanks a lot to Mamasan Tammy Lim with her The Butterfly Project team, ChubeeCloud, Tag booth dan Ask Joey

---------------------------------------------------------------

The Butterfly Project

ChubeeCloud
Instagram: @chubbeecloud
Alamat : No 85-G, Jalan SS21/1A, Damansara Uptown
Petaling Jaya, Malaysia

Tagbooth
Instagram: tag.booth

Ask Joey
Instagram: @askjoey







You Might Also Like

0 inspiration

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community