Kaki Travel Wajib Ada Travellers Rescue Kit

March 10, 2019

Salam dan Hai semua, 

Siapa suka melancong kat sini ❓ 
Lia suka gak melancong kalau ada free time ⌚ & extra money 💰. Kalau sebut pasal melancong ke mana-mana sahaja tak kira lah dalam negara ataupun luar, kita sentiasa fikirkan bestnya tempat yang bakal dilawati. Mula packing baju yang sesuai untuk dibawa, google tempat nak lawat dan kalau ada kamera takpun handphone kena fully charged kan.

Kita selalu fikirkan yang indah dan positif sahaja kalau nak melancong. Tapi kadang-kadang kala kita kena perlu fikir sudut negatif juga. Eh maksud Lia kalau apa berlaku apa-apa kat sana semasa melancong, apa yang perlu kita buat❓ Sekiranya tiba-tiba sakit, pening, mual, demam dan apa-apa sahaja  kejadian yang berlaku, kita sudah bersedia ke❓ Kita sudah bawa ubat-ubatan yang sesuai❓


Kita selalu fikir pasal bestnya bila travel tapi jarang fikir eh kalau aku sakit kat sana ada ubat tak❓ Ada setengah berfikir eh takpelah boleh je kalau pergi beli ubat dekat sana kalau sakit. Kalau anda melancong di luar negara, masalah mata wang ataupun berlainan bahasa memang merumitkan. Harga ubat juga mahal jika di luar negara ataupun tidak bersesuaian.

Pernah tak anda terfikir sekiranya anda berada di kawasan pantai, laut, bukit dan pendalaman sampai line telefon tak ada, ada ke jual ubat kat sana❓ Jika anda pergi ke kawasan pendalaman, tak semua lokasi ada farmasi atau kedai runcit yang menjual ubat-ubatan.

Malang memang tidak berbau. Untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi, kita kena juga buat persediaan awal sekiranya benda-benda tak diingingi terjadi.

www.liahasty.com

Lia nak berkongsi dalam bulan Mac yang lepas, Lia sempat bercuti bersama kawan-kawan selama 3 hari 2 malam ke sebuah pulau peranginan di Pantai Timur iaitu Pulau Perhentian. Lia telah buat persediaan dengan bawa Travellers Rescue Kit sepanjang berada di sana. Maklumlah Lia ada gastrik dan kadang kala perut berangin risau juga kalau perut buat hal kat sana. Mana nak tau tiba-tiba demam atau sakit kepala maklumlah cuaca panas melampau sekarang ni. Tapi dah tak payah risau sebab semuanya ada dalam Travellers Rescue Kit.

Apa itu Travellers Rescue Kit ?

www.liahasty.com

Travellers Rescue Kit bertujuan untuk menyediakan pelepasan mudah dan segera dan sementara bagi penyakit ringan yang paling biasa yang kita hadapi ketika melakukan perjalanan.

Pembungkusan produk 

www.liahasty.com

Produk didatangkan dalam kotak tin berwarna merah bersaiz tapak tangan. Bersaiz kecil, ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja. Memang sesuai dengan warna "merah" iaitu kecemasan.

Bentuk produk

www.liahasty.com

Di bahagian hadapan produk dilabelkan nama produk dan dibahagian belakang pula dilabelkan kandungan, tarikh luput, bar kod, dan amaran.

Jika anda buka di bahagian dalam pula akan nampak bungkusan ubat dan juga label ubat-ubatan.

Kandungan produk

www.liahasty.com

Antara kandungan ubat-ubatan yang ada adalam kotak ravellers Rescue Kit :
1) PARACETAMOL 500mg
Pain/Fever

2) CETRIZINE 10mg
Flu/Allergy/Urticaria

3) LOPERAMIDE 2mg
Antidiarrheal Agent

4) GELUSIL
Heartburn/Indigestion

5) STEMETIL 5mg
Nausea/Vertigo

6) ORS
Oral Rehydration Salt

Kenapa perlu ada Travellers Rescue Kit ?

www.liahasty.com

1) Kotak kecemasan di mana-mana sahaja jika mengalami sakit ringan
2) Kotak kecil yang menarik dengan warna merah, kecil ringan dan mudah dibawa kemana-mana sahaja.
3) Harga yang berpatutan
4) Sesuai untuk yang suka melancong (kaki travel)
5) Sesuai dibawa untuk aktiviti outdoor (berkhemah, hiking dan lain-lain)
6) Sesuai untuk gaya hidup aktif

Harga Produk

www.liahasty.com

Harga pun murah hanya RM24.90❗


www.liahasty.com

Lia bawa juga 'Traveller Rescue Kit' ni sebab penyelamat🚑 bila travel. Kalau nasib tak baik mana tau sakit 🤒 masa travel kat tempat orang. Kalau sakit serang time travel memang tak syok kan 😠

Kalau tempat yang susah nak cari kedai atau farmasi lagi lah susah kan. Sekarang tak payah susah payah fikir bawa je kotak besi kecil warna merah 💉yang ada banyak ubat dan pil 💊 ni. 

Jangan risau kalau tiba-tiba sakit kepala, alahan, cirit birit, kembung, mual, pedih ulu hati dan dehidrasi. Semua ubat ada bersaiz poket 💊semasa anda perlukan ❗

Melancunglah dengan bijak❗
Dapatkan @travellers.rescuekit sekarang❗

Anda boleh membeli Travellers Rescue Kit dengan hubungi :

📎Instagram : https://www.instagram.com/travellers.rescuekit/

#travellersrescuekit #rescuekit #activelifestyle


You Might Also Like

22 inspiration

  1. Travellers Rescue Kit nii penting, sebab kita tak tau pun apa akan terjadi time jalan-jalan. lagi pun size dia kecil je, senang nak bawa

    ReplyDelete
  2. good having this for traveler, even a short trip can use this too. Just what I need too as going for a short family trip soon. School holiday soon.

    ReplyDelete
  3. Cutenya rescue kit tu.. wahh kena cari ni. Xplu jd traveller duk opis pun kdg ada kcederaan xsngka n sakit kpla . Jam tu lah baru sebok nk cari first aid kan.. tq inform

    ReplyDelete
  4. Bagus ada travel rescue kits ni. Dahlah comel sahaja. Mudah untuk dibawa kemana². Kalau sakit pening luka ke apa, dah ada penyelamat! Takya dah nak bawa kotak besar² kehulu kehilir, masuk poket sahaja. Settle! Nak dapatkan satu lah nanti. Senang sangat!

    ReplyDelete
  5. Alahai comelnya. Lepasni bile travel pasti nak dapatkan travel kit macam ni. Dulu pernah demam sakit perut tak bawak pape kt negara orang. Ad dental kid kecil macam ni senang nk bawa kemana2.hehe

    ReplyDelete
  6. Kalau pergi travel, paling tidak kita ni selalu sediakan minyak angin je.
    Jarang la bawak ubat ubat ni semua.
    Tapi bahaya juga kan. Kalau jadi apa apa macam mana❓
    Kena juga ada rescue kit ni dalam simpanan.

    ReplyDelete
  7. Bagus lah sekarang ni ada produk travellers rescue ni hehehe mudah dan selamat kita waktu kembara tambah tempat yang susah nak cari klinik waktu kecemasan bukan minta tapi kita mana tahu semua tu...

    ReplyDelete
  8. Bonde pon kena ada 1 set travellers rescue macam nih! sangat membantu semasa travel. Bolehlah bawa kemana-mana juga sebab saiz mudah dibawa letak dalam handbag sahaja kan... harga pun tak mahal mampu di miliki

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. Kalau kaki travel ni memang wajib kena ada travel kit rescue ni. Senang nak bawa ke mana mana .Kalau jadi pape dah ada travel kit ni untuk bantu rawat jika sakit. Harga pun berpatutan so memang patut ada

      Delete
  10. Betul.. liez pun bwk macam2 ubatan terutama utk anak2 klau demam atau batuk. Usung kehulu kehilir.. tapi dah ada kit yg sekecil ini mmg mudah nak bawak.. masuk dlm handbag je kan

    ReplyDelete
  11. Bagusnya ada travel kit gini. Untuk travel alone sesuai sangat. Macam Nina ni bila travel plus anak-anak 5 orang tuu travel kit kami memang banyak! Hahaa... Mak mak memang gini kot

    ReplyDelete
  12. Betul tu! Travel rescue kit ni mmg penting sgt sbb kte tak tau apa yg bakal berlaku pd kte. Cam i travel ke beijing dulu tgh2 sihat tup2 demam sebab cuaca berubah hahah so bila ada travel rescue kit ni selamat la

    ReplyDelete
  13. Comel kotak dia.. Mudah bawk semua ubat dlm ni. .Dahla kecil takde berat bawa sana sini. .bagusla rescue kit ni.. Kita pun takntau bika kita kan sakit kan. ..So langkah bgus bawk benda alah ni

    ReplyDelete
  14. yes memang kena ada satu sebelum pergi travel tambah-tambah lagi oversea. bak kata orang, sediakan payung sebelum hujan kan. kalu diri sendiri tak jatuh sakit, travel buddy yang jatuh sakit. kena beli satu ni

    ReplyDelete
  15. wajib ada la rescue kit ni. sebb kesihatan tak boleh dijangka. baik prepare siap2 macam panadol dan sebagainya. bekas dia pun lawa

    ReplyDelete
  16. Kecik cenoet nya la haii..bagus betul. sesuai bawak travel. macam emi sendiri ada macam2 jenis ubat kena bawak tiap kali pergi travel. makan ruang sebenarnya sebab takde bekas khusus.

    ReplyDelete
  17. Good to bring along rescue kit especially when we go for staycation or outing, must check the drug's expiry date and its usage. Happy traveling!

    ReplyDelete
  18. Oh yes i brought this to India and its so handy, like it too. Plus it's compact and

    ReplyDelete
  19. wauu compact mudah di bawa la kalau pergi travel kan

    ReplyDelete
  20. Wow. .Bagusnya.. Semua mmg ubat2 yg wajib ada tu .. Sebab semua yg dlm list tu semua akan spare dekat rumah. In case of emergency.. Nanti nak kena grab jugak la travel kit ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Travel Buddies

Air Asia Bloggers' Community

Air Asia Bloggers' Community

The Butterfly Project Community